Wednesday, January 7, 2009

KENANGAN BALIK KAMPUNG



Gambar di atas adalah gambar pemandangan dari arah pintu pagar masuk ke rumah mama di kampung. Kelihatan Hadi dengan sepupunya sedang bermain2 di halaman rumah. Puas hati la hadi dapat bermain dengan lepas bebas di halaman. Sejak balik kampung tempohari, hadi menjadi terlalu 'manja', langsung tak nak berenggang dengan azwa. Makanya untuk 'membebaskan diri' bawa dia main kat luar rumah...hehehe

27 November 2008, pukul 10.30 pagi kami bertolak dari Lapangan terbang Sultan Mahmud menuju KLIA. Pukul 12 tengahari bertolak ke KKIA dan tiba di rumah mama jam lebihkurang 4 petang. Antara perkara pertama kami lakukan adalah menziarahi pusara arwah bapa yang terletak di belakang rumah mama. Di sekeliling rumah mama dipenuhi pokok buah2an, tidak terkecuali di sekitar pusara bapa, beberapa pokok rambutan berbuah dengan lebatnya. Agenda kami seterusnya adalah membersihkan pusara bapa dan juga memetik buah rambutan yang 'meriah' ittew.


Rambutan yang kami petik..terlalu banyak, sehingga dengan dahan2 sekali asben patahkan. Kelihatan buah rambutan dalam 'wakid' dan bakul rotan...isinya lekang dan manis...


Sebahagian lagi buah rambutan. Diletakkan di pintu masuk rumah. Senang, sambil bersantai depan rumah, sambil makan buah rambutan..

Buah rambutan ini seolah2 menanti kepulangan kami. Beberapa hari setelah rambutan yang telah dipetik telah habis dimakan, kami dapati pokok2 rambutan yang begitu meriah buahnya sebelum ini tiba2 sudah tidak berbuah lagi..yang tinggal hanya beberapa biji buah yang sudah layu. Sempat juga menikmati buah tarap dari pokok tarap di belakang rumah ermnnn sedapnya hingga tak sempat nak tangkap gambar camno la ropenya buah tarap itu kan hehehe...

Seperti biasa bila balik kampung, jarang juga lekat di rumah huhuhu...kami banyak berjalan bawa anak2 melawat tempat2 menarik dan juga jeng jeng jeng kemana lagi kalau tak ke kedai jualan kristal...banyak tempahan...tapi yang jenuhnya nak menunggu adik2 kat kedai tu menyiapkan gelang dan rantai yang ditempah...huhuhu


Gelang dan rantai kristal telah dirasmikan oleh adik2 ipar azwa...cuma tinggal keronsang yang azwa borong ini. Kat sini mahal huhuhu...

Hah...pernah dengar kelapa bakar? Azwa pun pertama kali dengar. Kebetulan satu hari tu asben tergerak hati nak mencuba jalan balik ke kampung ikut jalan ke arah Nexus Karambunai. Dalam perjalanan terlihat banyak gerai2 menjual air kelapa, kelapa bakar dan lokan. Kami teringin mencuba kelapa bakar...bayangkan dua orang ini memesan kelapa bakar pada pukul 1 tengahari...


OOO...cenggini ropenya kelapa bakar...ok la rasa dia. Tapi panas banget uols...tak bleh nak minum pun. Dah minta kelapa bakar, takkan nak boh ais plak kan..kan..kan..Last2 minta kakak tu bungkus kelapa bakar tu. Sampai kat umah, airnya masih panas lagik. Bila ditambah gula sedikit barulah sedap nak minumnya. Orang kata ianya ada fungsi2 perubatan...ntah ler...kami saja jer nak terai hehehe


Seterusnya mari kita lihat perkembangan projek besar kami itteww..


