Wednesday, February 25, 2009

REZEKI NASI DAGANG

Hari ini sampai awal ke pejabat. Yeayy...seronok kerana awal pagi tadi dah siap2 sidai kain, mandikan hadi kemudian drop azza kat rumah MIL sebelum hantar hadi ke rumah baby sitter. Paling penting anak2 tak meragam pagi ini, makanya mood mokcik pun tak terganggu...lalalala..

Pagi ni tak terasa nak makan, so mokcik bancuh nestum 3 in 1 ajer la sebagai sarapan.



Tapi dah nak dinamakan rezeki kan. Masa mokcik keluar dari bilik, staff kat luar maklumkan .."Puan ada nasi dagang kat pantry. Ayu belanja." Wah...alhamdulillah..ayu ialah bekas staff kami yang telah dapat naik pangkat dan berpindah ke jabatan lain. Tempat jatuh lagi dikenang kan, inikan pulak tempat mula2 berkerja... ini agaknya cara ayu ucapkan penghargaan pada pejabat lama dia nie.



Nasi dagang. Photograph courtesy of www.tourism.terengganu.gov.my
Nasi dagang yang dibelanja oleh ayu sangat sedap, lembut nasinya, ikannya pun banyak serta kuahnya pun tak pekat sangat dan tak cair sangat...juz nice kata omputih.

Pukul 12.45, teringat pulak nak check beg. Baru sedar tak bawa dompet ropenya mokcik pagi nie...huhuhu...tertinggal kat rumah. Dengan ic dan lesen memandu segala. Ayoooyooo amaaa...ini merbahaya nie. So, mokcik pun kabor ke boss minta kebenaran keluar awal. Tiba di rumah dalam pukul 1.15. Alang2 dah sampai rumah, baik lunch terus kan...mokcik pong i la periksa periuk...ada lerr tinggal sejemput nasi huhhuhu... cukup la. Terus mokcik goreng telur sebijik.

Baru jer nak ambil nasi dari periuk, Asan pun balik dari sekolah. Di bawa bersama sebungkus plastik. "Tokki beri nasi dagang...satu untuk asan, satu untuk umi." ughhh...nasi dagang lagiii...tapi orait la...layannn jer la. Asalkan perut kenyang kannss... hehehe. Jangan malam ni makan nasi dagang lagik...hancus ler diet mokcik huhuhuhu...


Pulut Lepa. Pantang lepa sikit, mesti hilang kena telan hehehee. Seme gambar2 berikutnya courtesy from here
Kalau teringin nak makan pulut lepa mokcik selalu order dari babysitter hadi a.k.a cousin cik abe. Kalau kat kampung cik abe nie, pulut lepa dia kira mabeles la. Lagipun, nak tolong dia dapat income semenjak kematian suami dia last year. Pada yang tak tahu, pulut panggang kek sini intinya isi ikan. jarang la jumpa inti udang mcm kita biasa jumpa tempat lain.

Keropok Lekor rebus dan goreng.
Alang2 dah mokcik tunjukkan gambar2 makanan Terengganu, baik mokcik tepek gambar2 makanan lain yang femes kat sining kan. As if uols donno oredi...ihiksss. Kalau di Losong, mokcik suka kepok lekor Adnan...sodapp wa cakap uollss... tapi kat area Seberang Takir pun ada gak kepok lekor yang mabeles hehehe...



Ha...yang ning pulok...apa lagi Laksam Terengganu. Hadi suker sesangat makan mende ning. Sebab ia lembut agaknya. Tokki pula pantang kalau ada laksam atau apa2 makanan yang tak habis di gerainya akan dihantar ke rumah. Macam tahu2 ajer ramai askar yang boleh perabihkan makanan tu kat rumah mokcik hehehe..

Ada satu lagik takdok dalam gambar...nasi minyak... tempat lain jupe masa wedding ajer, tapi sebelah sini dan Kelantan ni kira makanan harian la kan...betoi tak Irfa, PB? Banyak lagik makanan tradisi kat sini, tapi yang mokcik tepek nie adalah yang biasa mokcik jupe hari2 kat gerai Tokki...camno la kain baju tak makin mengecil kan kan kan uolsss....hehehe

Tuesday, February 24, 2009

BASUH, SIDAI, LIPAT, GOSOK

Masalah ni rasanya masalah sejagat huhuhu...

Mokcik takder problem nak basuh kain baju...biar la bertimbun pun...sanang bah itu....masuk saja dalam mesin basuh hehehehe

Tang nak sidai pun, sekarang nie mokcik dah pandai timing dah...masa cik abe dan anak2 sibuk2 bersiap nak ke sekolah, masa tu la mokcik "dibantu oleh baby hadi" menbereskan tugasan untuk menyidai kain baju tersebut. Sebelum2 ini, mokcik jarang sidai kain sebabnya mama yang buat semuanya. Bila mama dah balik kampung nie, kena la mokcik buat semula tugasan nie huhuhu.

