Monday, June 2, 2008

KE KELATE LAGI...

Semalam Azwa ambil cuti rehat. Dah minggu lepas dok asyik berjalan kerana kerja, hingga terlepas menghadiri majlis nikah sepupu suami. Mujur hari kenduri kawen pada 30 mei tu sempat jugak gi ke rumah dia. So, pada hari semalam hari sambut menantu belah lelaki, kami bersama-sama la memeriahkan rombongan cik kiah menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. sib baek tak jauh sangat, dekat2 situ gak. Semalam sempat gi dua buah rumah...hmnnn...sambil menambahkan ukur lilit pinggang...ihikss kerana dok asyik makan nasi minyak gulai kawah hohoho. dah ler hari2 sebelum tu dah makan dah nasi minyak kenduri kawen kat rumah besan Zino di Ketereh hehehhe...makan nasi minyak sampai dua kali tambah.. :) Nampaknya lepas musim cuti sekolah nie kena la berdiet.



Pagi nie masuk kerja nak tengok mana2 yang patut kerana esoknya kan berangkat ke kelate semula. Azwa akan berkursus hingga 6 jun di Renaissance. Memandangkan cuti sekolah, famili semua ikut sama, termasuk mama dan adik Azwa sekali. Agar mereka tak kebosanan sementara Azwa berkursus, Azwa tempah chalet kat Pasir Belanda Resort. Sebenarnya tak cadang pun nak dok situ awalnya, tapi memandangkan semua hotel dan resort di Kota Bharu dah penuh masa coti2 sekolaha nie, Azwa terjumpa resort nie thru internet. Tuan punya resort macam friendly ajer thru the phone... a dutch couple yang usahakan resort nie. Further review coming soon setelah kami menjejakkan kaki ke sana, insyaAllah.

Oh ya, masa di kelate pada 28/5 tu Azwa sekeluarga dok kat Hotel New Pacific atau lebih dikenali the purple hotel. Nice place, tapi breakfast dia tak banyak pilihan. untuk makan malam, kami mencuba Nasi Kerabu Ayam Percik Yati...huh...popular sungguh tempat makan nie, lambat skett memang takde tempat duduk. Tapi memang sedap la ayam perciknya...yummy sampai tak sempat ambek gambar muahahhaha..

Ok...laporan seterusnya setelah kembali dari Kelate...

4 comments:

  1. ke kelantan lagi? hotel tu tak jauh dari tempat zino duduk hari tu..

    ReplyDelete
  2. ambui sakan berjalan azwa ek..

    plan nak ke tganu mei lepas, tak menjadilah.. panggilan kuala kangsar lebih mendayu bunyinya.. lagipun tgh musim deroyan sekarang ni...

    ayam percik yati tu zar rasa biasa jer.. tapi tempat dia happening ler.. meriah..

    ReplyDelete
  3. Zino,

    Masa kat kelate mencari2 gak kat mana lokasi tempat tu tapi tak jupe pulok. Mem kata ianya rumah persendirian yang dijadikan rumah tumpangan. Selesa katanya..sesuwai utk family.

    Zar,

    Diberi gomen peluang berjalan, berjalan la kita hehehehe. Kebetulan taim coti2 sekolah, boleh la asben dan anak2 menumpang sekalik jjcm ke sana.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah sampai tak sompek nak amik gambar 2...mmg OSAH sodah eh bak kata org N9 tuh..he..he..he..

    ReplyDelete