Tuesday, February 11, 2014

SKEMA KATA MEREKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kenkawan..(ada lagi ker kawan datang melawat pondok yang jarang2 kena update ini hehehe)

Tu dia..skema sangatlah tajuk entry hari ini kan kan kan..

Agaknya sama dengan penampilan Mokcik sejak bertukar pejabat juga agaknya. *wink*. Baru2 ini Mokcik bertemu dengan bekas anak buah semasa di pejabat lama dan komen mereka..

"Lawa tudung puan..." [ dengan nada sinis disitu hehehe]
"Skema betul la pakaian puan sekarang" 

"Sapa tu?"
"Itukan puan Mokcik Azwa.."
"Hampir tak kenal.."
"Maklumlah..sekarangkan dia Tim...toot..toot..toot.."

"Puan saya risaulah.."
"Kenapa"
"Tak apa ker kami ni tak pakai tudung Jabatan?"
"Selagi bos tak tegur ok kot.. tapi kalau ke Bangunan baru lebih elok pakai..*wink*"

Hah..itulah dia..sejak berpindah Bahagian, bertukar boss, penampilan setiap hari isnin memang kena skema..kena ikut arahan boss. Pakai tudung Jabatan, walaupun, Mokcik tak reti nak melilit bagai dah tudung sutera yang licin nie. Mujur ada inner magic yang memudahkan pemakaian tudung Jabatan hehehe..*sempat tolong promote untuk Irfa..*


Dah lama tak tepek gambar Muaz..dah makin besar anak Umi ni


Di Bahagian asal dulu, bossnya tak strict dan tak kesah langsung kalau kami ni pakai tudung Jabatan atau tidak. Dia sendiri gelak tengok Mokcik memakai tudung Jabatan setiap isnin. Bagi pegawai lelaki mudah sikit..cuma kena pakai tie Jabatan jer. 

Walaubagaimanapun, am not against pakai tudung Jabatan nie pun. Tapi kalau boleh pihak Kelab Jabatan prihatin la sikit. Bila keluarkan tudung tu ambil kira keperluan dan kemudahan ahli2nya...tudung tu dah la dari jenis kain licin, kecik pulak tu. Some of them yang kreatif sikit, bawa ke tailor dan minta jahitkan awning..senang nak pakai. tapi still pendek dan kalau ikut standard Cik abe "Masih tak menepati syariat" gitu. 


Ini pula gambar Hadi beri makan Rusa ker seladang ni kat Taman Buaya Tuaran Sabah

Bagi Mokcik, yang kaler coklat jer Mokcik selalu pakai sebab yang itu yang paling mudah nak pakai dan selesa serta ukurannya agak besar dan boleh diadjustkan.

Sebab tu bekas anak buah kata penampilan mokcik sekarang dah skema..hahahaha..dolu2, mana pernah pakai tudung Jabatan ni. Malah nak ngelat pakai batik setiap khamis pun masing2 mengaku ada kes pada hari tersebut [ kalau ada kes kena pakai black and white kan kan kan]..La nie..setiap kali ada mesyuarat, terutama melibatkan boss, Mokcik selesa berbaju batik hehehe..

apapun..yang penting kerja tetap jalan dan aurat tetap terjaga..jangan datang kerja tak berpakaian, sudah. Hah yang itu memang sah2 kena hantar ke Hospital Bahagia :)


Penampilan Yours Truly terkini yang dikatakan sangatlah skema oleh bekas anak buah Mokcik :)
p/s..boleh juga digunakan untuk iklan hasil pemakaian inner magic hehehe 
   
Oklah semua..have a nice day kenkawan..nak sambung kerja pulak dah ...

10 comments:

  1. skema pun tetap cun ltu azwa..
    makin comel dak Muaz tu..dah pandai buat perangai ke dia azwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Erna..hehehe..terima kasih terima kasih kak..

      Muaz dah berusia 18 bulan dah kak..sejak dah boleh berjalan dengan steady ni kerja dia asyik memanjat tangga, kerusi, meja semua sampai kita pulak sakit perut takut dia jatuh hehehe

      Delete
  2. Wahhh..cantik juga ye tudung skema tu. Hehehehhee..takpe la mokcik, once a week je kot yg skema tu, hari lain pakai la apapon..agaknya la. Naik pangkat dah ye? Amboih amboih amboihh...congratulations!!!!! all the best n bila la nak belanja coconut shake tu as kenduri naik pangkat? Hehehehe..krm salam to all the kids...muahhh..love you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoii tadi dah taip panjang2 entah hilang ke mana reply ku tadi...

      hehehe tudung skema pun kadang2 kalau kena cara pakai cantik jugak kan Leeya hahaha..
      Ya lah mujur once a week, unless ada function dan atas arahan..

      dah dapat elaun nanti boleh open table coconut shake hehehe

      have a nice day Leeya

      Delete
  3. hah hah hah! kalau bo**l pi kerja apa cerita!
    kalau akak ada masa sure akan menyelinap kat sini sis..dan ke blog kngkawan lain juga..
    tp kalau dah masa mengikat ketat, apa nak buat kan?

    thanks share gambar anak gambar emak eh! Hadi tu sama ngan nama anak akak jugak!
    Muaz pun dah boleh ada adik..bila agaknya ek?

    pssst muka kita macam sama ek? tembam2 pau gitu... cuma err....comey akak sikit la
    tapi COMEY AWAK BANYAK!!!! hak3 guwau jer sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis Q...hehehe..kang ada yang kena tangkap kerana berkelakuan tak senonoh kan sis...hehehe

      muka azwa bulat banyak, muka sis Q bulat sikit jerr..tak tembam macam ai ni hahahaa..

      Adik Muaz..oh tidak!! Dah tutup kilang dah ni sis hahaha...

      hujung minggu ni masak apa tu sis?

      Delete
  4. HAHAHA,,GELAK BACA ENTRI AKAK NI TAU
    SEMPAT LAGI TUH PROMO INNER MAGIC, ANYWAY TQ ;)
    LAMA X JUMPA AKAK, NAMPAK MAKIN BERSERI GITU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil2 tolong kenkawan apa salahnya kan Irfa..hehehe..

      yang berseri tu sebab guna 360 Irfa..kalau tak memang tak nampak serinya ...hehehe

      Delete
  5. Kalau ikut mata kakak memanglah cantik dan manislah..

    Tak percaya tanya Hadi. Ummi cantik kan Hadi.
    Kalau tanya Muaz tak reti lagi. Apa pun Ummi pakai mesti cantik aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie...hehehe terima kasih terima kasih hehehe..tu nampak manis dan cantik lepas di touch up dengan 360 tu Kakzakie...hehehe

      Delete