Hah..lepas basuh, sidai segala...tiba la tugasan yang paling mokcik malas nak buat. Darjah kemalasan melebihi tahap giler malah mencapai tahap gaban. Kan bagus kalau ada doraemon, boleh jugak minta dia benda2 yang boleh melipat kain dalam sekelip mata kan kan kan... Paling malasnya nak melipat kain nie, sebab dalam sekelip mata juga kain yang dah elok tersusun tiba2 dah berterabur balik. Alasan mereka yang bersalah itu ialah " payahla nak cari baju kalau berlipat macam tu umi.."

Sudahnya, semuanya kain baju hatta seluar kecik pun digantung menggunakan penyangkut baju/hanger. Tapi memandangkan askar2 mokcik tu ramai, maka sekejap sahaja ruang untuk menyangkut baju2 pun dah penuh...dari dalam bilik hingga ke luar ruang tamu tingkat atas. Ok lagi la, yang penting mudah bagi semua orang mencari kain baju keperluan masing2. Kalau tidak..pagi tu nak pakai baru terhegeh2 nak cari..semuanya umi mana itu , mana ini...macam ler umi dorang ni ada magik yang boleh menyebabkan benda2 yang diminta itu menjelma dengan sekelip mata...

Lagi satu part gosok menggosok baju nie pun lomah jugok nie...tapi yg mokcik nak citer nie pasal cik abe kesayangan ku itteww...dulu2 pernah gak gaduh pasal mende nie. masalahnya cik abe jenis pendiam, tak cakap nak pakai baju tu ker seluar tu ker... yang mokcik pun gosok la mana2 baju atau seluar ikut mana yang dan. Dah ler mokcik penat2 menggosok baju seluar dia hingga tengah malam, tup2 esok pagi dia pakai baju ngan seluar lain yang tak bergosok punya. Faham la itu baju ngan seluar kegemaran dia...tapi tolong lerr...

Terbuku juga kat hati mokcik ni until one fine day, cik abe terkeluar cerita ada kawan dia tegur dia pakai baju/seluar tak bergosok. "Tentu dorang ingat mokcik nie pemalas sangat la kan, atau sibuk sangat dengan kerja sampai tak hengat nak gosok baju asben. Padahal, abang tu yang memilih memakai baju tak bergosok, betoi tak? "...cik abe pun tersengih2...huhuhu

Yang bagusnya cik abe mokcik nie sempoi orangnya, maka dia tak berapa kisah kalau baju seluar dia tak berapa sempurna gosokannya ( bila kemalasan tahap gaban melanda..hehehe), tapi mama mokcik memang selalu menegur kalau baju seluar cik abe mokcik gosok ala kadar sajer...mama dah terbiasa dengan didikan arwah ayah dulu yang mementingkan kekemasan. baju atau seluar tersilap gosok hingga menyebabkan "double side" boleh menyebabkan arwah ayah berleter huhuhu...cenggitu juga mama...huhuhu...argghhh...banyaknya baju nak kena gosok nie...rasa macam nak hantar gi dobi ajer la cam idea zar tu hehehee...

apa citer korang pasal gosok menggosok nie...gosok baju ek bukan gosok lain pulak hahahaha...

Monday, February 23, 2009

PERTEMUAN ...

Keciknya dunia ini...begitulah kisahnya kejadian yang berlaku semasa melawat Ipoh minggu lepas.

Pheeww...ponat mokcik menaip tadi hingga kematu jari jemari...tup tup masa nak upload gambar2 hilang pulak post yang telah dikarang molek2 tadi...uwaaa....

Jumaat, 20/2/2009. Bertolak ke Ipoh jam 9.00 pagi. Singgah di R & R dekat Gua Musang...tak henggat dah namanya untuk makan2.. pada pukul 12.00 tengahari.


Asan ni malu2 pulak..malu orang nampak dia tengah makan mee goreng tu huhuhu


Hadi...abah...hadi pun makan gak...


Kami singgah beli jagung dan strawberi di sini. Jagungnya manis, sedap gak dimakan mentah2 hehehe. Kami tiba di sini jam 2.15 petang. Dari sini dekat dah dengan Ipoh. Tiba di Ipoh kami ke Giant. anak2 nak makan yee mee hot plate kegemaran mereka di food stall di sana. Selepas menjamu selera kami check in di Hotel Sun Inns berhadapan dengan Tambun Lost World. Lucikly we chose family room with 2 double bed and one single. Memula anak2 nak bilik yang ada double decker...tapi mokcik tak setuju. Bukan sebab apa, tapi mengenangkan hadi yang hobinya suka memanjat itu...lupakan saja la double decker ittewww...

