Thursday, May 21, 2009

KISAH BIBIK


Actually, mokcik tak berapa gemar guna perkataan "Bibik"...i prefer to use the term "maid". Tapi mungkin Bibik ini adalah sinonim kepada perkataan Maid dalam Bahasa Indonesia. Mokcik tak ada Bibik. Tapi kawan mokcik ada Bibik yang menjaga tiga orang anaknya. My mom graciously help mokcik look after Hadi in the same house, so, my mom serba sedikit tahu la juga apa berlaku kat rumah masa ketiadaan kami.

Mokcik tak nak sebelahi sesiapa since i wasnt there. Alkisahnya, pagi tadi i heard my friend marahkan Bibiknya kerana tak bagi makan ubat properly kepada anak sulungnya yang demam. According to Bibik dia dah beri makan, tapi si anak yang berdegil tak nak makan. According to si anak, Bibik tak pernah bagi dia makan. So, berleter la my friend sebelum dia keluar untuk hantar anaknya gi sekolah.

Tak lama kemudian Bibik naik atas. Masa tu mokcik tengah iron baju. Bibik tengah menangis. Katanya dia dah beri makan ubat pada si anak tapi si anak ni memang degil (katanya la). Si anak enggan makan. Bila Bibik kata nanti maknya marah kalau dia tak makan ubat, si anak menjawab 'biarlah'. Mokcik pun cuma kata pada Bibik sabar jer la...kerja macam dia ni memang kena banyak bersabar. Lagipun budak2 memang begitu la perangainya kan. Mana ada budak yang senang nak makan ubat. Bibik tu pun mengadu la serba sedikit masalah si anak yang katanya suka buat cerita...mokcik dengar jer la...peh tu pujuk dia suh bersabar. Bibik pun pesan supaya mokcik tak ceritakan apa yang dia kata pada kawan mokcik tu.

Lepas siap iron baju, mokcik masuk bilik dan berbual2 dengan mama. Mama kata memang semalam dia ada dengar Bibik bertanyakan pada si anak.." kamu masih sakit lagi ka? mahu makan ubat nggak?". Tapi mama pun tak pasti la sama ada Bibik ada cuba beri makan ubat atau sekadar bertanya sahaja.

Mokcik pun tak tahu nak cakap apa...tapi rasanya itu la asam garam kehidupan...tapi yang mokcik boleh lihat, kawan mokcik memang treat Bibiknya macam saudara sendiri. Cuma sesekali memang ada la juga benda yang patut kena tegur memang la kena tegur kan. Dan Bibik ini pun setakat ini mokcik lihat melayan anak2 kawan dengan baik, cuma biasa la budak2 macam2 la perangainya yang kenkadang boleh buat 'blood go upstairs' kan...itu baru tiga...kalau 6 macam treler mokcik tu...huhuhuhu...boleh pengsan agaknya mana2 orang yang jadik Bibik mokcik hahahaha...


6 comments:

  1. azwa kat our family kita tak panggil bibik but tante so the children bolih hormat mengunakan tante as makcik...

    ReplyDelete
  2. nasib baik zino tak ada bibik geram asyik buat hal je

    ReplyDelete
  3. me dah pakai bibik yg ke enam selama lapan tahun.. macam macam garam ghitewww.. uhuhu

    ReplyDelete
  4. Kak Elle,

    Ya..tante kedengarannya lebih manis berbanding bibik. Tapi rasanya bibik nie bukan asal dari bahasa Malaysia, most probably bahasa Indonesia.

    Zino,

    Tidak dinafikan ada juga bibik yang perangai tak baik..

    En_me,

    Tu yang sanggup sampai sekarang mokcik tak ambil maid. Dengar citer adik mokcik dah banyak kali tukar2 maid. Tapi ada juga keadaan dimana memang terpaksa guna maid juga kan.

    ReplyDelete
  5. budak-budak pun suka buat hal jugak, kalau dapat maid baik nanti depa plak buli maid itu

    senang hantar kat baby sitter orang melayu, anak-anak ummi panggil mak jama dan abah hanafiah :)

    cuti sekolah budak-budak itu datang putrajaya tak? :)

    ReplyDelete
  6. ummi,

    betul betul betul...kenkadang dapat maid baik, anak2 pulak jadik macam dalam citer mr mama hahaha

    mokcik pun hantar anak pi babysitter..tu yang terpaksa minta jasa baik mama datang ke sini untuk jaga Hadi...sayanggg mama..

    cuti sekolah mokcik akan balik ke T'ganu...bulan depan dah boleh cuti yeayyy...

    ReplyDelete