Wednesday, December 26, 2007

Monday, December 3, 2007

Thursday, October 4, 2007

Tuesday, October 2, 2007

HARI MACAM2 HARI....

3 orang power rangers ngan sorang
kawan dorang tengah mandi
manda kat Pulau Pangkor



Aman dan Aini berposing kat sungai

dekat rumah mak Azwa

Sepatutnya entry ini Azwa masukkan semalam. Semalam adalah Hari Lahir Aman yang ke 11. Aman adalah anak no. dua Azwa. Rasa macam baru ajer semalam mengalami kesakitan melahirkan Aman...dia ni ambik masa skett kuar sebab lilitan kepala dia besar skett hehehe... Antara ramai2 anak Azwa dia ni memang ada perangai pelik skett masa kecik2 dulu. Dia paling manja dengan Azwa sehingga kalau Azwa bangun tengah malam pi toilet dan dia terjaga sama, dia akan bangun dan baring depan pintu toilet sampai Azwa keluar ihikss...adakala tu sampai tertidur depan toilet. Kalau nak buat susu pulak, dia nak Azwa ajer yang buatkan...kalau abah dia buat...dia tak mo...kena buat semula, dan buang susu yang abah dia dah buat tu. Tapi menurut asben Azwa dia cuma buat perangai pelik dia ni kalau Azwa ada kat rumah, kalau Azwa pi outstation, takde pulak dia buat perangai.

Sampai la ni memang masih ada lagi saki baki perangai pelik dia yang tertinggal...kalau taim angin tak elok dia sampai...memang kena banyak2 bersabar untuk menanganinya. Sungguhpun begitu Aman ni kalau pandai ambil hatinya antara yang paling rajin berbanding adik beradiknya yang lain. Kalau Azwa minta tolong dia basuh kain ker, buat susu adik dia ker...semua dibuatnya tanpa banyak soal. Kalau si Ucop abang sulungnya tu...kena buat sesuatu mula la panjang muncungnya hehehe...

Anyway...Selamat Hari Lahir untuk Aman, semoga akan menjadi anak yang beramal soleh dan orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara serta taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Ummi doakan kesejahteraan dan kejayaan Aman di dunia dan akhirat. Aminnn.

Perkara kedua yang penting berlaku semalam adalah akhirnya kehadiran boss no. 2 yang dinantikan. Dah dua kali kami dapat boss no. 1 pompuan...kali ni dapat lelaki. Boss no. 2 pulak all these while lelaki, kali ni dapat pulak lady boss. Kebetulan beza service Azwa ngan dia tak ler jauh sangat...so kira batch2 Azwa juga la boss nie. Memang Azwa dah kenal dia sejak 1992 lagi .. . dan rasanya tiada masalah untuk berkerjasama dengan dia. Alhamdulillah dengan kehadiran dia, ringan lah bebanan Azwa kerana kini tugas admin boleh Azwa lepaskan...tak perlu nak peningkan kepala fikir masalah2 pegawai dan staff lagi...yahooo... Bagaimanapun fail2 warisan yang masih belum selesai sejak peninggalan boos lama masih lagi perlu Azwa selesaikan. Tak pe..insyaAllah sebelum raya nie Azwa bereskan.

Alhamdulillah, dah masuk 20 hari kita berpuasa...setakat ini berjaya berpuasa penuh. Anak2 kecuali anak dara dua orang tu semuanya setakat ini belum pernah ponteng puasa lagik. Azwa memang rasa bertuah kerana anak2 takde masalah nak bangun bersahur dan mungkin itu membantu mereka dapat bertahan hingga ke petang. Cuma nak disiplinkan mereka lepas sahur tu mengaji ker atau sekurang2nya tengok Kalamullah kat TV3 tu. Ni idak...peh sahur memang depa tak tidur tapi nengok kartun pulak...kena leter dua tiga kali baru ler nak dengar hehehe.
Sahur hari ni, nasi putih ngan sup daging, ikan rebus seekor dan telur masin dua biji di belah empat. Still kena train depa untuk makan kurma...setakat ini Asan ajer yang nak makan kurma...itupun kena beli kurma safia Yusof tayoob sebab dia lembut dan manis.