Lepas solat jamak/qasar, kami ke Bandar baru Putra. Hajatnya nak singgah sebentar ke rumah bekas jiran kami suatu masa dahulu. Jiran kami ini suami isteri banyak membantu kami masa dalam kesusahan sedikit masa dulu. Masa kami kena bawa azza ke hospital besar di tengah malam buta kerana demam panas, merekalah yang membantu menjaga anak2 lain di rumah. Ketika azwa tiba2 rasa sesak nafas di tengah malam pun mereka tidak pernah merungut atau menolak untuk menjaga anak2 sementara cik abe menghantar azwa ke hospital. Masih ingat lagi di masa itu tekanan kerja menyebabkan tekanan darah azwa melonjak naik dan macam2 penyakit datang menjenguk.

Jam 6.45 petang. Kakak jiran tersebut, selain menghidang air, turut menghidangkan nasi dengan lauk ikan masak asam Johor...adusss....katanya, sesekali datang kena makan juga kat rumah dia. Kalau beritahu awal, dia boleh masak lagi special untuk semek ( panggilan untuk aini). Cik abe pandang azwa, anak2 pun pandang azwa. Mereka sudah tahu awal2 lagi pertukaran program malam itu...daripada makan malam di nasi lemak ayam kampung ke rumah ummibatrisya. Tak makan, terasa pulak kakak jiran nanti. Kalau makan...terbayang kat ummi yang sedang memasak untuk makan malam kami. Perut pulak memang masih kenyang kerana semasa sampai tadi dah makan yee mee hot plate huhuhuhu...

Cik abe pun buka mulut kat anak2 " Makanlah. Kesian kat kakak tu dia dah masak dan hidangkan makanan dah. Tinggalkan ruang untuk makan kat rumah kawan umi nanti." Pada kakak, terima kasih atas layanan akak. Jangan terasa pulak kerana kami makan sikit, bukan tak sedap, tapi alahaiii...dalam buah delima betul masa tu huhuhu...

Jam 7.00 malam, kami bertolak ke Ampang. Dah biasa dengan jalan ke arah Politeknik, cik abe ambil jalan shortcut. Cumanya tak biasa dengar taman di mana ummi tinggal. Tapi still eksen konon tu mencari rumah ummi sebelum akhirnya mengalah dan terpaksalah ummi datang menjemput kami di stesen mobil hehehhe...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah ummi. Ummi ni kecil molek ajer orangnya dengan puteri2 yang comel2 belaka terutama sekali Damya tu...gerammm nengok hehehe... Kebetulan cik abang ummi berpergian malam itu. Mungkin sudah nak dijadikan cerita kan...sebab kalau cik abang ummi ada, "kejutan" akan terungkai lebih awal kerana apparently, cik abang kami berdua saling kenal mengenali hahahaha...

Sementara ummi menyediakan makan malam, hero2 dan bapa hero duduk2 dekat sofa. Mokcik di bahagian depan tv, melayan hadi yang asyik dengan hobinya memanjat sana sini. The two girls bermain dengan anak2 ummi. Tiba2 kedengaran hero2 dan bapa hero bising2...rope2nya mereka telah berjaya mengesan sesuatu binatang yang sedang menyamar sebagai ranting pokok bunga dalam pasu huhuhuhu.... maka berlaku la adegan kejar mengejar antara bapa hero dengan penyamar tersebut....hehehehe...sebelum penyamar berjaya dihalau keluar akhirnya.

Lepas makan, ummi hidangkan buah jambu dengan coklat dari Langkawi. Yummyyy...penuh rasa coklat tapi kurang manis...sedappp...hah...masa duduk2 nie la citer punya citer...eh...eh...laaa... iye ker...sampai ummi kena ambil gambar cik abangnya untuk ditunjukkan kat cik abe. Eh...apa tak kenalnya...kenallll...cik abe kata..

Kuasa Allah kan...pertemuan sebenarnya telah bermula sejak tahun 2004. Agaknya sepanjang kita berjiran, pernah juga berselisih jalan masa pergi kerja atau hantar anak ke taska...bertukar2 senyum cuma tidak disulami kata2 ya ummi... bertemu dan berkata2 di alam siber akhirnya disusuli pertemuan di Ampang pada tahun 2009...aduhhh...memang kelakar bila diingat2kan...hehehe

Sepanjang perjalanan balik ke hotel malam itu, masing2 mengingati kembali kenangan lalu.

"usop ingat lagi la makcik tadi tu umi. Usop ingat masa di kuarters dulu."
"Rambut batrisya dulu kerinting kan umi...masa semek duduk taska dulu.."
"Dorang selalu datang kuarters la dulu mi..pakai kereta iswara...lepas tu tukar kereta waja.. kut.." si Asan pulak menyampuk.
"Saya ingat lagi masa dorang nak pindah rumah dulu, saya ada bah pergi tolong angkat barang.. cuma tak ada la pergi ke rumah baru Jamri." Cik abe pulak bernostalgia. " Dorang memang selalu ada datang kuarters juga.. Jamri kan berkawan dengan Kimi."

