Monday, April 27, 2009

1 MEI SEMAKIN HAMPIR


Asalamualaikum semua kenkawan.

Lambat dapat update. Minggu lepas, internet connection lembab giler...langsung tak dapat nak masuk blog. Tambahan pulak mokcik kena siapkan kerja2 mokcik sebelum 1 Mei ini. Semalam, pagi sempat lagi bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah rakyat jelata. Pukul 1 ke pukul 2 petang, warga kerja pejabat mokcik adakan jamuan perpisahan untuk mokcik dan staf mokcik yang kebetulan dapat berpindah sama tarikh ngan mokcik. Petang pukul 3 petang sambung pulak mesyuarat untuk kes hari ini.

Alhamdullillah, setakat ini kerja2 berjalan lancar. Tapi mokcik pulak sikit pun tak berkemas lagi. Barang2 mokcik di pejabat ini masih lagi ditempat asal, seolah2 belum bersedia meninggalkan tempat ini huhuhu...haiii...letih berpindah dari Perak baru nak habis, dah kena pindah tempat baru pulak. Tapi itulah adatnya kerja kan...




Ni citer beberapa hari lepas..

Cik abe: Mana charger telefon saya?

Mokcik: Bukan dalam beg abang ker? (Beg cik abe gi camping beberapa hari sebelum itu)

Cik abe: Saya dah keluarkan dah. Semalam saya charge kat sini..( sambil menunjukkan kat tempat dia selalu charge iaitu dekat tempat kami sterika baju)

Mokcik: (No komen la sebab tengok memang benda tu tak ada..terus masuk bilik tido kitaorang...tetiba ternampak sesuatu kat soket depan tu..maka mokcik pun dengan gaya seorang loyer buruk) Pokcik...bolehkah pokcik mengecamkan barang ini?

Cik abe: apenyer? ( masuk ke bilik tido dari bilik sebelah)

Mokcik: Silakan pokcik...iye...silakan masuk. Adakah pokcik dapat mengecamkan barang ini?

Cik abe: Dengan tersipu2 menuju ke soket dihujung bilik tido kami yang kebetulan bersebelahan dengan bilik dimana tempat sterika baju itteww berada....hehehee


Yang sebenarnya beliau telah mengecaj telefon bimbitnya dalam bilik tido kami, tapi disebabkan kebiasaannya dia mengecaj telefon di bilik sebelah beliau sudah terlupa la dimana beliau tinggalkan charger itteww...yang masih lagi terpasang kat soket huhuhuhu

Aini : Abah ni dah nyanyuk la..

Cik abe cuma tersenyum malu2 kena sakat hehehe...


9 comments:

  1. mokcik

    jangan risau 1 mei cuti lagi.. mokcik boleh start bertugas 4 mei nanti

    ReplyDelete
  2. saya pun tunggu 1st may long weekend yeah!

    ReplyDelete
  3. selamat datang ke putrajaya... angah dah selamat pindah hehe..

    ReplyDelete
  4. Mokcik...memang penat....tapi nak buat camaner kan dah tugas...tak lama lagi tu...lagik seminggu...

    ReplyDelete
  5. Kadang2 berhijrah ni banyak hikmahnya...dah pindah nanti baru dapat rasakan..alah barang tak kemas tu takper..bukan ada pengganti lagikan..lagipun nanti ada alasan datang off 'nak ambil barang' sesambil tu bolehler ziarah kawan2...

    Tak minta sebulan tangguhke, kan awal Jun cuti sekolah?

    ReplyDelete
  6. Zar,

    Tak risau pasal nak mula bertugas tu, risau pasal masih banyak benda tak siap lagik nie huhuhu...

    Zara,

    iye ker...happy besday mak zara...in advance hehehe

    Kak elle,

    Kat T'gganu rugi sebab cuti jatuh pada hari jumaat, tak bleh ganti hari ahad huhuhu..

    anyway have a nice weekend kak hehehe

    ReplyDelete
  7. Zino,

    Terima kasih. Hari ni baru la terasa nak berkemas2 ihikss..Putrajaya here i come...

    Kak Anie,

    nasib baik masih tak banyak barang mokcik kat pejabat nie..cam kat Perak dulu seminggu mokcik berkemas barang kat pejabat, maklum la dah dok selama 7 tahun.

    Salwa,

    Bos awalnya nak minta tangguhkan sehingga ada pengganti. Tapi nanti mokcik rugi la pulak sebab memangku kan, so tak jadi la nak minta tangguh.

    ReplyDelete
  8. apa kena mengena dgn gambo pokok ittewww..

    ReplyDelete