Raya tahun nie bagi Azwa amat sederhana kerana tak balik beraya ke Terengganu. Kali ni beraya kat Ipoh ajer...dan tak ambik cuti raya pun. Baju raya asben dan anak2 awal2 lagi Azwa dah belikan. Untuk Azwa sendiri sehelai pong tak beli atau tempah kali nie...pakai ajer la baju tahun lepas yang ditempah tapi belum pernah pakai pun...jadik la kan...InsyaAllah raya ke lima atau enam mak Azwa akan datang dari Sabah bersama2 ngan adik Azwa ke Ipoh...memang tak sabar menunggu mak datang. Kesian kat mak mertua, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan memang tak bleh nak travel jejauh kali nie hehehehe. Lagi pun dah 4 tahun berturut2 Azwa beraya kat 'Ganu...so asben pun tak bleh nak komplen. InsyaAllah cuti sekolah nanti baru kami balik ke 'Ganu.

Marilah kita sama-sama menghidupkan 10 malam-malam terakhir Ramadan ini dengan amalan2 yang bisa menjadi bekalan kita di kemudian hari kelak...

Thursday, September 27, 2007

TENTANG PENGALAMAN

Baru berkunjung ke blog Syikin. Bila baca entry Syikin tentang pengalaman bersalin teringat pulak kat pengalaman sendiri. Lima kali pregnant dan lima pengalaman berbeza semasa melahirkan. Alhamdulillah sepanjang kehamilan, tak pernah pulak Azwa mengalami alahan yang teruk teruk. Of coz kehamilan anak pertama sesuatu yang istimewa dalam kehidupan seorang wanita... dan sakit bersalin yang paling teruk sekali kerana terpaksa menanggung kesakitan lebih 12 jam sebelum Ucop dilahirkan pada 30 Ogos 1995, sehari sebelum merdeka day...muahahaha. Ramai yang usik Azwa apasal tak tunggu sampai 31 Ogos! Sakit ditanggung dari 29 Ogos dah tak tertahan rasanya, apa lagi kalau dibawa hingga ke 31 Ogos...Tapi uniknya segala kesakitan serta merta hilang apabila melihat dan menyentuh bayi yang baru dilahirkan. Agaknya kerana itu lah orang kata wanita sanggup mengharungi kesakitan bersalin, kerana kesakitan terus hilang bila melihat bayi comel. Hanya apabila terpaksa berdepan dengan kelahiran seterusnya kesakitan bersalin akan menghantui semula...hehehe


Masa mengandung anak ketiga ada sedikit rasa cemas kerana diakhir2 trimester ke 3 hasil scan menunjukkan placenta previa...alahai...tak putus2 doa dipanjatkan agar placenta akan berubah kedudukan. Tak sanggup mendengar cerita2 mengenai pengalaman bersalin secara pembedahan. Azwa masih ingat masa itu, kebetulan adik Azwa pun sedang hamil anak pertama. Sepanjang kehamilan dia tak pernah mengalami apa-apa masalah. So, one day tu asben Azwa adakan solat hajat mudah2an Azwa selamat melahirkan secara normal dan tak perlu pembedahan. Azwa ajak adik join sekali, tapi dia menolak atas alasan2 tertentu. Ditakdirkan Allah, adik Azwa terpaksa bersalin secara pembedahan kerana bayi hampir2 lemas dalam kandungan. Alhamdulillah, selang sebulan selepas itu, Azwa bersalin secara normal.


