Wednesday, May 14, 2008

14 MEI DAH KERR???

Pagi tadi dalam sibuk2 nak ke pejabat, alarm tepon berbunyi...

"Reminder...bawa Hadi ke klinik"

Ooo...bila dibelek kad klinik Hadi ropenya hari ni kena bawa dia ke klinik. Nak kena suntik lagi la baby tu. Tapi hari nie agak bizi sket la...postpone ke hari Jumaat la baru bawa dia ke klinik, boleh gitu? hehhehee

Cepat sungguh masa berlalu ye, last posting 30/4...pejam celik pejam celik hari ini dah 14 Mei. So, for the past 2 weeks mana dah Azwa pergi ek sampai tak sempat nak hapdet blog nie agaknya ek...

well...1 Mei tu coti2 kan...dan on the 4th Azwa sepatutnya ke Kemaman. Tapi berjaya berbincang mengenai penyelesaian tuntutan... so loyer the other side setuju ambik tarikh baru untuk sebutan semula.

Pukul 10 pagi 5/5/2008, azwa bertolak ke KLIA dengan menaiki flight...dah agak lama tak naik flight, risau gak dibuatnya hehehhe. Alhamdulillah tiba dengan selamatnya di KLIA. Ke hotel Palm Garden dahulu untuk check in sebelum menghadiri mesyuarat pada pukul 2.30 petang. Selepas mesyuarat, sempat ke Alamanda untuk shopping ahaks...sempat menyambar 3 helai baju di Belle, sepasang kasut di Bata dan jeng--jeng--jeng...berjaya membeli sebuah kamera digital akhirnya. Selalu guna Olympus, tapi tergoda pulak ambik Samsung hari tu..hmn...harga sama, spesifikasi berlainan so, rasanya deal utk samsung lebih berbaloi ( statement menyedapkan hati sendiri muahahhaa)

Malangnya gambar di hotel yang diambil dengan tujuan untuk dipaparkan di posting ini telah hilang...terdelete atas sebab2 kecuaian manusia ( hehehhe...tersilap tekan).. Argghhh...

Esoknya balik ke 'Ganu dengna flight jugak...alhamdulillah tiba dengan selamatnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 4 ptg.

8/5/2008 pukul 4 ptg sekali lagi bertolak ke KLIA dengan flight. Kali ini menghadiri mesyuarat AGM persatuan pegawai2 di UKM Bangi. Huh...kerana ada kiriman kepok lekor dan kepok keping yang terpaksa ku angkut...walaupun dah berhenti depan alamanda tak dapat nak gi masuk ke dalamnya. Takkan nak heret kepok tu bersama2 hehehhe. Terpaksa tunggu member ambik. Ropenya rumah dia dekat sesangat dgn alamanda...kat presint 16 jer. So dok semalam rumah dia sebelum pergi ke UKM esoknya dan pindah ke Equatorial Hotel. Miting kat UKM tapi dinner tahunan kat hotel...tapi azwa tak gi pun dinner. Bersama2 kawan dari Miri kami pergi menikmati roti nan dengan ayam tandoori di Warta muahahaha, boleh gitu...hmnnn..

10/5 kembali ke 'Ganu. Alhamdulillah walaupun flight ada goncang skett sebab hujang pulok kat 'Ganu. Malam tu ada perasmian Stadium baru so memang full house la flight ke 'Ganu masa tu.

Minggu nie bizi dengan persediaan untuk kes2 bicara bulan depan huhuhu...petang ni baru berkesempatan menjenguk blog yang dah kena bersihkan dari sawang2 ini hehehhe. So, Yup Syikin...minggu ni agak bizi sket la tuan rumah nie sampai tak sempat nak hapdet. Tapi sempat jugak menjenguk ke blog kenkwan cuma tak dapek nak tinggalkan jejak2 heheheh, jadik halimunan aje.

Ok la nak kuar opis dah nie. Anak2 pesan beli pau durian burung...dorang kata sodap. Huh kena gi cari nie..daaa...

3 comments:

  1. ingatkan zino je asyik berjalan kesana kemari.. hehe

    ReplyDelete
  2. pergi belle kat alamanda ek.. bes kan situ? banyak pilihan sikit...

    ReplyDelete
  3. Zino,

    tuan rumah asyik berjalan, rumah nie dah kena overhaul dah sebab lama sangat tak dibersihkan muahahha...

    Zar,

    A'a belle alamanda...bukan azwa jer seronok bershopping, salesgirl kat situ pun gumbira azwa borong baju hehehhe

    ReplyDelete