kawan dorang tengah mandi
manda kat Pulau Pangkor
Aman dan Aini berposing kat sungai
dekat rumah mak Azwa
Sepatutnya entry ini Azwa masukkan semalam. Semalam adalah Hari Lahir Aman yang ke 11. Aman adalah anak no. dua Azwa. Rasa macam baru ajer semalam mengalami kesakitan melahirkan Aman...dia ni ambik masa skett kuar sebab lilitan kepala dia besar skett hehehe... Antara ramai2 anak Azwa dia ni memang ada perangai pelik skett masa kecik2 dulu. Dia paling manja dengan Azwa sehingga kalau Azwa bangun tengah malam pi toilet dan dia terjaga sama, dia akan bangun dan baring depan pintu toilet sampai Azwa keluar ihikss...adakala tu sampai tertidur depan toilet. Kalau nak buat susu pulak, dia nak Azwa ajer yang buatkan...kalau abah dia buat...dia tak mo...kena buat semula, dan buang susu yang abah dia dah buat tu. Tapi menurut asben Azwa dia cuma buat perangai pelik dia ni kalau Azwa ada kat rumah, kalau Azwa pi outstation, takde pulak dia buat perangai.Sampai la ni memang masih ada lagi saki baki perangai pelik dia yang tertinggal...kalau taim angin tak elok dia sampai...memang kena banyak2 bersabar untuk menanganinya. Sungguhpun begitu Aman ni kalau pandai ambil hatinya antara yang paling rajin berbanding adik beradiknya yang lain. Kalau Azwa minta tolong dia basuh kain ker, buat susu adik dia ker...semua dibuatnya tanpa banyak soal. Kalau si Ucop abang sulungnya tu...kena buat sesuatu mula la panjang muncungnya hehehe...
Anyway...Selamat Hari Lahir untuk Aman, semoga akan menjadi anak yang beramal soleh dan orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara serta taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Ummi doakan kesejahteraan dan kejayaan Aman di dunia dan akhirat. Aminnn.
Perkara kedua yang penting berlaku semalam adalah akhirnya kehadiran boss no. 2 yang dinantikan. Dah dua kali kami dapat boss no. 1 pompuan...kali ni dapat lelaki. Boss no. 2 pulak all these while lelaki, kali ni dapat pulak lady boss. Kebetulan beza service Azwa ngan dia tak ler jauh sangat...so kira batch2 Azwa juga la boss nie. Memang Azwa dah kenal dia sejak 1992 lagi .. . dan rasanya tiada masalah untuk berkerjasama dengan dia. Alhamdulillah dengan kehadiran dia, ringan lah bebanan Azwa kerana kini tugas admin boleh Azwa lepaskan...tak perlu nak peningkan kepala fikir masalah2 pegawai dan staff lagi...yahooo... Bagaimanapun fail2 warisan yang masih belum selesai sejak peninggalan boos lama masih lagi perlu Azwa selesaikan. Tak pe..insyaAllah sebelum raya nie Azwa bereskan.
Alhamdulillah, dah masuk 20 hari kita berpuasa...setakat ini berjaya berpuasa penuh. Anak2 kecuali anak dara dua orang tu semuanya setakat ini belum pernah ponteng puasa lagik. Azwa memang rasa bertuah kerana anak2 takde masalah nak bangun bersahur dan mungkin itu membantu mereka dapat bertahan hingga ke petang. Cuma nak disiplinkan mereka lepas sahur tu mengaji ker atau sekurang2nya tengok Kalamullah kat TV3 tu. Ni idak...peh sahur memang depa tak tidur tapi nengok kartun pulak...kena leter dua tiga kali baru ler nak dengar hehehe.
Sahur hari ni, nasi putih ngan sup daging, ikan rebus seekor dan telur masin dua biji di belah empat. Still kena train depa untuk makan kurma...setakat ini Asan ajer yang nak makan kurma...itupun kena beli kurma safia Yusof tayoob sebab dia lembut dan manis.
Raya tahun nie bagi Azwa amat sederhana kerana tak balik beraya ke Terengganu. Kali ni beraya kat Ipoh ajer...dan tak ambik cuti raya pun. Baju raya asben dan anak2 awal2 lagi Azwa dah belikan. Untuk Azwa sendiri sehelai pong tak beli atau tempah kali nie...pakai ajer la baju tahun lepas yang ditempah tapi belum pernah pakai pun...jadik la kan...InsyaAllah raya ke lima atau enam mak Azwa akan datang dari Sabah bersama2 ngan adik Azwa ke Ipoh...memang tak sabar menunggu mak datang. Kesian kat mak mertua, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan memang tak bleh nak travel jejauh kali nie hehehehe. Lagi pun dah 4 tahun berturut2 Azwa beraya kat 'Ganu...so asben pun tak bleh nak komplen. InsyaAllah cuti sekolah nanti baru kami balik ke 'Ganu.
Marilah kita sama-sama menghidupkan 10 malam-malam terakhir Ramadan ini dengan amalan2 yang bisa menjadi bekalan kita di kemudian hari kelak...
Salam Kak Azwa...
ReplyDeletewah.. tak raya kemana la yea.... boleh la saya g beraya rumah kak Azwa nanti...
Minnie...
ReplyDeleteJemput mai beraya...w/pun akak tak kemana2 raya nie tapi kuih raya memang tetap ditempah... rasanya tahun nie lagi banyak tempah kuih raya dari tahun lepas hehehhe
selamat hari lahir buat aman..dah besar anak ibu tu..
ReplyDeletezino pun tak ambik cuti raya ni.. datang le beraya di KL ..
Fuyoo...beraya kat KL taim raya musti la KL sunyi sepi kan...tak tahu la kalau penuh ngan illegal imigran macam tahun lepas pulak hehehhe...
ReplyDeletemeh jemput beraya kat Ipoh jugak noo...
selamat hari jadi Aman... terlewat sikit nak wsih... Aman ni manja dengan Kak Azwa ek... :D
ReplyDeletesas pun raya tahun ni takde shopping apa pun... tak tau la kot balik kampung nanti...
Salam,
ReplyDeleteDah jadi anak bujang si Aman ekk... :)
Semga 10 terakhir kita ini sama-sama dirahmati Allah.
Sas,
ReplyDeleteTengkiu..better late than never kata omputih kan..bukan setakat manja sket si Aman nie..sampai la ni kalau boleh dia masih nak tidur bawah ketiak ummi dia hehehe
BP,
Pejam celik pejam celik, yang baby dah jadik anak bujang dah. Sesama kita menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan melebihkan lagi amalan2 kita.
Salam Azwa ...
ReplyDeletekalau yang no 2 ni dah umur 11 tahun, yang sulong berapa umornya??
Mesti azwa ni , menjadi ibu pada usia yang muda ...(kawin cepat)
Walau dimana kita beraya, yang penting, disekeliling kita ada anak anak dan suami ...
pB akan balik umah mertua lagi.
(sejak kawin hingga ke hari ni , kalau beraya mesti kat umah aBear)
PB,
ReplyDeleteanak sulung azwa umor 12 tahun..nak kata kawin cepat tak jugak..umor 26..nak kata muda sangat tidak, tua pun belum...kira sedang2 la tu muahahha. Tapi yang nyatanya tiga power rangers azwa tu lahir selang setahun sorang...tu yang membesar bersama-sama macam kembar pulak..
wah...bertuah abear dapat isteri cam PB..beraya dgn MIL dulu baru balik rumah sendiri ker?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete