Wednesday, January 28, 2009

WAN ARFAH & IMTIAZ


Pejam celik pejam celik...hari ni dah hari rabu ropenya.

Dah kena kerja semula. Pagi nie taklah kelam kabut sebab dari semalam lagi azwa dah siapkan pakaian kerja dan baju sekolah anak2. Usop pun dah mula ke sekolah barunya hari ini. Sekolah sama dengan Aman, dihantar oleh biras azwa, maka tak perlu lagi azwa terkejar2 nak hantar dia ke sekolah.

Apa aktiviti kami masa cuti tempohari ek? Aha kami telah pergi berjalan-jalan ke Bachok dan Pengkalan Chepa uolss..

Hari isnin perjalanan kami bermula menuju ke Bachok. Menziarahi bestfriend yang sedang cuti bersalin. Pertama kali ikut jalan Tok Bali ke sana...beberapa kali sesat jalan tapi berjaya juga sampai akhirnya.





Nak menziarahi si kenit ini, terpaksa melepaskan peluang bertemu Ina dan Cik Non dari Kerteh. Tak per, janji akan bertemu Ina dan membelek tudung Cik Non pada awal februari nanti, insyaAllah.


Inilah WAN ARFAH...berusia 52 days anak sulung kawan azwa. Comelnyer dia...asyik tidoo jer masa kami sampai tu.

Selepas Bachok, kami menuju ke Pengkalan Chepa untuk menziarahi rakan cik abe merangkap mama dan papa angkat Aini hehehe. Mama dan Papa Aini nie dulu masa kat Perak sering meminjam Aini pada hujung minggu. Mereka berdua telahpun berumahtangga selama 14 tahun, tapi belum dikurniakan anak. Azwa masih ingat masa baru peknenkan Hadi, Mama dah bercadang2 untuk lebih kerap meminjam Aini...konon2nya untuk meringankan beban azwa huhuhu. Tup2 dua bulan lepas tu Mama disahkan mengandung...

Bayangkan selepas 14 tahun menunggu, setelah puas berusaha dan kini hanya pasrah sahaja pada takdir, tiba2 Allah beri zuriat pada mereka. Azwa pun memang tak galakkan Mama meminjam Aini dah lepas tu...maklum la Aini ni boleh tahan manja dengan mama dan papa dia...nanti kesian mama kena dukungnya. Kandungan yang ditunggu2 perlu dijaga sebaik mungkin.

Akhirnya, pada bulan disember 2008 lepas, Mama selamat melahirkan secara caeserian...bayi perempuan...IMTIAZ...sesungguhnya yang teristimewa. Semua sahabat handai ikut seronok dan bersyukur kerana mereka dikurniakan zuriat juga akhirnya. Sampai misi pun turut pelik melihat Mama tidak putus2 menerima kunjungan pelawat dan hadiah sampai tak muat bilik hehehe.




Dan hari isnin lepas, seronok sangat melihat Imtiaz dah pandai berjalan...berlawan2 berlari dengan Hadi...beza umur pun dalam dua bulan sahaja. Sayangnya terlupa pulak nak ambil gambar...yang ada gambar masa kedua2nya masih kecil tempohari...tu pun mana dah simpan...nanti kena korek balik huhuhuhu




Ni berjaya jumpa gambar2 lama...diambil tahun lepas, masa tu kedua2 Hadi n Imtiaz about 6 and 4 months old. Gambar diambil dekat restoran ayam percik yati kat KB nie...ni gambar Imtiaz, papa dan Aini.


Imtiaz dan Hadi...tengok aper tuuu...


Hadi older than her by two months, tapi Imtiaz nie panjang hehehe...tu yang nampak sebaya tu..

Pukul 6 petang, kami bertolak balik dan selamat sampai di KT pada pukul 8.35 malam.

