Thursday, July 3, 2008
ASTANA DUGANG COUNTRY RESORT
Hahh tu dia...sikit punya glemer ker tajuk entry... Kat mana tempatnya? Kalau berdasarkan carian di internet, ianya berdekatan dengan perkampungan orang asli dekat Sg. Merab Selangor. Hari ahad ini kami akan menginap di sana, Insyaallah.
Jangan tersilap pulak, gambar sebelah ini bukan gambar chalet di Astana Dugang, tetapi salah satu pemandangan chalet masa di Pasir Belanda Resort, Kota Bharu last month. Mungkinkah chalet di Astana Dugang serupa ini...tuungguuuu....
Actually, azwa diarahkan berkursus lagi. Kali ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya minggu depan. Yang tak bestnya berkursus kat sana, tidak disediakan tempat tinggal. Tahu2 saja la putrajaya, nak cari hotel yang sesuwai dengan entitlement kita payah ler skett. Nak2 kalau time kursus rate dia rendah sket berbanding rate gi hadiri mesyuarat. Memikirkan junior officer n driver yang akan hantar kami sepanjang kursus, akhirnya kami memilih Astana Dugang sebagai tempat penginapan. Apa-apa pun review akan diberi minggu depan ya berkenaan resort ini. Review yang ada di tenet berkenaan resort ini menyifatkan tempat itu sebagai menepati jika sukakan keadaan kampung yang jauh dari hiruk pikuk kota. yang kelakarnya, individu tersebut agak kecewa dan meletakkan soalan" where are the butterflies ?"
Last sunday dan monday, bila petang ajer ada mesyuarat untuk menyelesaikan isu2 tuntutan pengambilan tanah. memang agak 'malas' sedikit bila bos panggil join mesyuarat nie. Bukan sebab apa, tapi kerja2 kita akan tergendala . Bila dah tergendala nak sambung balik, mood dah terganggu...
Semalam pulak, azwa mencutikan diri untuk mengikuti kursus sehari di public mutual. Hmn...kawan dok dari sehari ke sehari ajak jadik utc, tapi selalu bertangguh. Kawan azwa dah puas dah ke merata tempat melancong sebagai ganjaran kerana aktif ngan public mutual unit trust. Hmnnnn...kita ni baru nak menapak... Tentative exam cute 9 august...hmnnn...nak kena hafal formula la jawabnya.
Hari ini kena siapkan kerja2 yang tertunggak pasalnya esok weekend kat sini dan ahad dah kena bertolak ke putrajaya...arghhhh....hehehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seronok asyik berkursus aje tu...
ReplyDelete