Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Monday, January 25, 2010

UPDATED

Assalamualaikum semua.



peace...


Semalam flight AAsia on time. So tiba di LCCT awal. Dalam 10.13 malam sudah berada di luar, menunggu shuttle ke Salak Tinggi. Masalahnya, shuttle tu ikut time dia jalan pukul 11 malam...melangut la menunggu dalam bas. Gastrik pun dah mula menyerang, maka mokcik pun berpiknik dalam bas makan kay ef cee sementara tunggu shuttle bertolak.







Sebenarnya kunci rumah mokcik tertinggal di KT. Antara siHadi atau Azza la tu yang telah menyelongkar hand bag mokcik. Kebetulan bekas rakan serumah ada kes pagi ni, so dia tumpang tido rumah semalam. Dia masih ada kunci rumah. So itu pasal la mokcik tak gelabah langsung. Kalau dia takde, ada sorang lagi kawan yang datang tido sekali sekala. Tapi rumah dia kat Setapak..jauh juga tu nak datang Pjaya malam2. Alhamdulillah, segala dipermudahkan.






Jom la masuk rumah baru kami..


Lepas hantar kawan ke erl (dia ada kes di Jalan Duta), mokcik pun masuk opis. Very the awal la..jam 7.31 dah masuk. Tapi sempat la membelek2 fail untuk kes hari ini di POJ. Menunggu dalam mahkamah hingga jam 10.45 kes mokcik pun dah settle. Terus ke erl untuk beli scarf...puas pi pusing di Giant dan Sabasun KT tak jumpa pulak scarf untuk Aini ngan Azza...alhamdulillah ada di sana. Malas nak berjalan jauh ke Bandar Baru Bangi nak mencari sebenarnya. 11.30 mokcik sampai di opis terus pi membeli makanan dulu. Kebuluran dah tak makan dari pagi.







Semak emel segala..menjenguk mana yang perlu dan beri arahan pada pegawai berkenaan. Dah settle...boleh la berehat sebentar. Terasa letih pulak...nak melelapkaan mata barang sedetik dua la..betul2 terasa dan tua pulak huhuhuhu...kena makan vitamin ni agaknya. Sejak balik kerja ni mokcik memang macam mengabaikan ambik segala supplement ni..rasa malas sangat ihikss...



Ni bilik abang Usop..tengah tunggu abah pasang tikar getah nie..




Ok la... gotta go..ta ta ti ti tu tu
>

Monday, June 30, 2008

HELLOOOO

Helloooo n Salam untuk semua...

Aisey, bos panggil untuk mesyuarat pulok! Jap agi baru sambung update ek...daaaa....

Wednesday, May 14, 2008

14 MEI DAH KERR???

Pagi tadi dalam sibuk2 nak ke pejabat, alarm tepon berbunyi...

"Reminder...bawa Hadi ke klinik"

Ooo...bila dibelek kad klinik Hadi ropenya hari ni kena bawa dia ke klinik. Nak kena suntik lagi la baby tu. Tapi hari nie agak bizi sket la...postpone ke hari Jumaat la baru bawa dia ke klinik, boleh gitu? hehhehee

Cepat sungguh masa berlalu ye, last posting 30/4...pejam celik pejam celik hari ini dah 14 Mei. So, for the past 2 weeks mana dah Azwa pergi ek sampai tak sempat nak hapdet blog nie agaknya ek...

well...1 Mei tu coti2 kan...dan on the 4th Azwa sepatutnya ke Kemaman. Tapi berjaya berbincang mengenai penyelesaian tuntutan... so loyer the other side setuju ambik tarikh baru untuk sebutan semula.

Pukul 10 pagi 5/5/2008, azwa bertolak ke KLIA dengan menaiki flight...dah agak lama tak naik flight, risau gak dibuatnya hehehhe. Alhamdulillah tiba dengan selamatnya di KLIA. Ke hotel Palm Garden dahulu untuk check in sebelum menghadiri mesyuarat pada pukul 2.30 petang. Selepas mesyuarat, sempat ke Alamanda untuk shopping ahaks...sempat menyambar 3 helai baju di Belle, sepasang kasut di Bata dan jeng--jeng--jeng...berjaya membeli sebuah kamera digital akhirnya. Selalu guna Olympus, tapi tergoda pulak ambik Samsung hari tu..hmn...harga sama, spesifikasi berlainan so, rasanya deal utk samsung lebih berbaloi ( statement menyedapkan hati sendiri muahahhaa)

Malangnya gambar di hotel yang diambil dengan tujuan untuk dipaparkan di posting ini telah hilang...terdelete atas sebab2 kecuaian manusia ( hehehhe...tersilap tekan).. Argghhh...