Pengalaman bersalin anak keempat pula agak kelakar kerana Azwa overdue dekat sebulan! Bayangkan sepanjang kehamilan Azwa still bertugas di Perak dan lawatan bulanan ke klinik memang dilakukan di Perak. Bila dah dekat nak bersalin, Azwa decide untuk balik ke Sabah. Walaupun dah overdue dekat sebulan, doktor swasta yang Azwa pilih tempatnya untuk bersalin di Sabah decide untuk tidak induce Azwa kerana menurutnya, ultra sound menunjukkan " placenta yang masih muda" katanya. Mungkin ada salah kiraan dalam usia kandungan katanya lagi. So, dia decide untuk tunggu dan lihat. Yang lucunya, doktor kerajaan yang menyewa rumah Azwa pulak dok risau. Dia kata..." ni tak boleh nie. Ni patut masuk wad dah nie". Azwa jawab " tak mahu la doktor". So we waited until tanda2 melahirkan dah ada baru Azwa pi klinik. Doktor decided untuk pecahkan air ketuban dan tungguuuuuu.... sampai baby nak kuar kata dia. Tak sampai beberapa jam, Azwa pun dibawa masuk labour room kerna ikut kata misi contraction makin kuat. Everytime dia periksa perut misi kata, "sakit nie, saya bagi injection tahan sakit?". Lucu teringat muka dia bila Azwa jawab, " Tak nak la, tak rasa sakit pun". " Ish, kuat juga kamu ni." Hehehe...itu la pengalaman Azwa bersalin anak keempat...agaknya kerana nak dapat nak pompuan, langsung tak terasa sakit. Cuma yang bila dah betul2 baby nak kuar baru terasa sakit...itupun tak seteruk sepertimana nak bersalin Ucop dulu.


Anak kelima satu pengalaman berbeza. Hari due date, tetiba doktor dapati kedudukan baby melintang. "takde cara lain ni dik, kena ceaser" kata doktor tu. Klinik private tempat Azwa pi tu takdok pulak kemudahan ceaser masa itu...4 tahun yang lalu. Azwa decided utk pi HBI...guna entitlement dapat la dok first class, dok bilik sensorang...boringnya...dah ler asben tak dapat menemankan kerana terpaksa menguruskan anak2 kat rumah pulak. Anyway, baby no. lima nie memang ler nakal skett kut...bila dah masuk kat HBI, doktor dapati actually kepala baby belum engaged sepenuhnya...nia mesti kes salah kiraan jugak nie muahahaha. Tapi sebab baby dah matang, doktor decided untuk induce. (doktor2 ni suka bebenor nak induce orang kan...) . Dah ler konon2nya hari tu Azwa posa, sebab 1st day Ramadan. Kena masuk wad bersalin dari pagi hingga ke petangnya...dgn tak makan apa...last2 Azwa pun dah lembik. Yang peliknya langsung tak rasa sakit nak bersalin. Sampai Azwa gaduh ngan doktor yang insist nak beri Azwa injection tahan sakit. Bila Azwa kata tak sakit, dia kata " ini bukan pertandingan menahan sakit". Dah memang tak ada rasa sakit langsung, nak buat camno...last2 Azwa kata " suka hati doktor la!". Dah sampai malam, Azwa tak makan, dan keletihan dengan lawatan2 doktor dan misi yang silih berganti...Azwa kata kat doktor " ceaser ajer la." Azwa takut kalau Azwa kena bersalin normal malam itu, memang dah takde tenaga dah sebab nampaknya tak de sapa nak beri Azwa makan. Yang datang sibuk nak check perut la, check bukaan la, paksa beri injection tahan sakit la...huh tu yang tak tahan dok hospital kerajaan nie...At last dekat tengahmalam, kerana bukaan takde progress walaupun dah kena induce, kena ceaser la akhirnya.


