Sunday, July 6, 2008

LIFE IS TOO SHORT TO BE WASTED

Hari ini 3 Rejab. Pukul 6 pagi tadi asben menerima sms dari sahabatnya memberi khabar anak sulungnya meninggal dunia. Rancangan Azwa untuk minta asben hantar ke pejabat dibatalkan. Kebetulan hari ini asben cuti sebab sejak khamis sekolahnya mengadakan kem kecemerlangan untuk pelajar2 tingkatan 6. Kami menuju ke rumah sahabat asben yang tidak berapa jauh dari rumah. Ketika tiba, terdapat beberapa buah kereta di kawasan rumah sahabat berkenaan.

Azwa terus masuk ke dalam mencari isteri sahabat asben. Hubungan kami nak kata rapat sangat tidak juga disebabkan oleh faktor jarak tetapi akrab kerana dulu asben memasing orang merantau masa di Sabah. Kini kami pula jadi perantau di negeri "Ganu ini. Sahabat Azwa, D sedang duduk berdekatan dengan jenazah anak sulungnya yang sebaya dengan anak no. 2 Azwa. Arwah sepatutnya akan menduduki UPSR tahun ini. D memang sangat sedih kerana tak sempat bersama anaknya di saat akhir. Kisahnya semalam arwah mengikuti majlis khatam Al Quran di stadium tertutup Gong Badak. Kebetulan anak Azwa no. 3 pun ada ikut majlis tersebut. Memang ditakdirkan memandangkan Arwah menyertai majlis tersebut, maka D dan suami yang hendak menziarahi abang iparnya yang masuk IJN di KL hanya membawa anak2 yang lain sementara arwah menumpang kereta kawan untuk ke majlis Khatam Al Quran tersebut.

Kejadian kemalangan berlaku pada sebelah petang semasa arwah hendak menyeberang jalan untuk membeli roti canai. Diceritakan semasa arwah berada di divider jalan tiba2 sebuah kereta terbabas lalu melanggar arwah. Arwah meninggal di hospital besar semalam. Semasa tiba di rumah D pagi tadi, jenazah arwah belum dimandikan lagi sebab baru selesai post mortem dari hospital. Memang D amat terkilan kerana tak sempat bersama arwah. Katanya sepanjang hari itu Arwah kerap sms dan call D dan asben bertanyakan "Bila umi nak balik?". Semasa nak keluar dari rumah D sebentar tadi, ramai rakan2 sekolah arwah datang menziarahi dan masing2 memang terkejut dan tidak menyangka kepergian arwah secepat itu. Ye la, baru semalam mereka bersama2 di majlis Khatam Al Quran, tiba-tiba hari ini arwah sudah pergi meninggalkan kita untuk selama2nya.

Dalam perjalanan balik, Azwa terfikir, hidup kita ini terlalu singkat sebenarnya untuk dibazirkan. Memang banyak kerja yang harus kita siapkan tapi kerja2 kita itu janganlah sampai menyebabkan kita mengabaikan masa untuk orang2 yang kita sayangi. Kita tidak tahu mungkin dalam perjalanan kita ke tempat kerja, mungkin itu kali terakhir kita melihat, mendengar dan mencium mereka. kalau bukan mereka, mungkin kita yang akan pergi.

Al Fatihah untuk Allahyarham Azlan, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga D dan suami akan tabahkan hati menghadapi segala dugaan.

3 comments:

  1. semuga keluarga D tabah menghadapi dugaan ini..

    Al fatihah...

    ReplyDelete
  2. takziah utk keluarga arwah...sungguh sedih..

    al-fatihah... amin

    ReplyDelete
  3. Alfatihah untuk arwah..

    Memang hidup kita ni singkat ajes ebanrnya.. ruginya kalau kita habiskan dengan dengki mendengki kat orang, buat maksiat..

    Semoga kita terhindar dari golong yang macam tu

    ReplyDelete