Esoknya balik ke 'Ganu dengna flight jugak...alhamdulillah tiba dengan selamatnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 4 ptg.

8/5/2008 pukul 4 ptg sekali lagi bertolak ke KLIA dengan flight. Kali ini menghadiri mesyuarat AGM persatuan pegawai2 di UKM Bangi. Huh...kerana ada kiriman kepok lekor dan kepok keping yang terpaksa ku angkut...walaupun dah berhenti depan alamanda tak dapat nak gi masuk ke dalamnya. Takkan nak heret kepok tu bersama2 hehehhe. Terpaksa tunggu member ambik. Ropenya rumah dia dekat sesangat dgn alamanda...kat presint 16 jer. So dok semalam rumah dia sebelum pergi ke UKM esoknya dan pindah ke Equatorial Hotel. Miting kat UKM tapi dinner tahunan kat hotel...tapi azwa tak gi pun dinner. Bersama2 kawan dari Miri kami pergi menikmati roti nan dengan ayam tandoori di Warta muahahaha, boleh gitu...hmnnn..

10/5 kembali ke 'Ganu. Alhamdulillah walaupun flight ada goncang skett sebab hujang pulok kat 'Ganu. Malam tu ada perasmian Stadium baru so memang full house la flight ke 'Ganu masa tu.

Minggu nie bizi dengan persediaan untuk kes2 bicara bulan depan huhuhu...petang ni baru berkesempatan menjenguk blog yang dah kena bersihkan dari sawang2 ini hehehhe. So, Yup Syikin...minggu ni agak bizi sket la tuan rumah nie sampai tak sempat nak hapdet. Tapi sempat jugak menjenguk ke blog kenkwan cuma tak dapek nak tinggalkan jejak2 heheheh, jadik halimunan aje.

Ok la nak kuar opis dah nie. Anak2 pesan beli pau durian burung...dorang kata sodap. Huh kena gi cari nie..daaa...

Tuesday, April 22, 2008

HAPDET LERRR BLOG TU....

Hehehhe...lama bebenor dah tak berpeluang nak hapdet rumah azwa nie. Sejak balik PTK tempohari bizi lerr pulok. Setiap hari kena gi court. Balik opis kena check dokumen utk kes sok pulok. Hmnnn...kerja azwa la nie kira bizi sangat ler banding ngan kerja dulu tapi stress dia kurang sikit sebab ianya lebih kepada penyediaan dan penelitian dokumen2. Dulu tension memanjang sebab kes jenayah perlukan kita berfikir secara spontan untuk menangkis isu2 baru yang tiba2 timbul semasa proses bicara. Kerja skang memang sepenuhnya berkaitan kes sivil, so, tak de isu2 surprise semasa bicara kerana discovery dokumen dah berlaku sebelum proses bicara. Yang bizi tu sebab nak menelaah dokumen2 dan mempastikan ianya telah difailkan.

Dalam bizi2 menjalankan tugas harian, dua minggu lepas, kena gak jadik pemandu pelancong sekejap. Kebetulan tahun ini semua bahagian dalam JPN mengadakan persidangan tahunan depa kat negeri penyu bertelur nie. So, kira tak kena la kalau kita yang jadik tuan rumah tak melayan rakan2 yang mai kat sini kan. Sempat la jugak azwa membawa 5 orang member gi round2 sekitar bandar Kuala Terengganu nie. Yang jadi wajibnya mesti la kat area Losong kerana keropoknya dan Pantai Teluk Ketapang menikmati sotong salut tepung, udang salut tepung, ikan salut tepung sambil menghirup air kelapa muda...sodapppnyerr...

By the time balik rumah tu memang dah lotih la...mata pun dah layu jer...nak open internet pun tak larat, tambahan pulak, broadband maxis yang masa digunakan di Bangi dulu sikit punya laju ker, kini bila berada di 'Ganu nie...sikit punya lembab ker nak upload. Tensen mokcik dibuatnya. Tapi biasa la kalau dah lama tak bertenet tu memang panggilan pulau untuk menghapdetkan rumah nie dah mendayu2 dah memanggil hehehehe. So hari nie, Azwa usahakan juga utk hapdet blog ini.

