Thursday, August 6, 2009

APA APA AJE


Kisah masa di Belum.

Lokasi: Dalam dewan sedang menunggu perasmian event pada pagi tersebut. Memandangkan kami adalah wakil bahagian masing2, kami didera duduk kat barisan paling hadapan huhuhu. Sementara menunggu upacara bermula kami duduk2 bersenang diri. Tiba-tiba..
"Puan, why your eyelashes all dropping down like that?"
"urgghh..."
"I know what u should do puan. You buy those curler, curl ur eyelashes and then u put
mascara. "
"urgg.."
"Your eyelashes very long but dropping down. if u use curler and mascara ur eyes will look beautiful."
"You know when i was young, i wont go out until i curled my eyelashes and put mascara. now..."
" Yes...yes... puan...u should do it.."
"Now am not that vain anymore..."
Terus dia diam.
It's true. Masa baru2 kerja dulu, memang bersolek bagai nak rak. Selagi bulu mata tak lentik, mascara tak kering, gincu tak bertepek, mokcik tak akan keluar rumah. Kena pulak dapat pembantu yang sama-sama kaki solek huhuhu...memang bangga sangat la kalau orang puji " u have beautiful eyes..". Minyak wangi memang tak miss...hari ini bau beautiful, esok lancome, lusa dior, tulat chanel...u name it..
Sehingga satu hari, masa makan bersama rakan2, terkeluar cerita. Masa itu mokcik sudah bertunang dengan cik abe. Tapi godaan masa itu, waduh waduh waduh memang hebat sekalik. Sini suami orang...poket memang tebal. Sanggup memandu beratus batu semata-mata nak mengajak mokcik keluar makan. Di sebelah sana seorang pegawai polis berpangkat tinggi. Dia memang dah lama menunjukkan sikap mengambil berat. Ajak makan, hantar bunga, telefon arwah ayah...ayooo...
Tiba2 rakan mokcik berkata macam ini. Mokcik masih ingat kata2nya hingga hari ini.
"Itu lah bersolek tebal sangat. Dah cantik sangat, ramai la orang terpikat. Tengok macam isteri aku tu. Tak bersolek langsung. Seorang pun tak nak pikat. Hidup aku pun aman."
Suddenly, mokcik rasa macam kena penampar. Actually all these problems are caused by me. My mistakes. Kali terakhir mokcik bersolek tebal adalah pada hari perkahwinan mokcik. Selepas itu, memang mokcik berubah 100 persen hahaha. Satu pejabat pun perasan.
"Dulu puan bukan main bergaya lagi. Lepas kahwin puan suka pakai baju besar2, mekap pun macam mau tidak saja pakai."
"Puan, boss tanya..'kenapa dengan puan mokcik tu?, tak cukup tidur ker?' "
Sebenarnya tidak ler mokcik buang semua tabiat suka bersolek mokcik tu. Sesekali, datang juga gila mokcik nak bersolek...pakai mascara hahaha. Tapi idak le macam dulu... Kira dah insaf la kononnya. Lagipun, cik abe memang tak suka mokcik bersolek lebih2 sangat. Bersolek2 dan berwangi2an kat rumah tak aper la...muahahaha...Sekarang ini mokcik dah tak kisah dah kalau orang tegur. Mokcik sudah pelajari bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.
Yang penting mokcik rasa tetap bahagia bila keluar tanpa memakai bedak, bermascara atau bergincu...mokcik juga tidak perlu berhabisan membeli minyak wangi berjenama. Cukup hanya dengan memakai rexona sahaja, sebab semua orang berpeluh walaupun lepas mandi....hahahaha...macam iklan pulak.....yezzaaa....

13 comments:

  1. azwa

    aduss rasa macam kena penampar le jugak.. muahahhah

    zar mmg suka bersolek tapi tidaklah tebal tebal but mesti pakai foundation, lipstick, blusher dan sesekali kalau sempat mascara dan eyshadow. ikut kesesuaian majlis jugak..

    tapi betullah kot, sebab ada jer lalat dok ikut ekor belakang sampai la ni pun, tapi nak buat cam ne sebab cik hubby pun suka zar bersolek.. pernah jugak kuar dgn dia muka pucat tak bersolek, cik hubby bebel bebel dalam kereta..

    ReplyDelete
  2. Zar,

    kannsss...hehehe

    kalau cik hubby suka, ikut la...kira untung la tu. Kena macam cik abe mokcik...hmnnn...hehehe...dia akan bebel bebel dalam kereta kalau mokcik pakai lipstik muahaha..

    ReplyDelete
  3. ni macam perli saya aje...haha

    i can't do without wangian lah mokcik.

    ReplyDelete
  4. teringat me lalu kampung belum baru.. ehehe, salamm akak itteww

    ReplyDelete
  5. natural beauty...

    ummi hanya cukup dengan sedikit lipstick, rexona dan bedak baby johnson :)

    glamer mak cik azwa muda2 ye :)

    ReplyDelete
  6. Kak Elle,

    ekekeke..i guess isu macam ni mesti macam mengena semua orang pompuan kan..takde niat pun nak perli tau...ihikss

    me too..the only reason i wanna use perfume is becoz of the ketiak smell la...but since cik abe is making so much noise about it..now i only use rexona hehehe

    ReplyDelete
  7. en_me,

    Kampung Belum Baru...macam pernah terlihat..kat mana ek...

    salam kat en_me itteww jugak

    ReplyDelete
  8. Ummi,

    Ummi got a nice complexion...i wish i could get away with bedak johnson only too...huhuhu. I still need foundation untuk melindungi cacat cela hehehe..

    masa muda2 dulu biasa la...yang peliknya masa kat u takde pulak yang nak. Bila dah start kerja ramai pulak peminat hehehe. Nasib baik skang dah takde lalat nak mengekor, bak kata zar tu hahaha..

    ReplyDelete
  9. mcm sama dgn zue je...masa belum kawin brbagai mekap telah kita cuba...klu dok mengadap cermin bukan main lama.

    dah kawin...sekadar gincu dan bedak je. dah x main yg jenama2 ni..syg duit pkai yg murah2 sudah...janji bergincu.

    ReplyDelete
  10. wahh..kaki mekap2 ye..saya suka tapi tak reti. paling vogue pakai bedak & lipstik saje. hehehe..nanti nak belajar semua2 tu.

    ReplyDelete
  11. Zue,

    At least kalau dengar budak2 muda dok cerita kita cuma sengih jer. Semua tu dah merasa..bila dah berusia dan berkeluarga ni prioriti sudah berubah hehehe

    Saya,

    Kalau kulit dah cantik molek tak perlu nak bersolek tebal2 dah...lebih elok natural beauty gitu..

    ReplyDelete
  12. kan wanita Islam tak digalakkan pakai minyak wangi...sebab ada terbaca kalau orang lelaki ysng buksn muhrim terbau haruman kita tu ( pakai minyak wangi yang boleh bau sebatu kot..), kira maca zina. Naudzubillah..maklang ada baca...tapi kalau nak berhias ala kadar je tak apa laakan...

    Hmmm...nasib baik maklang tak gemar minyak wangi! Boleh pening dibuatnya...sekadar pakai ubat untuk underarm aje agar badan tak berbau...

    ReplyDelete
  13. Memang betul tu maklang...tapi dulu2 memang suka bebenor pakai perfume. Sekarang2 ni setakat pakai rexona untuk elakkan bau2an yang kurang menyenangkan.

    ReplyDelete