Thursday, August 27, 2009

NASIB BAIK DIA BALIK





Mokcik stress!




Semalam kawan mokcik ada kes kat kampung dia. So dia balik petang semalam. Memandangkan mokcik dah keseorangan, maka on the way balik dari Jalan Duta semalam. mokcik beli makanan siap2. Mokcik dok ofis sampai maghrib. Dah siap berbuka dan solat segala, agak2 manusia kat alamanda dah reda sikit...mokcik pun bertolak balik. Singgah jap kat alamanda beli makanan untuk sahur.




Tiba di rumah, lampu di luar menyala. Tapi kereta landlady dan adiknya takde. Mungkin mereka keluar berbuka kat luar atau pergi tarawih agaknya, kata hati mokcik. Mokcik terus naik ke bilik dan sementara takde sapa kat rumah, mokcik sempat la basuh kain. Sambil duduk2 berehat dalam bilik, mokcik dengar bunyi kereta dan pintu rumah dibuka. Tapi mokcik tak rasa apa2. Sangkaan mokcik, landlady baru balik la tu. Tapi bunyi sunyi sepi sajork...biasanya kalau dorang balik mesti riuhlah dengan suara budak2 tu. Still mokcik relak seperti biasa. Mungkin, landlady lambat balik sebab ada mesyuarat. Most probably budak2 dan bibik ikut mak landlady balik kampung kut. Maklumla cuti sekolah kan.




Tak lama lepas tu mokcik terdengar bunyi orang batuk2. Suara lelaki! Alamak...agaknya sepupu landlady yang balik tadi... Mokcik tengok jam. Dah dekat pukul 11.30 malam. Landlady tak balik lagi...yang ada kat rumah mokcik dan sepupu landlady...




Ya Allah! Tensennya mokcikkk. Mokcik pun terus tutup rapat2 dan kunci pintu. Hoh...kang tak pasal2 kena tuduhan khalwat karang...




Jam 4.30 mokcik terbangun. Mokcik bersahur sensorang dalam bilik. Terdengar juga bunyi2an pinggan mangkuk berlaga dari bawah. Masa mokcik masuk ke dalam bilik air, ternampak kelibat landlady di tangga. Legaaaa....Alhamdulillah. Mokcik pun tak sedar bila landlady balik, tapi at least dia ada balik malam semalam.




Pagi tadi mokcik dah minta rumah transit. Ikutkan hati nak keluar petang ni jugak...tapi kalau mokcik keluar, tinggal la landlady berdua dengan sepupu dia...




Mokcik call cik abe. Cik abe kata keluar ajer la dari rumah tu. Mokcik call kawan mokcik...dia pulak kata.."sabar la. I akan balik rabu depan. u nak buat apa dok rumah transit sensorang, lagipun esok kan u balik. by next week bibik dan anak2 dia dah balik dah". Hohoho...senangla bagi dia, dia ada kat kampung masa ini. At this time, all i need is a little place to call my own...





6 comments:

  1. mmg stress....huhuhu....sabo le utk ari ni....esok jumaat mesti mokcik balik kg kan....

    ReplyDelete
  2. heh..bahaya tu.kang kena tangkap khalwat free jer masuk paper.
    nauzubillah.

    ReplyDelete
  3. Intan,

    stress kannss...tido pun asyik terjaga...cepat2 la esok tiba huhuhu

    Irfa,

    memang bahaya sungguh...tu yang terasa lega sangat bila nampak landlady ada..

    ReplyDelete
  4. azwa

    heee kalau zar memang stress ler..

    tak pe mokcik, balik kg minggu ni enjoy the time

    ReplyDelete
  5. Dilemma sunguh tu...Azwa duduk dengan Pn Azlina Rasdi ker? Apa2 hal kena carik cepat tempat tinggal baru ni....dah lah kerja tension, malam2 pun tension...kesian...

    ReplyDelete
  6. zar,

    mahunya tak stress hehehe

    Petang ni balik kampung, insyaAllah...yahuuuu...

    Salwa,

    memang dalam buah delima sungguh uolss..sedih pun ada sebab hubungan baik jadi macam kurang selesa.

    bukan2 ..bukan rumah dia..cuma ramai member2 mokcik skang kena transfer ke SPRM. Salwa kenal PO nama en. Hassan?

    ReplyDelete