Semalam pulak...apa lagi operasi dobi mendobi dan iron mengiron baju2 la jawabnya. Petang gi melawat projek...dah hampir 80% siap...alahaiii lupa lagik nak ambik gambar...nanti la azwa update semula hehehehe..

Sunday, January 25, 2009

HELLOOO..SUNYINYERR OFIS..

Pagi ni azwa masuk awal ke pejabat. 7.45 pagi azwa dah punch in. Suasana pejabat pun sunyi sepi macam dilanda garuda...ramai yang mengambil cuti rehat, maklumla jika dicampur tolak cuti sejak hari jumaat hingga selasa, dapat la 5 hari.

Rancangan awal azwa nak juga ambil cuti hari ini...tapi alahaiii...court pulak tetapkan tarikh untuk bicara 5 kes pagi ini. Boss awal2 lagi dah indicate bagi mandat pada azwa untuk handle kes2 tu...huhuhuhu. Anyway, sekolah asben cuti hari nie, jadinya tak lah kelam kabut sangat nak uruskan anak2 yang sekolah mereka juga tak ambil cuti hari ini.

Walaupun kat pejabat nie sunyi sepiii jerrr tapi jalan2 kat KT nie boleh tahan jugak jemnya. Kalau dilihat banyak kereta plet nombor dari state lain...masing2 mengambil kesempatan tempoh cuti yang agak panjang la tu kan.

Hari khamis tempohari dah berjanji2an dengan Cik Non ( mak kak Ina) nak berjumpa hari ni di Mydin. Semalam dapat sms dari anak Cik Non, Cik Non tersilap tarikh, sebenarnya akan turun KT pada 26/1...alahaiii...dah tak sabar nak tengok tudung yang diorder tu. 26/1 pulak azwa dah berjanji dengan kawan yang tengah dalam pantang di Bachok untuk datang melawat dia. Hmnn...takde rezeki la nak berjumpa dengan Cik Non...nampaknya kena poskan la tudung2 tu huhuhuhu.

Okla selamat berhujung minggu dan bersantai2 di tahun baru cina ini, jumpa lagi hari rabu daaa.....

Thursday, January 22, 2009

DEMAM

Satu keluarga dah dilanda demam! Cik abe and the girls dah batuk2 dengan bunyi2an yang tak sedap didengar. Hadi pun dah kena selsema dan semalam dah start batuk2 jugak..

Azwa sejak selasa lalu rasa 'bengang'....pening tapi tak pening. Rasa takder mood nak buat apa-apa. Since ada kes, gagahkan diri ke court. Lepas kes terus saja azwa balik rumah...titun... Mesyuarat yang ditetapkan untuk menyelesaikan 'masalah negeri' selama tiga hari terpaksalah boss handle sensorang huhuhuhu...takper la...give n take...boss tak berapa gemar nak ke court, azwa plak tak berapa gemar nak handle mesyuarat...so kira ok la arrangement tu hehehe.

Aisey...boss panggil mesyuarat plak 9.30 pagi nie...huhuhu...nanti azwa sambung semula ek....daaa....

Phhhewww.....hari ni jer kena attend dua mesyuarat...semuanya nak kejar deadline huhuhuhu.

neway...dapat sekotak limau dari member sepejabat...dia la satu2nya non muslim kat pejabat kami nie. Pehtu dapat pulak dua kotak limau courtesy of one ADUN...bila dibahagi2 dapat la dua biji limau setiap orang. Tapi limau yang YB nie beri veryyyy sweettt...sedap jer makan.


Ok la..kena kemas2 fail untuk hari ahad nie. Ingatkan bleh nak cuti...tapi boss plak tai chi kes kat i huhuhuhu...takper la...wokey gotta go. Have a nice holiday eberibodi...

Monday, January 19, 2009

SHOPPING FOR...

Musim kesibukan dan kesesakan jalan raya di KT sudah berlalu. Sebaik sahaja keputusan pilihanraya kecil diketahui, esoknya...legaaaaaaaaa...takdok trafik jeng doh.

Anehnya, musim hujan juga seolah2 berlalu serentak dengan berakhirnya pilihanraya kecil tersebut. Dan musim demam pun menjelma pulak...Masa hujan tempohari, sejuk bagaimanapun takde plak yg kena selsema. Elok ajer cuaca dah mula cerah masing2 dilanda selsema dan sakit tekak...aduhaiiii..

Minggu lepas disebabkan cik abe dah mula mengajar, maka tugasan untuk membeli keperluan tukang rumah beralih kepada azwa. So, i was given the task of shopping for....erkkkk...toilet bowls...uiksss...


Cik abe plak dah sound awal2, dia nak toilet bowl yang dalam sikit katanya...ayoyo...bila azwa gi survey...wah...macam2 kaler ader dan harganya berbeza2 ikut kaler. Hehehe...azwa pun pilih la different kaler untuk setiap bilik. Seronok plak nak matchkan ngan sinkinya, tempat letak sabunnya dan jubin dalam bilik air...Yang toilet melayu ( ni terms yang cik abe guna) takder masalah...kiranya masih dalam bajet munasabah untuk bilik air.

Haaa yang ader masalah skett tang toilet omputih nie...tukang kata toilet bilik atas better guna toilet omputih. Sebabnya bilik air kat tingkat atas tu rendang skett dan satu lagi toilet omputih sesuwai untuk kat tingkat atas sebab kemungkinan untuk bocor kurang sedikit. Tapi tukang pulak dah siap pesan, kena beli toilet yang salurannya ke dinding bukan yang ke bawah...ayoyo...

Toilet omputih yg azwa pi survey tu lawa2 jugak dan harga pun masih munasabah gak...tapi...tapi...yang itteww semuanya yang salurannya ke bawah pulak...

"akak nak yang saluran ke dinding, saya kena order dulu. org jarang order itu barang." Amoi jaga kedai tu kata.

"berapa harga kalau saluran ke dinding punya?"

"Putih murah la. Saya ada satu stok sekarang, special kaler. Akak mahu tak?"

Dia pun keluarkan satu set..kaler cantik..biru laut...berkenan sesangat la menengoknya.

"Berapa harga nie dik?"

"RM950"

"berapa???"

"RM950...ini special kaler punya.."

"Ok dik...kensel la dulu. akak tunggu u order yang kaler putih la dulu.."

kahkahkah...setakat toilet nak rege RM950...tak munasarawak sungguh...baik akak beli electric oven sebijik kwang kwang kwang...

Sunday, January 18, 2009

TENTANG DAPUR

Ewah...ewah...nak citer tentang dapur la pulak ek...

Kenkawan jangan ketawakan azwa pulak ek..walaopon azwa nie memang la tak berapa pandai bab masak memasak kwang kwang kwang...tapi bila nak masuk rumah baru nie nak juga dapur yang comel mungil dan anggun hehehe. Berapa kali akan digunakan dalam seminggu tu belakang kira la kan kan kan.

Jadi..berdasarkan pengalaman kenkawan apa jenama dapur, hud dapur yang korang gunakan elba, electrolux, etc, pro and cons pemakaiannya.


dapur tiga tungku electolux


dapur 2 tungku

hud ramping hehehe

hud cerobong?

Satu lagi, dari segi kabinet dapur, penggunaan material yang kenkawan gunakan nyatuh ker, semangkuk ker, mfc ker....pro n cons


Gambar atas nie kredit kepada paloma kitchen. Azwa jumpa masa surfing cari kabinet dapur. berkenan dengan rekabentuknya.

Yang nie kredit kepada aldo's kitchen. Juga berkenan dengan gaya klasiknya. Tapi bajetnya pasti macet poket azwa huhuhuhu....

Wednesday, January 14, 2009

KALAU DAH MEMANG TAK NAK....