Terima kasih Ummi kerana bersusah payah menyediakan makan malam yang mabelles dan yummylicious untuk kami. Kepada ummi juga mokcik kena minta maaf bebanyak kerana hero2 yang sememangnya kuat makan pada malam itu pun dah full tank semuanya. Jangan serik nak jemput kami makan di lain kali ek...hehehehe...Terima kasih la bebanyak menjemput kami bermalam di rumah ummi...memang ramai kenkawan yang menjemput bermalam di rumah mereka...tapi bak kata asben...kalau kita dua tiga orang jer tak per...ni ada 8 orang huhuhuhu...kena pulak ndan dak hadi yang tengah buas tu...hehehe


Sabtu 21/2/2009. Pukul 9 pagi kami bekfes "nasi lemak bawah pokok" dekat jalan arah ke tesco extra. Masa ini beramai dengan bekas rakan sekerja asben. Lepas makan2 kami ke sekolah tempat asben mengajar dulu...dihidang lagi dengan makanan dan minuman oleh kakak kantin...murah betul rezeki kami di Ipoh...dan hancus gak la diet mokcik nie huhuhuhu


Jangan tinggal daku umi....nak itot...


Selamat pengantin baru kakak Jaja dan Insp. Mazhar, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Kakak Jaja terkejut juga kami sudi hadir dari jauh...hehehe...memang dah ditakdirkan kami hadir ke majlis perkahwinan ini untuk bertemu dengan "jiran" lama hehehe...

Aa...kami selamat tiba di KT pada pukul 8.15 malam.

Masih tersenyum mengenangkan pertemuan di Ipoh...sambil makan coklat ini, pandai mokcik simpan dalam beg kan, jadi anak2 tak perasan coklat nie ada banyak lagi bakinya... ....eheheh..



Wednesday, February 18, 2009

IPOH MALI


Berjaya akhirnya slow talk ngan cik abe...insyaAllah kami akan bertolak ke Ipoh petang esok. Setelah shop2 around, kitaorang decide untuk menginap di Hotel Excelsior. Anak2 semuanya excited nak menghadiri majlis perkahwinan kak jaja. Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali ya kenkawan.




Ni la kad undangan yang membawa kami menziarahi Ipoh yang telah ditinggalkan setahun lalu..


Ummi...klu sudi dan berkesempatan kita jumpe ye...

Bila baca suratkhabar....rasa bosan dengan isu politik yang tak habis2. Sekarang ini di rumah sendiri pun kita semua kena berkelubung, takut ada pula orang2 yang ambil kesempatan mengambil gambar kita sedang tidur ker, sedang mandi ker...

Mokcik kena siapkan hujahan yang dah beberapa kali ditangguh2kan ini huhuhu...daaa...



Tuesday, February 17, 2009

MENGALIS

Gambar2 nie sebenarnya dah lama azwa nak postkan kat sini. Gambar lama2 nie. Masa tu kami balik bercuti ke Sabah. Azwa masih ingat gambar2 ini diambil semasa musim 'mengalis sada' atau menuai hasil ternakan ikan di sungai. Kebetulan beberapa hari selepas hari mengalis tersebut, azwa ada turun ke KK dan kebetulan Zino serta keluarga pun baru sampai dari Lahad Datu. Itu yang berjumpa di Pasar Filifin dan makan2 di Restoran Sempelang.



Ini Sungai Tuaran. Sepanjang sungai ini telah di 'bombon' atau telah dijadikan kawasan larangan apa-apa aktiviti menangkap ikan. Jarak setiap bombon adalah mengikut kawasan kampung di sepanjang Sungai Tuaran. Bagi keluarga Azwa kebetulan rumah terletak di tengah2 dua kampung. Bermakna apabila dua kampung ini menjalankan aktiviti mengalis, ada dua bahagian untuk keluarga azwa.


Pada musim yang telah ditetapkan, iaitu agak2 bila benih2 ikan yang dilepaskan beberapa bulan sebelum itu telah matang, maka sekalian orang kampung akan bergotong royong 'mengalis' ikan-ikan tersebut.




Golongan lelaki akan bergotong royong memasang pukat dari kesemua arah. Tujuannya agar ikan-ikan akan berkumpul dan terperangkap dalam jaring.




Wah...walaupun panas matahari, tetapi semangat nak mengalis membuatkan mereka ini masih mampu bergurau senda...





Kanak-kanak pun tak mahu ketinggalan...bah mari kita tarik pukat ramai2...satu...dua...tigaaaa.....




Bah...itu dia si gaman (Pakcik dalam bahasa Malaysia)..sudah siap sedia dengan karung guninya untuk diisi hasil tangkapan..



