Tuesday, April 8, 2008

CARETAKER GOVERNMENT

Assalamualaikum semua....

Sejak balik dari PTK tempohari, baru hari ini berkesempatan menjenguk ke sini kembali. Kat opis memang tak bleh nak access blog nie. Asyik kena block memanjang...malas nak unblock sites la pulak. Balik rumah, bila nak bertenet, mata dah layu...ngantuk teramat! Kat sini pulak, cuaca panas ya amat...kipas kena set kat kelajuan 5 baru la bleh tido tanpa berpeluh2.

Malam ini pun tersangat la panasnya...kena mandi dulu baru bleh tido nyenyak. Baby Hadi tido pun tak berselimut. Azwa cuma pakaikan dia baju dan seluar lengan panjang siap ngan stokin. So, bebas la baby nak tido berguling2. Sejak dia pandai meniarap nie, memang tidonya agak buas skett...berguling2 sampai kena block tilam ngan bantal. Talian tenet pulak slow teramat...nak tertido menunggu page loading. Tapi sebab dah bertekad nak update blog, kena bersabar la juga menunggu.

Tajuk entry masih Caretaker Government...pasalnya, assignment utk PTK still dalam proses. By 21/4 kena hantar. Kena improvise sikit pendekatan dalam topik nie....so hingga ke Australia dan Bangladesh la Azwa merantau untuk membuat perbandingan dengan keadaan di negara kita...merantau di alam siber jer hehehehe... tapi, memang berjasa dan berbaloi la jugak Azwa ambik broadband nie. Kalau tak memang payah la nak cari bahan kalau harapkan talian tenet kat opis tu.

kalau masih ingat, isu caretaker government nie agak popular bila parlimen dibubarkan pada bulan februari lepas. Timbul cadangan2 dari pihak pembangkang dan badan2 bukan kerajaan mendesak agar satu badan bebas dari politik dilantik sebagai caretaker sehingga kerajaan baru diwujudkan setelah keputusan PRU diketahui. Ini sudah tentunya adalah berpunca dari kelemahan sistem yang ada sekarang dimana di Malaysia, kerajaan sedia memerintah secara otomatik menjadi caretaker government. So, nampaknya wujud banyak kelemahan kerana ada penyalahgunaan sumber, media dan kuasa sehingga timbul persoalan sama ada benar satu PRU yang benar2 bebas, adil dan telus dapat dijalankan di negara ini.

Ha...inilah isu yang tengah Azwa analisis secara kritikal kononnya nie...doakan agar
Azwa berjaya dalam PTK ek.

Esok, upacara mengangkat sumpah barisan exco Negeri Terengganu akan berlangsung...siapalah agaknya yang terpilih ek...kita sama2 tunggu esok.....selamat malam semua.. gud nite, sleep tight.

7 comments:

  1. Azwa
    kami pun akan dibrainform tak lama lagi tentang do's and dont's dengan negeri negeri yang berkenaan.. harp harap semuanya berjalan ok

    ReplyDelete
  2. Malaysia punya caretaker government HEBAT silap2 terHEBAT didunia. Menteri or PM boleh lagi berkuasa cam biasa, sign MOU sana sini, dsb...he.he.he..

    ReplyDelete
  3. mencabar jugak topik yg di pilih tu.. kena buat kesimpulan betul2 silap hari bulan nanti ada yg jeling hehe..

    ReplyDelete
  4. salam azwa..
    dah lama x masuk blog azwa sbb dulu klik x leh masuk dan kalau dpt masuk pun x leh baca en3.so skrg dah ok yer?

    semoga berjaya dlm ptk

    ReplyDelete
  5. saya ucapkan all the best buat kak Azwa... semoga lulus dengan cemerlang...

    ReplyDelete
  6. azwa..
    PTK macam nak berubah lagi hehe

    ReplyDelete