Pagi nie mokcik hangen satu badan betoii...

Elok2 jer mood tengah baik, tiba-tiba plak Asan menimbulkan masalah.

"Umi, seluar Asan mana?"

"aik..kan semalam umi dah basuh dah...cari la kat dlm almari ker, kat tempat kain2 tu tergantung ker.."

Senyap seketika.

"Umiiii...mana seluar Asannn..." Dengan muka monyok...

"Dah cari dlm almari?"

"Dahhhh...tak aderrr..."

"Tengah tergantung banyak2 tu?"

"[dah start menangis] tak aderrr..."

Azwa pun gi la membelek dan menyelak kain2 yg dok bergantungan satu persatu.

"Nie ada size 26"

Dipakainya sambil memprotes.." nie seluar Aman. Asan punya lain."

"tu elok jer tu."

"BESARRR..."

"ok yang nie size 25."

"KECIKkkkk..."

Tiba2 azwa jadik incredible hulk....mana tak naik hangen...25 kecik, 26 besar..padahal masa dibeli dia yang pilih sendirik dan dah dipakai dua tiga kali dah.

"JADI...25 KECIK, 26 BESAR...SIZE BERAPA ASAN NAK PAKAIII??? 25 1/2"

Terus kawan tu menangis teresak2...masuk dalam bilik.

Azwa yang masih geram meneruskan meng'iron' baju.

Pukul 7.20 pagi...eh sunyi jerr...mana dah anak bujang aku nie. Azwa jenguk dalam bilik tak nampak pun. dipanggil tak menyahut. Tergerak dalam hati nak menjenguk sebalik meja...lerrr...kawan tu tengah menangis kat celah2 meja tu. hati masih bengkek, tapi tiba2 azwa terfikir untuk ubah tektik. Azwa gi duduk dekat dia dan usap2 rambut dia sambil kata dengan lembut..' Asan gi la siap. Nanti umi hantar gi sekolah ya."

"Sa....kittt ke...pa...la...huhuhuhu"

Dalam hati sekali lagi nak jadik incredible hulk...tapi sabar...sabar...

"ok la..asan tak payah gi sekolah la hari nie...dok umah tok la."

Terus cepat2 mengangguk...hmnnn

Kalau dah memang tak nak gi sekolah tu cakap jer la...tak yah nak berlakon pulak...huhuhuhu...ada kerja sekolah tak siap kut tu...

Monday, January 12, 2009

MAIN MASAK MASAK

Amaran : Tiba- tiba entry hari ini terpanjang lerr pulak. Kalau malas nak baca, tengok gambar2 ajer la yer..

Pagi tadi pecah rekod bangun awal...5.28 pagi. Biasanya set jam pukul 6 pagi. Ntah apa mimpinya, asben set jam seawal 5 pagi. Tiap kali alarmnya berbunyi, azwa terbangun dulu...tengok2 kawan tu set semula alarmnya. Sambung tido semula...tup tup...kringgg....kringgg...tido balik...kringgg...kringgg...lagiii...adoii. Last2 pukul 5.28 tu azwa bangun dan merajinkan diri ke dapur. Pagi tadi gorengkan nugget ayam Ramly untuk bekalan anak-anak ke sekolah. 4 keping lagi untuk azwa sendirik...dah ngap dua baru teringat nak ambil gambar nie hehehehe....





Jam 9 bertolak ke mahkamah. Dalam jadual ada bicara pagi ini. Dah prepare dah seme dokumen dan soklan2 seadanya. Nak lebih2 pun biasanya soklan2 tu datang secara spontan berdasarkan jawapan saksi. Dah berkobar2 nak bicara pagi nie, tup tup Hakim cadangkan agar kedua-dua pihak berhujah atas isu undang-undang/liabiliti sahaja dulu. proses ini tidak memerlukan kehadiran saksi. Kes di tunda lagi ke bulan mac.