Tu dia...bagi kampung berkenaan hasil tangkapan agak lumayan. Tetapi kurang sedikit berbanding tahun lepas (2006). Ikan2 akan dibahagi2kan sama rata dan dimasukkan dalam baldi atau guni masing2.




Biasanya tugas membahagi2kan ikan2 ini dijalankan oleh kaum ibu. Masa ini memang meriah betul hehehe... jenis ikan yang biasanya kena tangkap ikan gayo mato ( besar mata) dan saraei...hehehe nama Melayunya mokcik tak tahu...asben kata lampam ada, kelah ada... yang mokcik tahu bila mama buat sup atau dibubuh 'pangi' (tak silap mokcik buah kepayang kut) lepas itu digoreng...waduhhh memang sodappp..



Oh ya..ikan2 yang dibahagi2kan kebiasaannya yang kecik2 sahaja huhuhu... yang besar2 biasanya akan dijual kepada pembeli yang sudah siap menunggu...biasanya Chinese yang gemar makan ikan ini. Hasil jualan ikan2 tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun JKKK kampung.




Setelah penat menyaksikan aktiviti mengalis ini, Usop, Aman, Asan dan sepupu mereka Puding bermandi manda kat sungai...tiap kali balik kampung memang permintaan mereka mandi sungai. Sungai ini dekat dengan rumah mama azwa, dalam 200 meter ajer. Malam2 bila nak tidur pun boleh terdengar bunyi aliran air sungai. Menjelang pagi, memang sejuk gilerrr...harus kena berselimut hehehe

Tu je la corat coret mokcik hari ini...daaa...

Thursday, February 12, 2009

MOLEK

Molek sangat cuaca hari ini. Hari ini mokcik kurang nak berkata2 huhuhu...jom kita tengok gambar2 ajer la. Gambar lama2 masa ke Langkawi tempohari dan ke Astana Dugang.




Astana Dugang tinggal kenangan...kini bertukar nama ke Teratak Hijjaz.


Pokcik mokcik sedang melawat tempat memasak gamat


Inilah ropenya gamat tengah dimasak untuk menjadi minyak gamat. Kalau celup tangan ke dalam minyak, tidak melecur cuma terasa panas sahaja. Ada berani??


Kota Mahsuri. Sudah sangat molek sekarang. Tapi nak masuk kena bayar pulok. Since beberapa tahun lalu pernah melawat makam ini semasa masih 'open air' lagi, cuma berlegar di luar sahaja sementara menunggu yang lain melawat ke dalam.


Zorro tetiba teringin nak posing dekat jambatan dimana Shah Rukh Khan telah menjalani penggambaran...Mungkin kah dia akan diberi gelaran datuksekali lagi kerana telah membantu mempoplarkan Langkawi?


Wiken nie nak spend time dengan famili. Mungkin ke Pantai Batu Burok di taman permainan ini...


Dak Hadi tengah belek henpon...helllooo...hellooo...

Dapat perkhabaran dari Ipoh. Rakan sejawat akan naik pelamin hujung bulan ini. Memang molek sungguh la, sebabnya sidia itu pun sudah lama bersedia memikul tanggungjawab. Cumanya jodoh belum sampai. Calon2 sebelum ini, sungguhpun molek, tapi sudah tersurat bukan jodohnya.

Mokcik? Sedang berkira2...nak turun Ipoh ker tak ek...

Kalau turun ke Ipoh molek jugak...dapat jumpa kawan, aaa...terbayang2 pulak lontong, mee rebus, nasi lemak ayam kampung ...yummyyy...


En_me pun letak gambar bunga, maka mokcik pong letak la juga gambar bunga ros ini untuk semua kenkawan yang sudi berkunjung ke teratak mokcik...

Hari ni penat lepas mengadakan mesyuarat menyelesaikan masalah rakyat jelata tadi pagi...ni kena buat laporan pulok nie...ok la selamat berhari minggu buat semua. Jumpa lagi minggu depan daaa...

Tuesday, February 10, 2009

CERITA CERITI HARI INI

Mokcik pun tak ketinggalan meletakkan bunga ini kat kereta...skang nie kat mana2 di Ganu nie akan kelihatan bunga ini di kebanyakan kereta...


Budak Hadi bergaya dengan pyajama "mat kacau"nya...cik abe yang kasi gelaran tu hehehe






Masalah negara kat Perak tak selesai lagi. Sebentar tadi dapat balasan sms dari rakan.."tak tahu siapa dapat masuk ofis MB dulu. FRU jaga pintu pagar." Masih panas lagi la cuaca kat sana itteww..

Masalah rakyat jelata kat sini pun masih berlambak...tapi jadual mesyuarat mokcik telah penuh sehingga bulan mei tahun ini. Lagipun, satu hari mokcik cuma sanggup letak paling maksima 6 kes sebab mokcik anggarkan satu kes mengambil masa 1/2 jam untuk perbincangan. Pagi biasa la kena gi court dulu, makanya mesyuarat biasanya waktu petang. Kalau full day dapat la slotkan 10 ke 11 kes...tapi seperti yang mokcik katakan sebelum ini, bermain dengan angka2 memang memeningkan huhuhu...

