Monday, August 24, 2009

SYUKUR BERTEMU RAMADHAN


Pejam celik pejam celik dah masuk hari ketiga Ramadhan.

Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi kita peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Syukur! Salam Ramadhan untuk kenkawan sekalian. Terlewat tiga hari tapi, better late than never kata orang putih kan.

Mokcik dibenarkan oleh boss untuk bercuti rehat pada hari jumaat lepas. Maka mokcik bergegas balik ke KT petang khamis minggu lepas. Kelam kabut juga planning. Syukur atas bantuan Happyirfa selamat juga mokcik balik ke kampung petang itu. Terima kasih Irfa...mokcik masih tercari2 dimanakah lokasi sata goreng ittewww...huhuhuhu

Sungguh seronok dapat balik kampung berjumpa dengan orang2 tersayang. Paling mokcik terharu bila disambut di muka pintu oleh Baby Hadi dengan senyumannya sambil memanggil "ummi...".

Selingan sebentar....

******Baru sebentar tadi menerima slip gaji untuk bulan ini. Sedih betul melihat elaun memangku yang diperolehi untuk berpindah ke Putrajaya ini...memang tak pulang modal berbanding dengan belanja berulang alik setiap minggu ke KT. Memang inilah dilema orang2 yang kena transfer dari state ke HQ...entah apa sebenarnya yang dikejarkan. Ianya bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat...ditelan mati emak, diluah mati bapa...tetapi kedua2nya adalah amanah yang memerlukan komitmen yang tinggi. ******


Apapun empat hari berada disamping keluarga sudah cukup untuk meleraikan kerinduan dan stress yang mokcik alami. Kalau berlama2 lagi, rasanya seolah tak mahu kembali ke Putrajaya. Kalau tidak memikirkan tuntutan kerja, rasa macam nak quit sajork dan jadik surirumah sepenuh masa hahaha...berada di rumah baru terasa suasana seronok..seronok memasak dan menyediakan juadah bersahur dan berbuka untuk keluarga. Kalau di putrajaya asyik membeli sajork..maklum la nak ke dapur pun susah...nie yang tak sabar2 nak dapat kuarters nie...


Oklah semoga puasa kenkawan sekalian selamat la hendaknya ya...



5 comments:

  1. siokkan klu leh bersama2 family masa bulan posa.....

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa azwa... nak buek cam mano dah kojo.. bukan dah duduk quaters ke?

    ReplyDelete
  3. Intan,

    Memang siok..but then itulah hikmahnya berjauhan kut...bila berkesempatan bersama memang sangat mengujakan..

    Zino,

    Memang duduk kuarters tapi menumpang orang, bukan sendirik punya nama. Tengah dalam proses minta kuarters sendiri nie ..

    Irfa,

    One of these days kita buka posa sama2 kat klia, boleh? hehehe

    ReplyDelete
  4. bila brjauhan dgn anak2 waduh...x tahu le nak digambarkan. rasa sayu je. apa2 pun tabahkan hati ya.

    selamat berpuasa dan berbuka.

    ReplyDelete