4 November 2008.
Azza berposing kat sungai dekat rumah mama azwa Semalam adalah hari lahir anak azwa yang no. lima, puteri azwa yang kedua Sharifah Fatimah Azzahraa. Boleh plak tu hampir2 umminya terlupa semalam adalah hari lahir Azza. Syukur juga semasa dalam perjalanan balik tiba2 teringat special occasion tersebut. Lalu azwa pun melencong arah perjalanan ke secret recipe. Hajat hati nak beli kek white chocolate macademia. Hampa. Ada sebijik, tapi dah ditempah katanya. Hmnn...last2 azwa pilih kek durian durian.
white chocolate macademia...yummy... durian durian pun jadi la...yummy juga if u like durian flavour
Tapii...tak aperla...durian durian pun durian la...yang penting sedap dimakan...hehehe. Cuma yang tak bestnya sampai la ni azwa tak jumpa la plak usb port bikin sambung pc ke henpon nie. Mana la azwa simpan ek...so, nampaknya gambar2 still tak dapat diuploadkan. So, azwa tepek jer la gambar2 lama kat sini untuk pengganti.
Sharifah Fatimah Azzahraa...genap umur anak ummi yang ke 6 tahun. Kalau tengok muka Azza ni, ada kawan azwa kata macam muka innocent jer...hehehhe...tapi kalau gaduh ngan kakaknya si Aini, tak terlawan dibuatnya. Dia ni kira brutal gak nie. Perkara pertama dia akan buat bila bangun tidur adalah mengacau baby Hadi. Memang selalu kena jentik ngan abahnya especially bila weekend...yer la, elok2 Hadi tidur, dia kacau. Hah kalau Hadi dah bangun, kompom la ummi dan abah kena bangun gak, tak de can nak menyambung membuta hahahaha...
hadi sure terbangun awal punya bila kak azza kacau dia
Pengalaman melahirkan Azza, memang tak boleh azwa lupakan. Pada hari sepatutnya azwa masuk wad kat klinik bersalin Arridzuan, doktor dapati kedudukan baby melintang. Masa tu klinik tersebut belum ada kemudahan 'caesarian'. Daripada mengelak nak bersalin di hospital gomen, last2 azwa terpaksa pilih hospital gomen. Nak jimat punya pasal. Maklum kemungkinan besar akan kena bedah. Doc kata kalau songsang, bleh lagik try bersalin normal. Tapi since baby melintang, terpaksa la bedah.
Masuk spital gomen guna GL. Dapat la masuk wad kelas pertama dok sensorang. Biliknya selesa, tapi boring pulak sebab dok sensorang kan...scan punya scan, doktor kata bleh try bersalin normal. Pehtu depa pun sorong la azwa masuk wad bersalin...part paling tak best kena induce huhuhu. Tapi dari pagi sampai ke malam, langsung takde rasa sakit. Azwa siap gaduh ngan doktor lagi sebab dia insist nak inject ubat tahan sakit." Tapi saya tak sakit doktor""Ini bukan pertandingan menahan sakit. Kalau i inject u ubat tahan sakit, u bleh rest.""Huh...tak faham2 org kata tak rasa sakit pun. suka hati doktor la."Lupa nak kabor, masa nak bersalin tu kebetulan ramadan yang pertama. Pagi tu kononnya nak posa, so tak makan apa ler dari pagi hingga ke malam. Last2 azwa dah lembik dah. Sakit bersalin tak terasa pun lagi. nak minta makanan dia tak beri plak. Akhirnya peh discuss ngan cik abe, azwa opt untuk caesarian. Maka dekat tengah malam 4/11/2003, lahirlah Azza ke dunia ini. First experience juga azwa kena bedah. Doktor pun kata, " baby nie kecik jer. maybe should have tried normal delivery. ni baby nakal sikit, nak keluar ikut tingkap". hehehehe...memang pun, sampai la nie perangai dia memang ada nakal sikit banding yang lain.
Aini dan Azza, masa ni besday Aini last year. posing di rumah lama di perak dulu.
Untuk Azza, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, jadi anak solehah dan dijauhkan dari segala kejahatan di dunia dan akhirat. Aminnn.