Setiap hari sekurang2nya seorang rakyat jelata akan menelefon bertanya bila giliran beliau akan dipanggil mesyuarat...adoiii...tetapi mokcik masih menten vogue, melayan panggilan2 itteww dengan mesra alam hehehe...memang macam2 karenah kerana mereka yang terlibat ini majoritinya golongan veteran. Tambahan pulok mokcik nie masih diperingkat belajar loghat Ganu..kalau kena pokcik mokcik yang slangnya pekat abiss...memang la mokcik mengambil masa nak beri penerangan huhuhuhu..

Dalam banyak2 panggilan telefon itteww, yang baru mokcik terima sebentar tadi memang kelakar..

Kringggg...kringgg

Helloo..

Helloo..puan **** ke tu?
Ye saya..

Aa..assalamualaikum. Saya nie ***** ****. Hok kes sebutang 21/1 hari tu. Saya dokgi mahkamoh, saya terlupo tarikh.
Tak aper, (sambil semak tarikh). Kes pokcik akan disebut semula pada 17/6/2009. Sebab ini tahun 2007, saya tetapkan tarikh perbincangan pada 4/5/2009.

Hok alohh...pokcik nie dah tuo..umor doh 70...kalau buleh tu puan panggil la awal sikit..tolong la warga emas nie

(Tahan gelak) Minta maaf la pokcik, harap bersabar. Saya sedang berusaha selesaikan hok tahun 2003, 2004, 2005. Saya tak boleh nak janji tapi insyaAllah kalau ada tarikh awal saya akan panggil.

Tak per la puan...kes lamo2 tu...tapi buwi la keistimewaan hok kes orang tuo2 nie...
Hehehe... pokcik saya tetapkan tarikh ikut giliran...kes paling lamo tuang haking suh selesai dulu.

Tak por la..mujur doh ada tarikh perbincangang tuh. Tapi klu buleh puan panggil saya awal deh..aa....ingat nama pokcik tu ***** ****, warga emas nie..hehehehe


Boleh tahan kelakar gak pokcik nie kan...hehehe..

KISAH SEMALAM

Sejak terbaca komen Zar di blog Irfa tentang card reader itteww...tergoda la mokcik untuk membeli jugak sebijik card reader itteww. Maka semalam lepas abis kes, mokcik pong gi merayau ke Mydin. Ini lah card reader yang mokcik sambar semalam. Bersama2 dengan pen drive baru untuk menggantikan pen drive lama yang dah dipenuhi virus itteww...klu guna di laptop kang hancus pulak lap top mokcik.


Wah...manyak sinang ooo mo kasi transfer gambar using this card reader ( aik terus lintang pukang bahasa mokcik)...berbaloi la membelinya. Pehtu mokcik pong gi makang2 dulu sebelum balik pejabat...laporr uolss. Mokcik nie memang kalau pagi2 sebelum habis kes tu tak boleh nak makan. Paling kuat pun mokcik minum secawan milo ker, atau cereal 3 in 1. Bila abes kes memang menggeletar kebuluran...so pekena curry laksa dulu...huhuhuhu...cakap kat boss pong takper...dia memang dah tahu dah. Dan dia pong faham sebab dolu2 masa dia belum jadik boss dia pong mengalami perkara yang sama hehehe. Mokcik makang kat sining...


pekena curry laksa n iced lemon tea..


wokey...kita makannn duluuu...

Sunday, February 8, 2009

MOKCIK NAIK HANGEN...

Semalam mokcik naik hangen uollss...tak pasal2...

Hari khamis mokcik beli jubah dua helai. Alkisah ianya labuh la sedikit. Kat rumah memang ada mesin jahit, tapi mokcik kononnya nak cepat, hantar ler ke kedai sebelah kedai jual jubah tu. Ada pekerja pompuan dua orang...katanya bos dia dah balik. Azwa kata takper la, sebab azwa bukan nak jahit jubah, nak minta potong sikit kasi pendek skett jubah tu. Kata mereka, akak kasi tinggal, hari sabtu datang semula.

So, dengan gumbira la azwa datang semula petang sabtu tu...tapii...ropenya, jubah ku masih dalam beg. Alasannya, bos belum balik lagi dari somewhere.

Azwa memang tak berapa happy la dengar alasan tu. Lalu azwa kata.."takper la dik, akak buat sendiri la." Agaknya nampak la dari riak muka azwa ketidakgumbiraan itu, budak yang sorang lagi hulur beg sambil berkata, " maaf kak ya." "Takper la..sebab nak cepat nie"...lalu terus mokcik beredar..

