Sunday, November 16, 2008

PERKEMBANGAN PROJEK

Minggu lepas diramalkan negeri2 Kelantan, Terengganu dan Pahang akan dilanda hujan lebat selama 4 hari 15 till 17 november. Memang risau jugak dibuatnya memandangkan few days sebelum ini hujan turun tak berhenti2. Bagaimanapun, on friday the 14th tu cuaca terang benderang pulak. Selalunya jumaat, tukang buat rumah akan bercuti. Tapi hari tu disebabkan beberapa hari sebelum tu dah bercuti kerana hujan lebat, jumaat lepas mereka datang berkerja.

Alhamdulillah, semalam pun cuaca cerah sekali. Tak hujan langsung hingga ke malam. Pagi ini pun cuaca baik cuma redup ajer la. Hah...di bawah ini gambar2 perkembangan projek kitaorang tu. Bahagian bawah dah siap dalam 40 peratus. Semalam siap pasang beam di bahagian atas, so hari ni tukang akan start pasang lantai bahagian atas. Semoga cuaca akan berkekalan cerah supaya projek ini dapat berjalan lancar, insyaAllah.

Pemandangan dari hadapan projek...bahagian depan ini dicadangkan akan dipasang pintu sliding



Pemandangan dari sisi rumah menghala ke bahagian belakang dimana dicadangkan bahagian beranda dan porch

pemandangan dari arah cadangan pintu depan ke arah bahagian dapur rumah


Dari arah pintu hadapan gambar pertama tadi, sebaik masuk dapat dilihat pintu masuk ke arah dua buah bilik bahagian bawah. Untuk keselesaan, azwa minta cik abe agar bina bilik air untuk kedua2 bilik ini.

Ini cadangan pintu masuk dari sisi rumah menuju ke porch. Dari pintu ini dapat dilihat pintu menghala ke bahagian dapur




Pemandangan pintu masuk ke arah dapur kering


Yang ini adalah bersebelahan dengan pintu menghala ke dapur basah kelak. Dinding bahagian dapur basah belum dibina lagi. Ini adalah last minute idea utk asingkan dapur kering dan basah, so bahagian luar tu kena ditambun dahulu.

8 comments:

  1. nampaknya projek berjalan lancar.. semuga boleh di siapkan mengikut jadual..

    ReplyDelete
  2. zino,

    alhamdulillah...semoga siap mengikut jadual dan mengikut bajet hehehe

    adnan,

    ok..terima kasih

    ReplyDelete
  3. Bestnya bila projek membuat rumah berjalan lancar...

    ReplyDelete
  4. kaklady,

    walaupun kena mengikat perut untuk menjayakan projek ini, tak aper la...huhuhu as long as projek berjalan lancar.

    ReplyDelete
  5. wah azwa bina rumah ye?ye lah di sana tanah murah dr di sg....

    semoga pembinaan berjalan lancar:)

    ReplyDelete
  6. Eii bestnya dapat buat rumah ikut design sendiri...besar projek kali ni...bila dijangka siap ni?

    ReplyDelete
  7. sonoknyerrr kalo umah sendirik dah siap.. kannns

    ReplyDelete
  8. kak elle,

    bina rumah atas tanah cik abe, courtesy of my FIL. tanah kira warisan la, kami cuma bayar kos untuk pecah lot and tambun tanah. thanks for the wishes.

    salwa,

    seronok gak dapat bina rumah ikut design yang kita nak, tapi dari segi kos huhuhuhu...kena mengikat perut la kami hehehe. Projek dijangka siap early next year, insyaAllah.

    en_me,

    memang tak sabar menunggu...

    ReplyDelete