Monday, August 3, 2009

MOKCIK SITU SANA SINI

28/7/2009



Alhamdulillah. Mokcik selamat sampai di Belum Rainforest Resort. Asal namanya Banding Island Resort. Rupanya ia tempat kami selalu singgah melepas lelah dan makan2 dalam perjalanan balik ke KT-IPOH suatu ketika dulu. Kini ia ditutup kepada orang awam kerana sedang diubahsuai. Sedikit masa lagi khabarnya ia akan dibuka kepada orang awam dan boleh la jadi persinggahan awam seperti dulu.
Apa yang mokcik boleh katakan, ianya satu tempat yang cantik dan menarik. The only drawback is the distance, no tv and limited place to roam about huhuhuhu... but if you are into nature, then you will definitely enjoy it. We took a boat tide to see the Rafflesia 'flower'..actually it has not bloom yet, jadi apa yang kami nampak adalah benihnya yang nampak seolah2 semacam buah anggur atau manggis. Bapak2 dan ibu2 kena berjalan lebihkurang 2 jam dan perlu dapat permit ya jika mahu melihat bunga Rafflesia yang sudah kembang sepenuhnya.


Sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Belum Rainforest Resort sila klik http://www.belumrainforestresort.com/

30/7/2009


Mokcik meneruskan perjalanan kembali ke Putrajaya sendirian. Kawan2 lain belum tamat acaranya di Belum. Mokcik harus kembali awal kerana ada kes esoknya di Jalan Duta. Mokcik singgah sebentar di TESCO Extra Ipoh kerana berjanji dengan kawan cik abe. Cik abe mengidam ikan rebus, makanya dia kirim melalui rakan sekerjanya dulu. Selepas berbasa basi, mokcik pun meneruskan perjalanan dan selamat tiba di Putrajaya jam 4.30 petang. Terus masuk pejabat untuk menyemak fail kes untuk esok.
31/7/2009
Seawal jam 7 pagi Mokcik sudah terpacak di stesen erl menuju ke KL Sentral. Sudah terkena dua kali makan di dua gerai yang berbeza tapi sama2 tak sedap di KL Sentral, mokcik kali ini cadangnya nak bersarapan di kafeteria di mahkamah Jalan Duta itu. Seperti biasa, dalam kesibukan mencari di manakah mahkamah yang akan mendengar kes mokcik...turun naik ke kiri ke kanan...tak sempat mokcik nak makan. Mokcik makan gula2 ajer la untuk mengalas perut.
Sekitar jam 12 kes selesai. Mokcik turun berjalan kaki menyeret beg james bond menuju ke ..ermm..lupa lak nama tempat itu. Tempat makan antara mahkamah dengan pejabat LHDN. Berjanji jumpa kawan disitu. Member mengidam makan keropok lekor, maka mokcik pun bawakannya keropok lekor. Dia pulak belanja mokcik makan nasi kukus ayam goreng...boleh tahan juga rasanya.

Balik pejabat, mereka tengah mesyuarat. Sempat la join. Jam 5.30 petang bergegas ke airport untuk balik ke Terengganu. Bas dari LCCT lambat pulak tiba ...ayooo...nak ambil teksi..tembangnya dari KLIA-LCCT ayoyo...cukup untuk duit minyak seminggu. Sepanjang perjalanan mokcik berdoa agar sempat menaiki pesawat. Sebaik mokcik tiba dikaunter, petugas itu pun sound.
"lain kali awal sikit ya. Kaunter dah tutup dah ni."
"bas lambat tadi."
"Lain kali naik bas awal sikit."
Mokcik malas nak membalas balik. Yang penting, mokcik sempat menaiki pesawat. Ini kali kedua mokcik hampir2 tertinggal kapalterbang. Gara2 bas lewat tiba...huhuhu..inila masalah kalau naik Airasia...sabor jer laa
1-2/8/2009
Menghabiskan masa dengan keluarga. Terutamanya dengan Hadi. Lepas sarapan, Hadi dan mokcik bergolek depan tv sambil menonton kartun. Cik abe dan Azza sejak pagi lagi dah menghilang. Ropenya mereka pergi memetik buah cempedak dari tapak rumah baru. Lebat buahnya. Dapatla merasa makan cempedak. Mama pula dapat idea masak sayur cempedak campur dengan ayam...sedap juga dimakan dengan sambal belacan. Tambah pula ada ikan rebus goreng....memang yummy...
Pukul 8 malam.
Seperti biasa anak2 mulai sedih. Cik abe pun muka murung ajer. Mokcik memeluk dan mencium Hadi sepuasnya. Sebentar lagi mokcik kena berangkat kembali ke Putrajaya. Memang berat nak berangkat...tapi kena juga gagahkan.
Jam 11.30 malam. Mokcik selamat tiba di rumah di Putrajaya. Jumpa lagi minggu depan Hadi yeaa..insyaAllah.

7 comments:

  1. ala kesiannya Hadi.. jumpa mamam hujung minggu aje.. mesti setiap kali azwa nak balik Putrajaya, dia merajuk sendiri..

    ReplyDelete
  2. Salam mokcik,
    cempedak campur ayam? kasilah resepi..:)

    ReplyDelete
  3. Zar,

    Hadi merajuk tu sebab tak kena bawa ke airport...huhuhu...kena bye bye kat rumah ajer..tapi kalau dia ada, lagi lerr mokcik rasa berat hati nak tinggal huhuhu

    Ijah,

    Ni resepi orang kampung mokcik...buah cempedak muda atau nangka muda atau buah tarap dimasak(rebus gitu2 ajer) dengan santan dan ayam atau ikan masin. Kalau ada sambal belacan lagik..hmnn...tapi tak boleh makan banyak2 nanti angin huhuhu

    ReplyDelete
  4. huii...round 1 malaysia dalam masa 1 hari. zaman sekarang ni semuanya cepat je mokcik ye. resepi baru? bunyi macam menarik la..buat la entry masak2. hehehhe.. habis le kene marah sebab banyak songeh walhal mokcik nak makan pon tak sempat ye. sabar2...

    ReplyDelete
  5. salam kak azwa..
    sungguh sibuk nampaknya kesana kemari.sian anak2 yer,tp nak wat camner..dah tanggungjawab

    kak..ada tag utk dijawab,itupun kalau sudi..

    ReplyDelete
  6. Cik saya,

    kenkadang risau jugak sebab maklum la skang nie sibuk dgn virus H1N1 kan...macam2 jenis orang kita jumpa...mudah2an Allah selamatkan dari virus2 jahat ini.

    entry masak2...huhuhu...mokcik ni langsung tak pandai masak. pandai makan terror la hehehe

    Irfa,

    Round Malaysia je la dulu...klu ada rezeki insyaAllah gi round2 luar negara pulak.

    ada tag...mokcik tak kesah..cuma masa jer tak berapa mengizinkan..yang dulu pun tak berjawab lagik hehehe...nanti mokcik cuba try tengok yerr...

    ReplyDelete