Well, still early... might as well gi beli lunch sekalik. Azwa menuju ke mydin...ke restoran nasi ayam hainan pak awie yang sodap itteww....RM4.50 sahaja. Berbaloi la dibandingkan dengan chicken rice shop punya yang RM8.50 itteww ( not to say crs tu tak sedap ekk...)



Dah ke mydin, kill two birds with one stone kata omputih, azwa singgah beli susu friso untuk hadi. Exceli semalam dah beli setin sebagai percubaan. Sejak balik kampung tempohari, susu hadi telah kami tukar ke dugro perisa cokelat. hasilnya...pelaburannya juga kaler cokelat huhuhu dan bentuknya macam pelaburan kambing pulak...sebijik sebijik...huhuhuhu... babysitter cadangkan tukar susu ke friso, mana tahu serasi. Semalam azwa cuba terai test tengok, nak pulak dia menyusu. Alhamdulillah. Sebelum ini dia reject susu perisa selain cokelat.



Citer semalam

Semalam balik lewat. Singgah ke Giant mencari pin baju yang dipesan asben. Untuk pinkan nombor ke baju budak2 yang ikut merentas desa sekolah dia. Sesambil tu mencari bahan2 utk main masak masak. Sampai kat rumah, aisey...satu benda tak masak lagik. Nasib baik Aman tanpa disuruh menanak nasi. Azwa keluarkan ayam dan udang. Asben plak balik ngan ikan keli dan lampam. Azwa pun seperti lipas kudung mulakan projek memasak resepi paling simple...ayam masak sup Dusun's style, udang masak guna perencah nasi goreng adabi dan ikan keli serta lampam goreng. Biasanya klu terjadi kejadian seperti ini, asben akan beli lauk ajer. Tapi semalam masing2 dah malas nak keluar, so azwa masak yg sempoi2 ajer la. Kelihatan dalam gambar ikan keli lampam goreng ngan udang ajer...sup ayam still dalam periuk kaedahnya hahaha... tak ketinggalan tu tangan hadi yang tak sabar2 nak makan tu...hehehe


Hah...ini lah projek main masak masak azwa. Ke hulu ke hilir azwa cari biskut marie jenama tiger...tapi di semua pasaraya yang azwa pergi, boleh takde pulak jenama ittewww. Hmnn...last2 azwa guna jenama munchys. Resepi kek batik simple yang diberikan oleh adik azwa dicuba terai test. Ini lah hasilnya.... kek batik...dah nak habis baru teringat nak tangkap gambar nie hehehe..


Another view of kek batik simple


Ni lagi satu projek main masak masak azwa. Haa...pernah tak nampak buah ini??? Rasanya buah ini takde di Semenanjung kut. Hah ini lah buah Bambangan...femes la di Sabah sana. Buah nie sekarang pun payah nak jumpa dah. Ni pun dapat bawa balik tiga biji setelah asben tanpa jemu2 pusing2 di tiga buah pekan semata2 mencari buah ini. Pertama kali merasa buah ini dimasak oleh mama, asben azwa terus jatuh chenta lagiii...lagiii lagiii ku jatuh chentaa...setiap kali balik Sabah buah nie la dia cari dulu.


Buah Bambangan ini bila dah masak mengeluarkan bau seakan buah bacang. Buah yang mentah mempunyai getah yang bisa...tangan boleh luka kalau silap kupas dan terkena getahnya. isinya, mentah atau masak sedap dimakan jika dimasak bersama-sama ikan masin. Sesiapa pernah ke Sabah mungkin pernah dengar masakan ini. Salah satu lagi cara masaknya mencampurkan hirisan buah bambangan ke dalam sup ayam atau daging...sodappp. Ia juga boleh dijadikan jeruk dengan menggunakan bijinya sebagai bahan peram.


Oleh kerana Asben suka makan, kena la azwa belajar masak ikan masin bambangan dari mama azwa...tapi azwa suka pedas skett so azwa modified boh hirisan cili padi...