Citer pasal PTK...nyesal pulak gi PTK awal2 hari tu...patut azwa reject jerk panggilan hadiri PTK tu kan. La ni kabarnya dah dimansuhkan...lega skett. Tapi tak tahu la perubahan camno yang akan dilakukan...kalau tambah menyusahkan berbanding sekarang, baik toksah! Azwa rasa lebih rela lagi la sistem SSB dulu tu...walaupun ramaai yang gak yang tak suka SSB tapi sekurang2nya SSB takyah gi exam sampai nak pecah kepala blaja utk exam...cam budak universiti pulak.

Lagi satu masa nie, harga barang yang melonjak2 naik...memang mendorong utk membeli banyak2 buat stok. apa taknya, semalam gi beli harga lain, esok tup2 dah naik pulak...terutamanya beras dan susu...wuiii...selalu gi pasaraya tu bahagian beras banyak bersusun2...la ni kalau gi...kosong jer...yang tinggal brand yang mahal2 jer...Nak makan kat luar pun kena fikir seratus kali. Kantin kat opis pun cekik darah mahal nak mampus rege makanan dia berbanding kat luar sedangkan sewa dapat murah...memang susah skang nie semuanya mahal2 belaka. Gaji naik pun tak guna kalau harga barang terus meningkat.

Camno kat tempat korang pulak...bekalan beras camno? ker u all dah siang2 lagi kumpul beras buat stok hehehhe...

Wednesday, March 26, 2008

PANAS PANAS PANAS


Assalamualaikum semua...apa habag kenkawan?

Semoga kalian semua sehat walafiat hendaknya, insyaAllah. Azwa sekarang berada di toooooot, Bangi...hehehehe. Tengah berkursus la ning.. PTK lagi. Hari isnin mendatang exam bertulis ngan public speaking. Ni tengah surf internet cari bahan ler nie. Tajuk individual assignment susah2...last2 Azwa pilih tajuk 'Caretaker Government'...ok tak?

Memandangkan kat opis tak bleh buka blog, maka Azwa menyahut seruan Zar untuk berbroadband hehehhee....puah hati den, skang bleh berblogging tanpa guna talian gomen hehehe...berbaloi la aku gi kursus PTK blajar etika dan nilai2 perkhidmatan nie kan.

Anyway, tajuk panas panas panas tu merujuk kepada keadaan kat state tempat Azwa bertugas. Mula2 memang kat sana sejuuuuuuk jer...tup tup tak sangka pulak, ku sangka sejuk hingga ke petang , ropenya panas di tengahari. Memang la panas sebab tengahari kan hehehehe...Kat tempat kursus, as expected, semua org dok tanya Azwa pasal isu nie. Malangnya depa cam tak percaya bila Azwa kata Azwa tak tahu pasal isu nie...depa ingat Azwa tipu. Memang betoi pun, Azwa tak tahu pasalnya, Azwa forever gi court n cuma berpeluang dok opis di sebelah petang. Azwa pun jarang jumpa bos, sebab dia pun dok sibuk kena prepare opinion whatsoever pasal mende nie. Bos pun jenis tak banyak cerita, Azwa pun bukan jenis busy busy body gi tanya2 dia hehehehe

Azwa memang interested juga mengikuti isu nie, not becoz am interested in politics, tapi lebih kepada isu perlembagaan...siapa yang lebih berkuasa, siapa berhak lantik MB etc. etc.. nie soalan untuk PTK nie huhuhu

ok la itu sahaja laporan dari Azwa kali ini. InsyaAllah kalau tak stress sangat bleh la menjenguk lagi kat sini dan menyolek sikit rumah nie. Perabut tak masuk lagi, langsir pun tak pasang lagi. Bila ada masa baru la pi jenguk rumah kenkawan pulak. Ok wish me luck friends...have a nice day eberibodi.

Monday, January 21, 2008

Wednesday, December 26, 2007

Friday, July 20, 2007

COBAAN

Memang banyak cobaan...cobaan untuk memposting belum berjaya masa ini...la ni dah ok dah

SEKALI LAGI BERMULA

Yaaa....sekali lagi ini adalah percubaan- percubaan yang coba dibuat untuk memposting...tapi masa itu still gagal. Sampai tukar template berpuluh2 kali, tapi problemnya bukan kat situ. Masa itu tak tahu mana penyakitnya...hingga la nie still tak tahu kenapa tak bleh buat posting. Tetiba plak boleh bila buat attempt yang entah keberapa kali ntah.