Ingatkan nak tolong la orang kita buat bisnes, tapi hangen gak disuruhnya datang sabtu tapi tak siap2 gak..lain la kalau mokcik minta jahit jubah kan...logik la tak bleh siap...tapi ni setakat nak adjust labuh jubah jer, takkan tak bleh buat...bakpo buka kedai jahit, lagipun ada dua pekerja. Malah masa mokcik datang petang tu, sorang lagi pekerja sedang duduk2 kat lantai sambil berbual dengan seorang pelanggan yang kebetulan sedang menunggu kat situ.

Pagi nie pula, masih lagi berusaha bermesyuarat menyelesaikan masalah rakyat jelata. Dapat selesai beberapa masalah tadi...tak macam masalah kat Perak yang masih berlarutan itu...huhuhuhu

Ni nak kena prepare hujahan untuk dihantar esok nie...lalalala...kena la happy2kan diri sebab ada kerja. Kalau takder kerja lagi susah dizaman kemelesetan ekonomi ni kan hehehehe..daaa..

Thursday, February 5, 2009

TAMAN BUAYA

Ibu2 dan bapak2,

Mokcik kena pergi menyelesaikan 'masalah rakyat jelata' sebentar. Gambar2 akan diuploadkan kemudian ya...di harap dapat bersabarrr..

UPDATED

Wokey kali ni mokcik nak tepek gambar2 masa kami pi melawat Taman Buaya di Sulaman Tuaran. Menarik gak tempat ni, bayaran masuk pun kira munasabah...RM15 adult, RM5 children below 12. Di sini pun ada persembahan tarian kebudayaan, cuma yang azwa perasan di sini tak berapa ikut jadual yang ditetapkan. Janji persembahan jam sekian2, tapi hingga nak balik takdok pong...



Ni gambar di pintu masuk ke taman buaya...


Jalan ke depan sikit akan jumpa papan tanda ini...ooppsss...tiba2 zorro muncul pulak dalam gambar nie...


Masa ni adalah persembahan oleh pekerja2 di taman buaya nie...kira berani jugak la minah nie memberus gigi buaya hehehe...Rombongan mokcik kiah bergambar di tangga rumah panjang. Kononnya nak tunggu gak cultural show tu, tapi tak muncul2 pulak penari2 tu..

Mokcik mendapat panggilan daripada pokcik..urgent katanya...nanti mokcik sambung okee..



Monday, February 2, 2009

MONSOPIAD PART 2

Ibu2 dan bapak2...dah pernah ker melawat ke Kampung Budaya Monsopiad?

Azwa ambil kesempatan cuti tahun lepas membawa anak2 ke sana. Bagus juga untuk anak2 mengetahui mengenai sejarah nenek moyang. Cuma yang tak bestnya papan tanda arah ke sana tidak mencukupi...kami sendiri pun beberapa kali sosek jalan dan kena berhenti bertanyakan arah. Seperkara lagi yang buat azwa terkujat, bayaran masuk ke Monsopiad tersangatlah mahal. RM45 dewasa, RM25 kanak-kanak...azwa tak tahu bahawa kita boleh memilih pakej murah
(takde pemandu pelancong dan tak boleh menonton persembahan kebudayaan). So, bayar ajer la...kopak jugak ler poket mokcik. Takper...sokong la tempat pelancongan tempatan huhuhu... Anyway, jika Monsopiad nak terus hidup, dan menggalakkan orang tempatan melawat ke sana sepatutnya bezakanlah bayaran masuk untuk orang tempatan dan pelancong asing.


Tempayan ini digunakan untuk menyimpan mayat pada masa dulu...tempayan disimpan di Rumah Tengkorak.


Selepas melawat Rumah Tengkorak, dibawa pula melawat sekitar Kampung Budaya. Salah satu yang ditunjukkan ialah cara2 membuat "Lihing" atau rice wine. Malahan welcome drink mereka adalah lihing...sesiapa minum segelas pasti merah menyala muka hehehe...


Ini adalah replika rumah panjang. Dalamnya sejuk ajer walaupun takde kipas disebabkan bentuk binaannya...tingkap terbuka...


Wah sempat lagik berposing-posing di dapur atau "dompuran" kata orang Dusun


Baru tahu tempat duduk atau "tikoon" pun ada female dan juga male huhuhuhu...


Ini tempat pemprosesan sagu. Untuk mendapatkan sagu kena la parut dahulu batang pokok sagu...ini cara tradisi zaman dulu2..


Dah penat melawat sekitar kampung, anak2 berposing di halaman rumah panjang tadi...


Persembahan Kebudayaan...semestinya dimulai dengan tarian Sumazau. Tarian sumazau pula ada beberapa versi mengikut suku kaum Dusun, Kadazan, Lotud, Rungus..

