Tuesday, April 22, 2008

HAPDET LERRR BLOG TU....

Hehehhe...lama bebenor dah tak berpeluang nak hapdet rumah azwa nie. Sejak balik PTK tempohari bizi lerr pulok. Setiap hari kena gi court. Balik opis kena check dokumen utk kes sok pulok. Hmnnn...kerja azwa la nie kira bizi sangat ler banding ngan kerja dulu tapi stress dia kurang sikit sebab ianya lebih kepada penyediaan dan penelitian dokumen2. Dulu tension memanjang sebab kes jenayah perlukan kita berfikir secara spontan untuk menangkis isu2 baru yang tiba2 timbul semasa proses bicara. Kerja skang memang sepenuhnya berkaitan kes sivil, so, tak de isu2 surprise semasa bicara kerana discovery dokumen dah berlaku sebelum proses bicara. Yang bizi tu sebab nak menelaah dokumen2 dan mempastikan ianya telah difailkan.

Dalam bizi2 menjalankan tugas harian, dua minggu lepas, kena gak jadik pemandu pelancong sekejap. Kebetulan tahun ini semua bahagian dalam JPN mengadakan persidangan tahunan depa kat negeri penyu bertelur nie. So, kira tak kena la kalau kita yang jadik tuan rumah tak melayan rakan2 yang mai kat sini kan. Sempat la jugak azwa membawa 5 orang member gi round2 sekitar bandar Kuala Terengganu nie. Yang jadi wajibnya mesti la kat area Losong kerana keropoknya dan Pantai Teluk Ketapang menikmati sotong salut tepung, udang salut tepung, ikan salut tepung sambil menghirup air kelapa muda...sodapppnyerr...

By the time balik rumah tu memang dah lotih la...mata pun dah layu jer...nak open internet pun tak larat, tambahan pulak, broadband maxis yang masa digunakan di Bangi dulu sikit punya laju ker, kini bila berada di 'Ganu nie...sikit punya lembab ker nak upload. Tensen mokcik dibuatnya. Tapi biasa la kalau dah lama tak bertenet tu memang panggilan pulau untuk menghapdetkan rumah nie dah mendayu2 dah memanggil hehehehe. So hari nie, Azwa usahakan juga utk hapdet blog ini.

Citer pasal PTK...nyesal pulak gi PTK awal2 hari tu...patut azwa reject jerk panggilan hadiri PTK tu kan. La ni kabarnya dah dimansuhkan...lega skett. Tapi tak tahu la perubahan camno yang akan dilakukan...kalau tambah menyusahkan berbanding sekarang, baik toksah! Azwa rasa lebih rela lagi la sistem SSB dulu tu...walaupun ramaai yang gak yang tak suka SSB tapi sekurang2nya SSB takyah gi exam sampai nak pecah kepala blaja utk exam...cam budak universiti pulak.

Lagi satu masa nie, harga barang yang melonjak2 naik...memang mendorong utk membeli banyak2 buat stok. apa taknya, semalam gi beli harga lain, esok tup2 dah naik pulak...terutamanya beras dan susu...wuiii...selalu gi pasaraya tu bahagian beras banyak bersusun2...la ni kalau gi...kosong jer...yang tinggal brand yang mahal2 jer...Nak makan kat luar pun kena fikir seratus kali. Kantin kat opis pun cekik darah mahal nak mampus rege makanan dia berbanding kat luar sedangkan sewa dapat murah...memang susah skang nie semuanya mahal2 belaka. Gaji naik pun tak guna kalau harga barang terus meningkat.

Camno kat tempat korang pulak...bekalan beras camno? ker u all dah siang2 lagi kumpul beras buat stok hehehhe...

8 comments:

  1. hehehehe...lama ker tak apdetnyer???
    ni riani wat kunjungan balas nie...nt add riani yer kak...thanksssssssss....

    ReplyDelete
  2. salam,

    saya lum wat stok beras lagi :)

    asmaa dah bertambah lasak. tp lum betul2 nak merangkak..tanganya lum cukup kuat nak mulakan langkah, tp kaki tu biasa diangkat tinggi2 :)

    ReplyDelete
  3. Riani...hehehe...lama ler gak rumah nie terbiar bersawang ihikss...thanks buat kunjungan balas. akan ku linkkan segera...makaseyyyyy

    ReplyDelete
  4. Syikin,

    Salam kembali. Sama le kita, azwa pun tak nak panikkan diri, tapi cuak gak kut2 esok2 rege beras melonjak lagi naik. Kang tak pasal kena minta abang kat kampung kirimkan beras kampung yang baru dituai tahun lepas hehehe

    Asmaa makan bubur masak sendirik ker? Baby Hadi azwa beri makan bubur nasi sesekali beri ready made. La ni dia dah lasak sangat berguling2 tak bleh tinggal lelama kang tersembam atas lantai :)

    ReplyDelete
  5. zwa..
    zino tunggu gak pembatalana PTK ni tension tak habis bila kena aambil exam ni hehe.. terutama bab pengucapan awam tu hehe..

    lagi satu terlibat pulak buat soalan utk staff yg nak ambil exam.. biasanya soalan zino laris la.. sebab tak ada nak menyiksa dia org pun..

    kalau zino singgah ganu boleh ke jadi pemandu pelancong.. nak gak ke lesung tu hehe

    ReplyDelete
  6. azwa
    ohh teluk ketapang.. rindunya ikang salu tepung panas panas...

    Dah mula stok beras kat rumah.. bukannya apa..takut beras naik harga lagi dan lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  7. salam,

    asmaa makan bubur nasi masak sendiri. tp kalau p nurseri tu, makan ready made ajelah :)

    ReplyDelete
  8. Zino,

    jadik pemandu pelancong...no hal punya hehehhe. La ni dah mula expert dah jalan2 kat ganu nie. kolinh2 jer bila mai karang ek...insyaallah kalau takde aral kami bawa round2 ganu.

    Zar,

    memang sodap ikan salut tepung tu kan. Tapi sayang la ni pantai teluk ketapang dah diambil sebahagian jadik landasan kapal terbang..idea sapa ntah..nak gi makan sana pun macam dah tak berapa seronok dah

    syikin,

    Bagus la makan makanan dimasak sendiri. nurseri anak azwa di perak dulu dia masak bubur utk anak2 tak plak diberi ready made, tu yg seronok tu.

    ReplyDelete