Akhir sekali...gambar rumah yang terkini. Nampak elok skett selepas dicat...ok la...have a nice day seme... daaa....



Sunday, January 11, 2009

HUJAN LAGIII...

Nampaknya musim hujan belum berakhir di KT.

Hujan sudah mulai turun sejak semalam dan semakin lebat awal pagi tadi. jam 1.28 pagi, azwa terjaga apabila mendengar rengekan hadi. Biasa la nak minta dibuatkan susu la tu. Malas nak bangun, tapi kena bangun juga huhuhu. Kipas sejak dua tiga hari nie pasang di kelajuan 3 atau 2 sahaja...tapi angin dari luar subuh tadi yang menyusup masuk melalui celah2 dinding kayu tersangat la sejuknya hingga ke tulang sum sum kata orang tua2. Menggeletar azwa dibuatnya. Cepat2 azwa betulkan selimut aini dan azza. azwa sendiri sambil membancuh susu membalut badan dengan selimut...sejuk giler uolsss...



Lepas hantar hadi ke rumah babysitter, azwa bergegas ke pejabat. Kena gi pejabat sebab tak bawa balik fail untuk kes hari ini. Elok jer lepas round about di batu 6 dah mula jem..alahaiii...apsal la jem teruk sangat, sampai tak bergerak kenderaan nie... Kena plak tepon opis, minta driver opis hantar fail ke court terus. Takut lewat kalau azwa masuk opis lagik. Ingatkan pasal hari hujan yang jadik jem, tapi taim hujan pun slelau tak gak jem camni. Tiba di atas jambatan Sultan Mahmud...lerrr....ropenya pekerja TNB...ntah aper yg dorang repair..tu yg menyebabkan jem giler sepanjang jalan dekat sejam. Dulu pekerja DBKT dah kena komplen buat kerja atas jambatan masa orang berasak2 nak pergi kerja, sedangkan dah tahu jalan menuju ke bandar di KT nie klu dari arah KB hanya ada dua sahaja...dan dua2 pun jem...adusss.. sabarrr je la.

Dah ler dengan hujannya, dengan jemnya...seolah2 seluruh kenderaan di Malaysia nie bertumpu di KT...tu yg jem giler tu..cepat2 lah semua ini berlalu huhuhu

oh ya, minggu lepas ramai gak yang buat acara masak bubur assyura...keluarga asben pun tidak terkecuali. Kami dibekalkan se tupperware besar bubur assyura...lahaii...takut terbuang begitu sahaja, azwa bawa ke pejabat. Tengok tadi, masih banyak lagi bakinya, mungkin staff lebih teruja turun makan free kerana TPM ada acara di dewan besar tadi kabarnya.


Gara2 hujan turun lebat hampir setiap hari, proses pembinaan projek kami pun asyik terganggu. Bekalan pasir dan batu sering terputus bila hujan lebat...hmnn...syukur juga bahagian tangga sudah disiapkan. So semalam dapatla naik ke tingkat atas meninjau2 keadaan. InsyaAllah, dengan izinNya, mudah2an dipermudahkan urusan agar cepat siap projek kami ini. Kalau dah siap dan berpindah, bleh dah jimat duit sewa rumah Rm400 sebulan. Dalam pada hujan2, sempat juga asben dan adik beradiknya mengecat (undercoat) rumah di bahagian atas. Nampak la comel sket lepas kena cat hehehe.

ok gotta go prepare utk bicara esok pulak...daaa

Wednesday, January 7, 2009

KENANGAN BALIK KAMPUNG



Gambar di atas adalah gambar pemandangan dari arah pintu pagar masuk ke rumah mama di kampung. Kelihatan Hadi dengan sepupunya sedang bermain2 di halaman rumah. Puas hati la hadi dapat bermain dengan lepas bebas di halaman. Sejak balik kampung tempohari, hadi menjadi terlalu 'manja', langsung tak nak berenggang dengan azwa. Makanya untuk 'membebaskan diri' bawa dia main kat luar rumah...hehehe

