Monday, July 14, 2008

PICC, ASTANA DUGANG DAN KEMAMAN

Salam semua.

Lama juga tak berkesempatan update blog nie. Selepas menziarahi jenazah anak D tempohari, Azwa berlepas ke Putrajaya menghadiri kursus di PICC. First time ke PICC, luasnya tempat tapi tak sunyi kerana banyak kursus di jalankan kat sana. Tempat penginapan kursus tidak disediakan, so tu yang selepas google a bit terjumpa dengan resort nie yang dah Azwa sebut dalam posting terdahulu.... Astana Dugang Country Resort. Resort nie apparently tidak diketahui ramai, tapi ianya amatlah berdekatan dengan PICC. about 10 minutes drive from PICC. Jika dari PICC, ikut jalan menuju ke Kajang sehingga jumpa T junction dan anda akan nampak signboard menuju ke Astana Dugang. Untuk ke sana anda akan melalui perkampungan moden orang Asli. Wow, kagum juga tengok rumah2 mereka yang besar2 belaka.

Memandangkan kamera Azwa telah kehilangan USBnya tak dapek la Azwa nak upload gambor2 resort tu buat masa ini, tapi untuk mereka yang ingin ke sana ( ada kolam untuk kaki pancing) boleh la ke laman web resort tersebut www.astanadugang.com .

The only problem with that place adalah tiada tempat makan di dalamnya. Anyway its very near with Alamanda. anda juga boleh menuju ke arah Bandar Baru Bangi untuk menikmati makanan yang sedap2 di beberapa restoran di sekitar sana.

Balik dari PICC pada 9/7/08 jam 11 pagi, tiba di rumah dengan selamatnya alhamdulillah pada jam 4 petang....mana taknya, pemandu kereta jabatan pecut sampai 160 kmj. Berkali2 juga Azwa sound, tapi bila kita terlelap, dia mula pecut semula. Kalau kat highway tu faham la juga, tapi time kat jalan sempit di Jerangau-Jabor pun dia nak pecut...kecut perut Azwa.

Anyway, hari ahadnya, Azwa kena outstesen ke Kemaman. This time, azwa tekad gi driving sendiri. Kalau bos tak bagi claim pun tak aper daripada memendam perasaan kecut perut. So, semalam, seawal pukul 6.30 pagi Azwa bertolak dari rumah menuju ke Kemaman. Alhamdulillah tiba di tempat tujuan pada pukul 9.30 pagi. Sambil driving ke sana, tiba2 teringat kat Mak Lang. Tak silap Azwa, according to Zino, Mak Lang dok area Kerteh.. ...

Tiba di tempat tujuan, Azwa dan beberapa rakan bijaksana yang lain melangut menunggu giliran memasing. Akhirnya, jam 2 petang baru la giliran Azwa dipanggil. Dah kebuluran, dan melihat orang di atas bench pun dah kepenatan, Azwa cadangkan break sebentar. Well...1/2 an hour turn to be one hour. Pukul 3 baru start. Dapat la sorang witness. Kol 4, break sebentar. Pehtu sambung semula. W/bagaimanapun, syukur kerana Azwa berjaya tutup kes pada pukul 5.30 petang...phewww...long day for eberibodi.

Ingatkan nak singgah beli lemang Kemaman yang poplar tu, tapi hari dah petang musti dah close bisnes kut. So, Azwa pun bertolak balik ke KT dan tiba di rumah jam 8 malam.

Next date Azwa ke Kemaman lagi somewhere in September... hmnnn tapi time posa ler pulak...hmnnn

4 comments:

  1. hari ni zino seharian kursus.. tapi buka kat hotel bukan kat resort tapi kat bangunan majikan je.. nak jimat lah kata kan...

    hehe

    ReplyDelete
  2. Singgahlah kat rumah maklang. Tapi call dulu ye...

    Phone no maklang ada kat blog jahit maklang...

    Lemang Kemaman tu sampai lewat baru tutup.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan Astana DUGONG..he..he..he.. Musti cun sbb kat area Putrajaya (lum intai kat website..)

    ReplyDelete
  4. Zino,

    tu la pasal... la nie semua nak save bugdet, tak buat kat hotel dah. Tapi buat kat PICC...area tu mana ada hotel murah2 yg dekat. Sib baik ada astana dugang hehehe..

    Maklang,

    insyaAllah, satu hari nanti akan menyinggah ke rumah maklang...nak pesan sesuatu ngan RE boleh kut kan kan kan...

    Iye ker lemang Kemaman tutup lwat...ishhh...len kali kena gi nie..

    NBK

    Tempat tu nak kata lawa sangat takde la. Sesuwai la dengan regenya hehehe. Tapi kalau kaki pancing seronok la kut sebab bleh memancing depan bilik hahahaha sambil lepak2 menikmati keadaan di kampung.

    ReplyDelete