Melalui pengalaman, Azwa rasa lebih sanggup menghadapi sakit bersalin secara normal berbanding sakit selepas bersalin secara ceaserian. Bersalin normal sakitnya saat nak melahirkan memang tak dapat digambarkan, tapi lepas baby keluar ajer...insyaAllah, segla kesakitan hilang begitu sahaja. Kalau bersalin ceaser...masa nak bersalin tak sakit tapi kesakitan selepas segala bius hilang rasanya lagi sakit dari sakit bersalin normal hehehhe...itu pendapat Azwa la. Orang lain lain pula ceritanya.


Oh ya, baru semalam dapat berita adik ipar Azwa dah bersalin. Kena induce kerana tekanan darah naik 160/80. Anak sulung tahun lepas bersalin taim puasa, tahun ini kena bulan puasa jugak....hehehhe...produktif sungguh. Yang seronoknya, first baby dia lelaki, kali ni pompuan pulak...Alhamdulillah.


Cerita lain pulak, dah dua hari Azwa dok asyik balik lewat kerana urusan2 pejabat...hmnnn...sapa ada baca paper NST ngan Star semalam...tentu ada terbaca pasal kes kat Ipoh kan. Sebenarnya since friday last week dah bizi dok asyik laporan ke HQ pasal kes yang masuk paper gak minggu lepas tu. Tak reda yang tu, timbul pulak kisah sensasi lain. Utusan Malaysia ketinggalan keretapi semalam, dia publish pulak frontpage hari ini...dah dia publish berita tu baru ler wartawan utusan nak cari kita pagi ini...maleh nak layan dah. At least wartawan Star ngan NST contact kita sebelum siarkan berita tu...tu pun kecik ajer di siarkan di bahagian dalam. Sib baik asben sungguh memahami keadaan...siap dia tanya..."kalau kena denda, minta la dorang transferkan awak ke 'ganu sana.." hehehe...ada2 ajer asben ku ini. Bagi Azwa penjelasan sudah diberi, apa-apa bentuk hukuman yang akan dikenakan, terpulang la. Bagi Azwa semua ini hanya lah satu cabaran yang biasa kita akan tempuhi dalam kehidupan kita. Takut hanya pada Allah kerana hanya dia Maha Berkuasa...sesama manusia...hmnnn...hari in ihari Azwa, esok lusa mana tahu hari dia pulak kan..







Tuesday, September 18, 2007

TRANSFER ORDER MENGEJUT

Baru saja kami selesai mengucapkan tahniah, selamat maju jaya dan jasa mu di kenang kepada dua orang pegawai di pejabat Azwa yang berpindah kerana naik pangkat minggu lepas. Kedua-duanya mendapat transfer order mengejut...takde angin, takde ribut, tup2 kuar transfer order yang berkuatkuasa dua hari selepas itu. Memang rasa sukar juga melepaskan mereka berdua, kerana dah ler kami baru ajer kehilangan boss yang ditukar tanpa pengganti sampai kini, ditarik pulak man power seramai dua orang secara mengejut.



Walau bagaimanapun, minggu lepas tup2 kuar lagi satu transfer order mengejut, berkuatkuasa sehari selepas itu. Tapi kebetulan tarikh kuatkuasa itu jatuh pada hari sabtu, maka hari isnin iaitu semalam baru pegawai baru mai lapor diri. Dapat sorang pengganti, syukur la...ringan skett bebanan tugas, walaupun kehadiran seorang boss dinanti2kan. Letih rasanya kena buat kerja2 boss nie, walaupun pada masa sama ada juga kebaikannya iaitu melatih diri berani membuat keputusan dan berani mempertahankan keputusan yang telah dibuat.