27 November 2008, pukul 10.30 pagi kami bertolak dari Lapangan terbang Sultan Mahmud menuju KLIA. Pukul 12 tengahari bertolak ke KKIA dan tiba di rumah mama jam lebihkurang 4 petang. Antara perkara pertama kami lakukan adalah menziarahi pusara arwah bapa yang terletak di belakang rumah mama. Di sekeliling rumah mama dipenuhi pokok buah2an, tidak terkecuali di sekitar pusara bapa, beberapa pokok rambutan berbuah dengan lebatnya. Agenda kami seterusnya adalah membersihkan pusara bapa dan juga memetik buah rambutan yang 'meriah' ittew.


Rambutan yang kami petik..terlalu banyak, sehingga dengan dahan2 sekali asben patahkan. Kelihatan buah rambutan dalam 'wakid' dan bakul rotan...isinya lekang dan manis...


Sebahagian lagi buah rambutan. Diletakkan di pintu masuk rumah. Senang, sambil bersantai depan rumah, sambil makan buah rambutan..

Buah rambutan ini seolah2 menanti kepulangan kami. Beberapa hari setelah rambutan yang telah dipetik telah habis dimakan, kami dapati pokok2 rambutan yang begitu meriah buahnya sebelum ini tiba2 sudah tidak berbuah lagi..yang tinggal hanya beberapa biji buah yang sudah layu. Sempat juga menikmati buah tarap dari pokok tarap di belakang rumah ermnnn sedapnya hingga tak sempat nak tangkap gambar camno la ropenya buah tarap itu kan hehehe...

Seperti biasa bila balik kampung, jarang juga lekat di rumah huhuhu...kami banyak berjalan bawa anak2 melawat tempat2 menarik dan juga jeng jeng jeng kemana lagi kalau tak ke kedai jualan kristal...banyak tempahan...tapi yang jenuhnya nak menunggu adik2 kat kedai tu menyiapkan gelang dan rantai yang ditempah...huhuhu


Gelang dan rantai kristal telah dirasmikan oleh adik2 ipar azwa...cuma tinggal keronsang yang azwa borong ini. Kat sini mahal huhuhu...

Hah...pernah dengar kelapa bakar? Azwa pun pertama kali dengar. Kebetulan satu hari tu asben tergerak hati nak mencuba jalan balik ke kampung ikut jalan ke arah Nexus Karambunai. Dalam perjalanan terlihat banyak gerai2 menjual air kelapa, kelapa bakar dan lokan. Kami teringin mencuba kelapa bakar...bayangkan dua orang ini memesan kelapa bakar pada pukul 1 tengahari...


OOO...cenggini ropenya kelapa bakar...ok la rasa dia. Tapi panas banget uols...tak bleh nak minum pun. Dah minta kelapa bakar, takkan nak boh ais plak kan..kan..kan..Last2 minta kakak tu bungkus kelapa bakar tu. Sampai kat umah, airnya masih panas lagik. Bila ditambah gula sedikit barulah sedap nak minumnya. Orang kata ianya ada fungsi2 perubatan...ntah ler...kami saja jer nak terai hehehe


Seterusnya mari kita lihat perkembangan projek besar kami itteww..


Dulu



tiga minggu lepas..bahagian dapur basah belum dibuat lagi. Kerja slow sikit memandangkan setiap pagi petang siang dan malam hujan memanjang


Semalam...alhamdulillah, kerja2 berjalan lancar setelah musim hujan berlalu. Bahagian dapur mulai dipasang atap. Tangga di bahagian ruang tamu menuju ke tingkat atas sudah separuh siap.

Kalau korang perasan bentuk rumah nie empat segi jer...kerangka tingkapnya pun empat segi..pintu pun sama. Semalam azwa tengok, tangga pun sama...lurus bendul ajer...