Dulu



tiga minggu lepas..bahagian dapur basah belum dibuat lagi. Kerja slow sikit memandangkan setiap pagi petang siang dan malam hujan memanjang


Semalam...alhamdulillah, kerja2 berjalan lancar setelah musim hujan berlalu. Bahagian dapur mulai dipasang atap. Tangga di bahagian ruang tamu menuju ke tingkat atas sudah separuh siap.

Kalau korang perasan bentuk rumah nie empat segi jer...kerangka tingkapnya pun empat segi..pintu pun sama. Semalam azwa tengok, tangga pun sama...lurus bendul ajer...

Azwa: Apasal semuanya segi empat? Tak bleh ker kasi ubah sket..fesyen lain la plak..

Asben : A'a kan..tapi kerangka jenis nie paling murah sekalik...jimat kos.. (sambil gelak evil)



Gambar empat orang dari enam permata hati azwa. Tengah berposing untuk di hantar pada asben. masa ini asben berada di KT untuk menyelia perkembangan projek. Kami di kampung masa itu sedang bersiap2 untuk melawat ke Kampung Budaya Monsopiad. Hah...yang itu next entry la pulak.


Bandar KT sepanjang minggu ini tersangat la sibuknya. Polis di mana2. Memang tensi bila lampu isyarat polis trafik kawal, elok2 takde jem, terusss jalan jem... minta mahap pak polisi ya..

Kat bangunan tempat azwa bertugas ini pun sibuk setiap hari, maklum jadik pusat pentadbiran, maka segala jenis aktiviti yang 'biasa' dijalankan semasa pilihanraya semuanya dibuat kat sini...sib baik ada parking lot sendirik...klu tak harus kena parkir kat luar pagar pejabat.

Oklah..taknak cakap panjang pasal politik. .. daaa...

12 comments:

  1. bukan main panjang n3 kali ni penat membaca nya...haha
    tak lama lagi siap lah istana tu ye.

    ReplyDelete
  2. kak elle,

    mula2 tu macam takde idea, bila dah start, banyak benda plak nak citer hehehe...

    insyaAllah, lepas musim hujan nie, kerja2 bertambah lancar.

    ReplyDelete
  3. azwa

    selamat kembali bersiaran.. wah beskan cuti sebulan.. zar cuti 2 minggu pun terasa lapang fikiran ni..

    ReplyDelete
  4. Zar,

    Makasih..rasa lama sungguh cuti kerja n cuti berblogging...bila dah start balik, rasa bersemangat baru maklum la tahun baru...hehehe

    ReplyDelete
  5. salam kak azwa..
    mesti besar 'istana'akak nanti yer.

    ReplyDelete
  6. Irfa,

    rumah kampung jer...lagipun treler ramai. Tapi nak mengemas esok2 tu..alahaiii..

    ReplyDelete
  7. en_me,

    sesekali balik kampong best bangat uuu, klu bukan kerana panggilan kerja yang mendayu2 nak lagi memanjangkan cuti hehehe

    ReplyDelete
  8. waaa..siap nanti istana tu jangan lupa buat house warming yer...

    ReplyDelete
  9. Azwa...kalau kat subang ni memang banyak kelapa bakar kat Kg. Melayu...tapi tak lah akak berkenan sgt...ntah...tekak akak tak minat...heheheh

    Dah nak siap dah rumah tu...

    ReplyDelete
  10. bila istana tu nak siap.. tu kira dah 60 %

    ReplyDelete
  11. maklang,

    InsyaAllah..azwa pun dah tak sabar2 nak pindah rumah baru nie..dekat skett ngan baby sitter huhuhu

    azwa pun bila dah merasa kelapa bakar nie..rasa macam biasa ajer. tapi org kata bleh jadik ubat, ubat aper ntah ler..

    zino,

    klu bukan kerana asyik hujan ajer skang nie, hujung tahun lepas dah bleh siap dah. Nie nampaknya hujung bulan ini atau awal bulan depan la nampaknya baru siap sepenuhnya.

    ReplyDelete