Wednesday, May 28, 2008

NATUR?

Phewwww....penatnya meronda-ronda blog kenkawan. dah lama tak menjenguk banyak ler kena dibaca. Tapi still tak sempat nak tinggal jejak kerana nak bertolak ke Kota Bharu Kelantan sat lagi. Tengokla blog Azwa ni pun jarang dah kena update akhir2 nie. Setiap hari ada kes pada sebelah paginya. Petang pulak kena siapkan dokumen2 untuk esok pulak huhuhu...kat opis ni pulak, bila nak masuk blog...denied access ajer. Satu kerja pulak nak unblock sites tu semua hehehhe. Bila free bleh ler tapi kalau bizi tu, lupakan ajer ahaksss.. Broadband kat umah pulak slow bebenor, kura-kura pun azwa rasa lebih laju dari broadband tu huh...tu yang maleh nak online kat umah.

anyway, korang pernah tak dengar syampu jenama Natur? My second daughter tu baru2 nie azwa perasan kepala dia dipenuhi dengan kudis yang seakan jerawat bernanah...cian betul dia. Dok tergaru2 kepala dia. Pehtu dah digaru kepala, kena kat bahagian badan lain, palagi jangkit la kudis tu. Memang azwa tak bagi dia dok main ngan baby takut baby kena jangkit pulak. Azwa risau bila dapati ada bengkak di bahagian telinga dan kepala Azza. Bila ke klinik, doktor kata bengkak disebabkan oleh kudis2 ittew. Dia sarankan guna syampu jenama Natur. Hmnnn...tak pernah pulak dengar syampu jenama nie. klu pantene ke, sunsilk ker, clear ker tu besa la. Sib baik doktor pun siap bagi tau..pi cari kat giant.

Belek punya belek baru azwa perasan exceli syampu nie keluaran Indon...sedara mara jamu Nyonya meneer tu kot hehehe. Warna botolnya agak pelik dan kaler coklat yang kureng menawan. Tapi Azwa perasan baunya sedap juga, mungkin kerana ia bau herba. apparently natur nie herbal syampoo. Surprisingly, selepas menggunakan syampu tu beberapa kali, kudis2 kat kepala Azza dah mula mengering dan dia pun dah jarang menggaru kepalanya. Azwa pun tergoda ler untuk mencuba syampu Natur nie kerana sejak akhir2 nie memang rambut Azwa banyak gugur dan gatal kulit kepala sampai berkuping2 kelemumurnya. Sehari tak basuh memang esok serupa 'monyet' ahakss...dok tergaru2 kulit kepala nie. Dah gi jumpa doktor, dia kata kurang vitamin pasalnya Azwa tengah breastfeeding. Dia bagi vitamin dan Azwa sendiri ambil Gamogen tapi setakat ini belum nampak kesannya. So, Azwa pun cuba la syampu Natur nie...pada pemakaian pertama memang terasa perbezaannya. Rasa macam kulit kepala bersih sangat...hmnnn...tapi still tak mengharap sangat. After several times using it, rambut azwa pun dah kurang gugurnya. Kalau dulu, sikat sikit jer berguguran rambut sampai risau dibuatnya. Kulit kepala pun rasa bersih, gatal2 berkurangan dan yang pentingnya kuping2 kelemumur dah berkurangan, kalau camni kena la teruskan menggunakan Natur.

so moralnya, jangan sangka barangan yang tak berjenama terkenal tu tidak baik atau tidak berkesan. Walaupun packagingnya kurang menarik tapi yang penting keberkesanannya lah. So, for azwa, nampaknya lepas ini syampu2 berjenama tu dikesampingkan. Welkam Natur!

4 comments:

  1. wow.. boleh try cuba test tengok shampoo ni...

    ReplyDelete
  2. salam kak... apa kabar? :)

    baru pertama kali dengar nama jenama tu... tapi kalau bagus, boleh juga mencuba... :D

    ReplyDelete
  3. azwa..
    terima kasih kerana sudi datang joint rombonga cik kiah ke ketereh.. (sampai dulu dari pegantin..hehe) dan

    terima kasih seklai lagi kerana menjemput kami datang dan menjamu kami di trengganu malam semalam hehe..

    ReplyDelete
  4. Zar,

    cuba la terai test syampu tu kut2 serasi. azwa pun puas mencuba pelbagai jenama, nampaknya serasi pulak dengan yang ini.

    Sas,

    Wow long taim no see...hehehhe selalu akak gi jengok2 ke blog Sas tapi tak sempat nak tinggal jejak, bizi berjalan ke sana ke mari ihikss...

    a'aa..syampu nie cari kat farmasi tak jumpe, tapi kat giant ada. Bau sedap n paling penting berkesan la.

    Zino,

    Terima kasih kerana menjemput kami ke majlis kenduri kawen tu. Terima kasih sudi ke rumah kami dan mohon maaf jika hidangan tidak menepati selera hehehehe. Kalau ke arah pantai timur tu, sudi2kan lah singgah lagi.

    ReplyDelete