Monday, April 6, 2009

MAMAI DAN CERITA CERITI LAIN

CERITA MAMAI

Minggu lepas sejak khamis hingga sabtu, cik abe kena bertugas menguruskan pasukan kriket sekolahnya. Memang tak best sebab cik abe takde kat rumah masa wiken kan...permainan kriket tu diadakan di Dungun huhuhu. Sebagai hiburan, mokcik bawa anak2 gi jenjalan membeli-belah di Mydin pada hari jumaat. Sabtu kami spend kat rumah, spring cleaning kat ruang tamu.

Hari khamis tu mokcik very the tired, so malamnya memang dah ngantuk betul dah. I decided to call cik abe around 10.30 pm. Usai je anak2 semua dah berbual dengan abah dorang, mokcik dengan aini, azza dan hadi semua pakat tido kat bilik tingkat atas. The three stooges masih menonton tv kat tingkat bawah. Tetiba around 3 am mokcik terjaga. Biasala...hadi merengek nak minta dibuatkan susu. Tengok2 ada two of the three power rangers ada pulak menyelit tido kat bilik. Bila masa dorang masuk, mokcik pun tak sedar hehehe.

Asan pulak bleh tersedar masa mokcik bangun buat susu lalu berkata;

'semalam abah telefon'
'bukan abah telefon, umi telefon...eh..mana telefon umi? semalam umi letak sini (dekat almari)'

Lepas dah buatkan susu hadi, terusss bum..tido balik. Sedar2 dah dekat pukul 7 pagi...itupun terjaga sebab alarm telefon berbunyi betul2 bawah bantal mokcik.

'aik bila pulak telefon nie berjalan ke mari?'

'kan asan dah cakap. semalam abah telefon.'

'mana ada...semalam umi yang telefon abah.'

mokcik periksa henpon, nampak ada call masuk from cik abe jam 12.30 malam. mokcik sms dia.

'semalam abang ada call ker pukul 12.30 malam?'

'saya tengok ada miss call dari awak.' jawab dia.

'haishh...bila masa pulak saya call. Lepas call pukul 10.30 tu kami dah tido.'

'awak mamai semalam. saya ingat in*ia mabuk mana yang sakap'

' saya pun tak hengat langsung ada terima call abang lepas tu. tu la sapa suruh telefon orang malam2 muahaha..'




Asan pulak cerita.

'semalam pukul 12 lebih telefon berbunyi. umi tak angkat. asan naik atas angkat takut hadi terbangun. asan bagitau abah, asan yang jwb, lepas tu asan terus bagi umi. umi cakap sekejap sangat lepas tu umi tido balik.'

muahahaha...memang penat sangat agaknya sampai mokcik memang tak hengat langsung ada jawab telefon malam tu. Ntah apa2 ler mokcik merepek agaknya...kesian cik abe...hahahah

di alam fana mimpi...mana tak mamai hahaha

misteri panggilan pukul 12.30 malam terjawab. Tapi siapakah membuat panggilan kepada cik abe sebab mokcik memang tak ader call dia lepas pukul 10.30 malam ittewww....

CERITA CERITI

Minggu ini sepatutnya minggu paling sibuk bagi mokcik. Ada tiga kes bicara dari 5 hingga 7 april. 8 dan 9 ada mesyuarat menyelesaikan masalah rakyat jelata. Sejak minggu lepas mokcik dok buat persediaan kes bicara minggu ini. On sunday, dengan full attirenya, mokcik ke mahkamah. Elok mokcik keluar lift, nampak lawyer the other side, selamba ajer. Aiks...apa kes?

Nampak dia pun macam nak mengelak2 dari mokcik. Dalam hati mokcik, tak aper la..

Memang betul pun. Bila depan hakim, dia buat alasan. Satu - mokcik lewat hantar pernyataan saksi kepadanya. Dua - ada peguam lain, yang agak femes jugak namanya berminat untuk turut serta dalam mengendalikan kes ini.. tetapi buat masa ini sibuk dengan pilihanraya di Perak. Aiyakk...nko tak nak jalan kes, cakap la awal2 dengan i...tak perlu la nak bagi alasan yang munasarawak gittewww...ding dong ding dong...court adjourned till 7/4/2009.

Bila keluar, mokcik bagi dia sebijik...

'eh...u nakgi mana sebenarnya nie?'

'i nak gi perak la nie. beg semua dah masuk kereta.'

'aisey...apasal u tak berterus terang dengan i awal2..tak perlu la nak berdolak dalik dlm sana tadi.'

'eh...7/4 ni pun i tak dapat jalan tau. nanti u tolong mention untuk i. ala u settle la kes ni..'

'haiyoo...ini macam punya kes mana boleh settle la brother.'

So, kira agak free la mokcik sehari dua ini. Elok juga la, boleh selesaikan hal2 lain pulak...

tengah fikir2 nie...timbang2...kabinet dapur...lasik...kabinet dapur...lasik... hahahha



7 comments:

  1. hai penat sangat sampai mamai pun tak ingat ye?

    ReplyDelete
  2. azwa

    agaknya tertekan pad HP tu.. terus tertekan no cik abe tu...

    Jangan biarkan misssss.... call menyelebungi HP anda.. hehehe

    ReplyDelete
  3. panggilan mistri ke?.. bila sebut dungun teringat kes dengan JPJ ganu.. tegobang RM den hehe

    ReplyDelete
  4. kalau tido jangan letak hp kat hujung kepala atau dekat-dekat dengan kita

    tak baik untuk kesihatan :)

    agaknya tertekan pad HP, macam zar cakap kot :)

    ReplyDelete
  5. Kak elle,

    memang penat sangat pun, mamai pun tak bleh nak recalled hahaha

    Zar,

    aha...tu la misterinya, sebab azwa memang letak hp atas laci almari...kira2 10 kaki dari tempat azwa tido...misss..terius sungguhh nie..

    Zino,

    Wah kena saman speed trap ker aper nieh..sayangnya RM yang terbang ut kannn

    Ummi,

    memang tak letak dekat kepala sebab phobia dengan efek hp huhuhu

    still a mystery pasal miss call tu sebab kenapa hp bleh berada bawah bantal telah dijawab oleh Asan.

    ReplyDelete
  6. KALAU DAH MAMAI MEMANG TAK INGAT APA-APA KAN.

    ReplyDelete