Apa yang Azwa perasan, sejak akhir2 ini banyak pulak arahan2 dan transfer order yang dibuat secara mengejut...semua ini memang menuntut kesabaran, kecekalan dan kekuatan mental untuk menghadapinya. Setakat ini alhamdulillah kerana, berkat kerjasama berpasukan yang kami amalkan, maka masalah2 yang timbul dapat dihadapi dan diselesaikan bersama.
CERITA CERITI PASAL POSA
Pejam celik pejam celik dah masuk enam hari berpuasa. Alhamdulillah setakat ini kesihatan memuaskan dan masih berdaya berpuasa. Anak-anak teruna Azwa pun setakat ini belum ponteng puasa lagi, walaupun ketiga-tiganya kena selsema pulak. Kesian tengok Aman terbatuk2, sehingga nak tidur pun tak selesa, tapi setakat ini masih digagahkan berpuasa. Azwa bersyukur juga kerana taim nak kejutkan bersahur mereka semua takde masalah nak bangun. Masing2 nak berebut makan. Asben pulak yang liat skett nak bangun..malas nak bangun sahur ler tu hehehehe. Tapi kena bangun jugak, kang kalau dia tak sahur, anak2 pun ikut sama. Asben takpe la tak sahur, setakat minum air segelas tahan hingga ke petang, tapi anak2 karang dah dekat2 nak berbuka tu semua merengek lemah longlai nak buka posa. Kepimpinan melalui teladan katakan kan...nak tak nak kena la asben bangun bersahur bersama2 kami kat meja makan tu muahahaha...
Setakat ini lauk berbuka jarang dibeli...setakat beli kuih2 dan sejenis lauk berbuka. Anak2 lebih suka kalau Azwa masak mee goreng atau nasi goreng. Memang penat gak terkejar2 masa nak balik supaya sempat masakkan mee goreng utk mereka, tapi puas hati kerana makanan yang kita hidangkan licin semuanya. Kalau beli dari pasar Ramadan, selalunya tak habis pun, membazir ajer. I guess, kita semua pun memang macam itu kut. Kalau makan masakan ibu kita, sungguhpun masak simple2 ajer, tapi rasanya tetap sedap. Agaknya kerana seorang ibu memasak dengan ramuan yang tidak dapat dibeli di pasar Ramadan...iaitu ramuan kasih sayang. Sebab tu hidangan bersahur setakat nasi kosong, sup ayam ngan telur goreng pun sudah cukup untuk membuka selera anak2.



Thursday, September 13, 2007

TEST


Kesahnya, di suatu petang hari pertama di bulan nan mulia, Ramadan Al Mubarak. Tetiba tergerak hati Azwa untuk menjenguk rumah lama di blogspot kerana dah boring berada di blogdrive...hehehehe. Baru Azwa perasan, ropenya ada gak member2 siber yang rajin menjenguk rumah Azwa yang dah bersawang nie hehehe...ni mesti kes tak tahu Azwa terpaksa rela untuk berpindah rumah ke blogdrive kerana masalah nak posting kat blogspot.

Jadi Azwa pun cuba2 la buat posting, mana tahu kan...tup2 buleh plak kuar posting kali ini....yahoooo....seronotnya. Ini lah agaknya berkat di hari dan bulan yang mulia ini. Macam ni boleh la Azwa berpindah balik ke rumah nie dan start membersihkan sawang2 yang dah bermaharajalela kat rumah lama Azwa nie. Tapi hari nie tengah letih la plak sebab posa kan...esok2 la baru start berkemas2 muahahha...

p/s gambar yang berjaya diupload..gambar dua orang anak dara Azwa...Aini dan Azza ( yg peluk teddy bear).

Friday, July 20, 2007

COBAAN

Memang banyak cobaan...cobaan untuk memposting belum berjaya masa ini...la ni dah ok dah

SEKALI LAGI BERMULA

Yaaa....sekali lagi ini adalah percubaan- percubaan yang coba dibuat untuk memposting...tapi masa itu still gagal. Sampai tukar template berpuluh2 kali, tapi problemnya bukan kat situ. Masa itu tak tahu mana penyakitnya...hingga la nie still tak tahu kenapa tak bleh buat posting. Tetiba plak boleh bila buat attempt yang entah keberapa kali ntah.