Dan akhir sekali persembahan penutup yang memang menghiburkan...Tarian Mogunatip dari suku kaum Murut... siap ada lakonan lagi. Pandangan mokcik terus jadik oren sebab penari2 tu seksi meksi belaka auwwww....muahahaha

Sunday, February 1, 2009

MOKCIK TENGAH BIZI..

Sejak pukul 9.00 pagi tadi hingga pukul 2.30 petang...aha...tiga mesyuarat mokcik dah hadiri...se tu boss handle, mokcik perlu hadir gak sebab ianya melibatkan hal odit mengodit pasal sistem pemfailan yang memang 'fail' di pejabat ini huhhuhuhu... kena buat sesuatu lerr lepas nie.. Dua lagi mesyuarat tu memang azwa kena handle..pasal 'masalah negeri'...alhamdulillah semuanya dapat dibereskan dengan cepat dan efisien...terima kasih kepada jabatan *teeeeet* yang telah menyediakan angka2 dan kiraan2 terlebih dahulu sehingga mata azwa tak perlu la berpinar2 lagik sementara menunggu depa bermain dengan kalkulator...hehehehe. Syukur la depa tu semuanya mudah 'dilentur' dan boleh menerima idea yang azwa 'cipta' untuk mempercepat dan memudahkan kerja kami semua. Terima kasih puan pengarah...muaaachhhsss...




Seperti biasa, selepas mesyuarat menyelesaikan masalah negeri nie, azwa kena rehatkan otak nie buat beberapa ketika.. ( baca...merayau ke blog orang hehehe) . Selepas berehat barulah bersemangat semula menyiapkan kerja2 harian huhuhuhu.

SEMALAM

Ni cerita semalam. Asben balik2 ajer dari menjadi pengadil perlawanan badminton sekolah ajak azwa gi kenduri kawen orang sekampung. Biasanya kalau ada kenduri kawen azwa lebih selesa pergi kalau MIL ada bersama2. Maklum ajer la azwa kan baru pindah ke kampung asben, maka tentulah orang tak kenal azwa, azwa pun tak kenal dorang. Kalau datang sama MIL sonang sikit, tak perlu panjang2 nak perkenalkan diri...dah ler loghat Ganu azwa masih belum lulus lagik huhuhuhu. Datang dah ler kira lewat...lepas asar. Nasi dan lauknya masih banyak, tapi lauknya gulai daging yang mana azwa dah lama tinggalkan ( baca...berat badan sejak balik Sabah tempohari dah mula menyebabkan baju2 semakin mengecil muahahha...)...so, azwa sekadar ambil syarat jer la...makan nasi dan boh sedikit gulai.

Pehtu, dari kejauhan ternampak sepasang pengantin sedang melepak2 kat bawah tu berbual2 dengan kenalan mereka la agaknya tu. Azwa pun naik ke atas rumah, bersalam dengan dua orang mokcik yang sedang duduk kat tepi tangga. mokcik tu sempat menegur.." Sapa ni tak kenal?" " Saya menantu *teeeet* yang duduk dekat trafik light tu" "oooo...yang duduk dekat kedai *teeet* tu yer..". Azwa pun masuk dlam rumah, kebetulan bertembung dengan pengantin perempuan, terus bersalam lagik. Masa nak beri 'angpau' tu..biasanya kat sini beri pada mak pengantin, tu pasal cari mak pengantin..ropenya yang menegur di luar tadi tu mak pengantin la plak... Masa hulurkan 'angpau'.."eh...beri la pada menantu, dia ada kat dalam.."

Konfuse sokojap...menantu? Lalu di tunjuknya sesorang yang sedang mendodoi anak di sudut sana...ooo...ropenya mokcik tu buat kenduri kawen anak pompuan dan kenduri sambut menantu sekaligus...tu yang konfuse...huhuhhuu...memang malas nak gi kenduri ngan asben nie...selalu tak beri penjelasan penuh...nyampah i uollss hehehehe.


MONSOPIAD

Hari ni mokcik nak tepek gambar2 masa kami melawat ke Perkampungan Kebudayaan Monsopiad tempohari..satu...dua...tiga....

aisey...ada problemo plak nak upload gambor2 nie...nanti i cuba terai test kinam semula ek...la nie nak gi buat kerja semula...bapak2 ibu2 harap bersabar ya....permisiiii



Ni gambar depan pintu masuk ke Perkampungan Kebudayaan Monsopiad.



Batu ni dikatakan tempat roh2 nenek moyang berehat. Batu ini dinamakan Gintutun do Mohoing. Dipercayai kalau kita ambil gambar batu ini boleh kelihatan seolah2 rupa orang kat batu tersebut. amacam? Korang ada nampak tak?


Ni gambar di luar rumah tempat menyimpan tengkorak..


Ni gambar tengkorak2 yang digantung di atas siling rumah penyimpanan tengkorak...terdapat 40 tengkorak semuanya di sini.

to be continued...