Tuesday, February 17, 2009

MENGALIS

Gambar2 nie sebenarnya dah lama azwa nak postkan kat sini. Gambar lama2 nie. Masa tu kami balik bercuti ke Sabah. Azwa masih ingat gambar2 ini diambil semasa musim 'mengalis sada' atau menuai hasil ternakan ikan di sungai. Kebetulan beberapa hari selepas hari mengalis tersebut, azwa ada turun ke KK dan kebetulan Zino serta keluarga pun baru sampai dari Lahad Datu. Itu yang berjumpa di Pasar Filifin dan makan2 di Restoran Sempelang.



Ini Sungai Tuaran. Sepanjang sungai ini telah di 'bombon' atau telah dijadikan kawasan larangan apa-apa aktiviti menangkap ikan. Jarak setiap bombon adalah mengikut kawasan kampung di sepanjang Sungai Tuaran. Bagi keluarga Azwa kebetulan rumah terletak di tengah2 dua kampung. Bermakna apabila dua kampung ini menjalankan aktiviti mengalis, ada dua bahagian untuk keluarga azwa.


Pada musim yang telah ditetapkan, iaitu agak2 bila benih2 ikan yang dilepaskan beberapa bulan sebelum itu telah matang, maka sekalian orang kampung akan bergotong royong 'mengalis' ikan-ikan tersebut.




Golongan lelaki akan bergotong royong memasang pukat dari kesemua arah. Tujuannya agar ikan-ikan akan berkumpul dan terperangkap dalam jaring.




Wah...walaupun panas matahari, tetapi semangat nak mengalis membuatkan mereka ini masih mampu bergurau senda...





Kanak-kanak pun tak mahu ketinggalan...bah mari kita tarik pukat ramai2...satu...dua...tigaaaa.....




Bah...itu dia si gaman (Pakcik dalam bahasa Malaysia)..sudah siap sedia dengan karung guninya untuk diisi hasil tangkapan..



Tu dia...bagi kampung berkenaan hasil tangkapan agak lumayan. Tetapi kurang sedikit berbanding tahun lepas (2006). Ikan2 akan dibahagi2kan sama rata dan dimasukkan dalam baldi atau guni masing2.




Biasanya tugas membahagi2kan ikan2 ini dijalankan oleh kaum ibu. Masa ini memang meriah betul hehehe... jenis ikan yang biasanya kena tangkap ikan gayo mato ( besar mata) dan saraei...hehehe nama Melayunya mokcik tak tahu...asben kata lampam ada, kelah ada... yang mokcik tahu bila mama buat sup atau dibubuh 'pangi' (tak silap mokcik buah kepayang kut) lepas itu digoreng...waduhhh memang sodappp..



Oh ya..ikan2 yang dibahagi2kan kebiasaannya yang kecik2 sahaja huhuhu... yang besar2 biasanya akan dijual kepada pembeli yang sudah siap menunggu...biasanya Chinese yang gemar makan ikan ini. Hasil jualan ikan2 tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun JKKK kampung.




Setelah penat menyaksikan aktiviti mengalis ini, Usop, Aman, Asan dan sepupu mereka Puding bermandi manda kat sungai...tiap kali balik kampung memang permintaan mereka mandi sungai. Sungai ini dekat dengan rumah mama azwa, dalam 200 meter ajer. Malam2 bila nak tidur pun boleh terdengar bunyi aliran air sungai. Menjelang pagi, memang sejuk gilerrr...harus kena berselimut hehehe

Tu je la corat coret mokcik hari ini...daaa...

14 comments:

  1. besnyer menjaring ikan...

    macam ikan kelah aje.. Kalau buat gulai masam ni.. perghhhh!!

    ReplyDelete
  2. kakelle,

    maaf la, azwa kalau ditanya nama ikan memang tak kenal huhuhu. nama dalam bahasa dusun jer azwa tahu, melayu punya tak tahu.. kena tanya cik abe hehehe

    zar,

    ikan kelah tu ikan sungai kan...agaknya la tu...ikan banyak tulang, tapi isinya sedap.

    ReplyDelete
  3. DOT DOT?EMM..
    MACAM IKAN KELAH JER..GULAI TEMPOYAK SEDAP TUH

    ReplyDelete
  4. bestnya :)

    nyaman dan segar udara :)

    ReplyDelete
  5. waaa... sedapnye kalau dapat makan ikan segar... bakar pastu cecah sambal kicap... pergh... kemecer...

    ReplyDelete
  6. Azwa...sedapnya ikan sungai...akak suka...dpt goreng makan dengan nasi panas2...meman sedap sebab ikan baru...

    ReplyDelete
  7. mak ai.. best nya.. lain kali zino nak joint la.. hehe

    azwa
    teringat kisah gularrrr hehe

    ReplyDelete
  8. Irfa,

    Memang sedap kalau dimasak gulai tempoyak masa baru di tangkap kan

    ummi,

    petang2 best la bersiar2 kat sungai tu, masa tengahari panas dering gak huhuhu

    Luna,

    Masak stim pun sodappp tuu..

    Sas,

    ehehehe...sas sama macam aini, suka makan dengan kicap..

    Kak anie,

    Goreng garing2, masa panas makan ngan nasi panas...ada pulak sambal belacan pergghhhh...

    zino,

    set masa nak ke KK betul2 time semua kampung nak mengalis hehehe..

    ReplyDelete
  9. wahhhhhhhhhh..seronoknya ada acara mcm tu.. saya tak pernah tengok bebetol. teringinnya.. lenkali nak melancong kat kg azwa la. hhehehehe... azwa jadi tourist guide buleh?

    ReplyDelete
  10. sanya,

    bolehhh...kena bayar lebih sikit la dari guide biasa muahahaha...

    ReplyDelete
  11. en_me,

    gitteww la kekdahnya ...erkk...kenyang makan ikan kerr??

    ReplyDelete