Azwa: Apasal semuanya segi empat? Tak bleh ker kasi ubah sket..fesyen lain la plak..

Asben : A'a kan..tapi kerangka jenis nie paling murah sekalik...jimat kos.. (sambil gelak evil)



Gambar empat orang dari enam permata hati azwa. Tengah berposing untuk di hantar pada asben. masa ini asben berada di KT untuk menyelia perkembangan projek. Kami di kampung masa itu sedang bersiap2 untuk melawat ke Kampung Budaya Monsopiad. Hah...yang itu next entry la pulak.


Bandar KT sepanjang minggu ini tersangat la sibuknya. Polis di mana2. Memang tensi bila lampu isyarat polis trafik kawal, elok2 takde jem, terusss jalan jem... minta mahap pak polisi ya..

Kat bangunan tempat azwa bertugas ini pun sibuk setiap hari, maklum jadik pusat pentadbiran, maka segala jenis aktiviti yang 'biasa' dijalankan semasa pilihanraya semuanya dibuat kat sini...sib baik ada parking lot sendirik...klu tak harus kena parkir kat luar pagar pejabat.

Oklah..taknak cakap panjang pasal politik. .. daaa...

Monday, January 5, 2009

TADAAA....

Assalamualaikum w.w, Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009 semuaaaa....

Lama bebenor tuan rumah menghilangkan diri ek...bizi sangat bercuti2 Malaysia sampai tak hengat nak update blog huhuhuhu.

Sebenarnya 1/1/2009 sudah kembali berkerja...Terengganu tak cuti 1/1 uolsss...i pun baru tahu...makanya azwa kena la ambil cuti dua hari untuk urusan pendaftaran menghantar anak2 masuk sekolah.

Anak2 teruna azwa takde masalah...semua urusan pendaftaran berjalan lancar. Pergi ke sekolah dihantar oleh biras azwa. Haaa...tapiii...anak dara no. 4 yang baru masuk tahun satu ini tahun...waduh waduh....pertama kali azwa kena masuk kelas sama2 dok dalam kelas huhuhu. Cikgu tak selesa, azwa pun tak selesa....

Kesahnya pagi itteww azwa hantar Along dahulu sebab cadangan nak tukarkan sekolah dia sama dengan Aman. Maka Aini di hantar oleh biras azwa memandangkan dua orang lagi sepupunya juga masauk tahun satu sekolah yang sama cuma kelas berlainan. Dalam pukul 8 pagi azwa dapat panggilan telefon mengatakan bahawa Aini yang comel itteww tidak mahu masuk ke dalam kelasnya. Azwa pun bergegas ke sekolah aini. Tengok2 aini tengah duduk mencangkung di luar kelas sambil menupang dagu. Masa itteww ramai la ibubapa tengah berdiri di luar kelas dan duduk dalam kelas pun ada.



Pujuk punya pujuk, akhirnya nak juga la aini tu masuk kelas, tapi azwa kena ikut sama...huhuhu..Agak2 dalam sepuluh minit gitteww..azwa pujuk aini...katakn azwa tunggu kat luar kelas. Lega juga rasanya bila lihat dia okey jerr...tapi kena juga stay back di sekolah dok dekat kantin sehingga waktu rehat. Masa rehat, tengok dia dah jumpa sepupunya..dah boleh senyum, lari2 kira okey la tu. Setelah beri pesanan serba sedikit, azwa pun beredar dari sekolah...alhamdulillah hari pertama Aini ke sekolah berjlan lancar. Balik sekolah anak2 diambil oleh biras azwa.

Malam itu memang jadi cerita la kisah Aini tak nak masuk kelas hehehe...puas la dia kena usik ngan abahnya. Lupa pulak nak ambil gambar dia tengah mencangkung sambil menupang dagu ittew hehehehe...