Thursday, April 23, 2009

TIK TOK

Assalamualaikum semua.

Detik waktu menghampiri 1.5.2009 semakin hampir. Situasi biasa apabila berlaku pertukaran, sibuk mengejar waktu untuk menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan. Ada perkembangan menarik berkenaan pertukaran ini, tetapi buat masa ini tidak dapat mokcik kongsikan disini..insyaAllah jika ianya menjadi kenyataan mokcik akan buat entry khusus untuknya hehehehe...




Perbincangan dengan cik abe memutuskan buat masa ini mokcik akan ke Putrajaya berseorangan dahulu. Ini untuk memudahkan mokcik menguruskan apa2 yang patut dan juga agar mudah kalau nak balik ke KT setiap hujung minggu. Sekurang2nya di sini, ada keluarga cik abe yang dapat membantu memantau anak2. Yang agak sedih tu sebab tak sempatlah nak pindah rumah baru lagi bulan depan nie huhuhuhu...tapi tak per sabarrr...

Boss di sini pun tidak berapa gumbira kerana mokcik ditukarkan tanpa pengganti. Tidak dinafikan mokcik pun berasa sedih juga meninggalkan kerja ini kerana mokcik berasa gandingan kerjasama dalam pasukan atau unit kami ini memang serasi. Boss mokcik memang baik dan memahami orangnya. Boss pun kalau boleh mokcik stay sehingga dapat pengganti disamping akan cuba menyampaikan kepada pihak atasan perkembangan terbaru...tunggu ajer la keputusannya. Apapun mokcik secara mentalnya sudah bersedia untuk berpindah cuma tak dapat membayangkan macammana la nanti berjauhan dengan anak2 terutama Hadi itteww....



Ok la...mokcik kena sambung semula kerja nie...doakan yang terbaik untuk mokcik ya kenkawan..daaaa...

12 comments:

  1. Mak su,

    Begitu lah yang tersurat dalam surat arahan pertukaran...huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam kak azwa..
    oh lepas ni akak mmg akan duk kat putrajaya ker?family kat ganu?emm susah jugak nak wat keputusan tu tp dah keje nat wat camner.buleh lah dating ngan akak kat putrajaya pulak yer..

    ReplyDelete
  3. sedihnya bila berjauhan dgn anak2.

    tabahkan hati dan kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  4. Semoga segalanya dipermudahkan buat azwa...

    Berjauhan dengan anak2 memang satu dugaan...tapi demi kerana tugas...terpaksa juga diharungi...semoga segala pengorbanan akan mendapat ganjarannya...Insyaallah...

    Akak doa yang terbaik untuk azwa...

    ReplyDelete
  5. boleh berjiran dengan angah nanti hehe

    ReplyDelete
  6. jadikk weekend wife tewww.. ehehe

    ReplyDelete
  7. Zara,

    mekasihhh..

    Irfa,

    Tu la pasal..sorang kat sana, yang lain kat sini..tak bleh nak bayang berjauhan ngan family terutama si kenit ...huhuhu

    Zue,

    belum pergi lagi dah terasa berat nak berpisah huhuhu

    Tapi...kena tabahkan hati kan...

    Kak anie,

    huhuhu...terkenangkan si kenit, berjauhan dengan cik abe dan anak2 memang terasa berat nak melangkah ke putrajaya. Demi tugas terpaksa digagahkan juga hati ini...

    InsyaAllah kalau ada rezeki dapat kembali ke Ganu..aminnnn

    ReplyDelete
  8. Zino,

    Aha...elok jugak ada jiran di sana tu hehehe

    En_me,

    Untuk sementara waktu perancangannya gitu la..jadik wiken wife...

    Zar,

    huhuhu...tengkiu...tengkiu...tapi dari citer2 bebudak yang pernah dok state dan ditarik ke hq memang rata2nya kalau nak balik state ihikss...

    ReplyDelete
  9. dah dpt umah ker ??

    dah call ker mereka mereka itu??

    ReplyDelete