Wednesday, August 19, 2009

ME AND MY MRI EXPERIENCE




Salam semua kenkawan.


Maaf tak sempat menjawab komen-komen di entry "Terjebak katanya".



Sejak minggu lepas mokcik merasa tak sedap badan. Sedang duduk2 tiba-tiba berasa seolah2 nak pitam, rasa loya dan lenguh seluruh badan. Masih jugak mokcik gagahkan menyiapkan kerja dan urusan seharian. Lagipun mokcik ni jenis fobia makan ubat. Dalam pada tak sedap badan tu, sampai jugak mokcik ke Ipoh. Dalam pada mengendalikan mesyuarat, beberapa kali mokcik merasa sangat tak sedap badan. Dan tak sedap hati. Banyak kali mokcik berdoa dan meminta pada Allah SWT...seandainya ada apa-apa terjadi..mokcik mohon diizinkan diberi kesempatan berada bersama-sama suami, ibu dan anak-anak.



Tamat mesyuarat sekitar jam 5 petang, mokcik ambil keputusan berjumpa doktor keluarga mokcik masa menetap di Ipoh dahulu. Mudah kalau berjumpa beliau kerana mokcik tak perlu bercerita panjang. Doktor ini memang sudah tahu sejarah penyakit2 keluarga mokcik. Mokcik ceritakan simptom2 yang mokcik alami. Doktor cadangkan "MRI". To rule out penyakit yang sememangnya mokcik takuti. Pada tahun 2006 mokcik sudah menjalani CT Scan. Alhamdulillah diagnosisnya negatif. Tetapi doktor katakan ada tanda2 mokcik ada sinus problem tapi ianya tidak menyokong simptom2 yang dialami.



Aturcara awalnya untuk balik ke Putrajaya ditunda. Doktor terus aturkan untuk MRI esoknya.
Dalam pada kepala sedang berfikir2 ke mana langkah seterusnya, terus mokcik teringatkan rakan serumah yang kebetulan ada kes di Ipoh esoknya. Malam itu kami menginap di Tower Regency hotel. Teringat juga pada Ummi dan beberapa rakan lain di Ipoh. Memandangkan keadaan kesehatan yang kurang memuaskan dan terpaksa pula berpuasa, mokcik memutuskan untuk menangguhkan 'melapor diri' kepada kenkawan di Ipoh. Hanya keesokan hari selepas MRI baru lah mokcik melapor diri kepada Ummi. Terima kasih Ummi atas jemputan. InsyaAllah di masa hadapan, mokcik akan melapor diri lebih awal hehehe




Esoknya seawal jam 8.00 pagi mokcik sudah terpacak di Hospital Pantai Putri. MRI tepat jam 8.30. Kerana sudah ada pengalaman CT Scan dulu, maka proses MRI ini tidaklah terlalu menakutkan mokcik. Mokcik lebih risau akan keputusannya. Manakan tidak. Andai ditakdirkan...sememangnya mati itu pasti. Tapi mokcik tidak dapat membayangkan bagaimana mahu menerima kenyataan sekiranya keputusan itu positif...Apa yang mokcik dapat lakukan adalah berdoa tak putus kepadaNya. Berilah kesempatan kepada mokcik untuk berada bersama suami, ibu dan anak2



"Hai" Pakar radiologi itu menyapa mokcik sebaik mokcik keluar dari bilik MRI.
"Hai" balas mokcik sambil mengerutkan muka. Tak pakai spek so kena ler kerut...baru nampak clear sikit muka doktor tu hehehe
"Have you taken your breakfast?"
"No, not yet."
"Ok, go and get your breakfast before i prepare brief of your MRI"


Fulamak...bunyi macam lain ajer...gerun mokcik dibuatnya. Mokcik cuma berselera makan sekeping roti bakar ajer.
10.30 pagi. Laporan siap. Mokcik diminta berjumpa doktor yang refer mokcik kembali. Dalam kereta mokcik tak berani nak melihat laporan pakar radiologi. Dalam perjalanan ke klinik, cik abe telefon.
"Macam mana?"
"Ntah. Tak tengok pun lagi."
"Doktor tak cakap dengan awak?"
"Baru nak bawa gi jumpa doktor. Pakar radiologi tak cakap apa. Dia prepare laporan jer."
'Ok. Nanti dah jumpa doktor call saya tau."


Pukul 11 pagi sampai di klinik. Ayoyo...of all the day..ramainya orang..dekat sejam jugak la mokcik menunggu. Akhirnya doktor panggil masuk



"Alhamdulillah. Kita dah rule out ketumbuhan di otak. Better buat MRI. Jangan tangguh2. Ada a few patients yang tangguh2 MRI bila dibuat dan end stage. Ketumbuhan dalam otak dia very fast. based on this report, alhamdulillah normal. Except macam masa buat CT scan dulu radiologist komen tentang sinustisis."
"based on the symptoms yang i alami, could it be caused by sinus?"
Doktor geleng kepala. "Mungkin juga disebabkan pemakanan. kandungan kolestrol mungkin tinggi, tapi blood pressure borderline. Lepas ni kena jaga la pemakanan tu."



Doktor beri ubat untuk tahan sakit, sakit kepala dan sakit urat...knowing me, jadi hiasan jer la ubat2 tu. Masalahnya, i dont really feel painful..so i dont think i need pain relief...huhuhu. I also dont feel headache...only giddiness..so i dont wanna take headache relief pill. Hah...memang mokcik ada merasa tak selesa sangat..lenguh2 ajer rasanya...tapi mokcik takmo juga makan ubat urat tu..dogil betoi patient ni kan ..


Cik abe kata 'awak ni stress kot."

Barangkali juga. Bukan stress pasal kerja. Tapi stress kerana keadaan kehidupan yang sorang di sana, sorang di sini. Keadaan yang sangat tidak seronok. Tambahan pulak duduk menumpang rumah orang. Menyewa tetapi terasa lemas. Berbeza jika menyewa beramai2 dan sharing semua tanggungjawab. memang stess mokcik dibuatnya...huhuhuhu

5 comments:

  1. Take care mokcik biar cepat sembuh jgn tangguh makan ubat sebelum melarat ye?

    ReplyDelete
  2. Salam KaK Azwa..
    jgnlah culas makan ubat,nanti melarat.penyakit nak dtg mcm kilat..nak pegi cam semut.take care ye kak

    ops..cik abe tau ke camner rupa 'sata goreng' tu?

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah :)

    rasa takut ummi dengar semua ini

    do take care of yourself...

    lain kali dtg tido rumah kami pun boleh :)

    itulah stress sebab berjauhan kot

    tapi nak buat macamana, keje kan

    kalau tak keje, lain pulak susahnya nanti

    berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  4. take care mokcik...jgn stress sgt ye...esok dh nk posa...moga kehadiran ramadhan bleh ilangkan stress mokcik

    ReplyDelete