Friday, January 11, 2013

*UPDATED* TELUK CEMPEDAK, BUAH TARAP, BAMBANGAN DAN BOSOU


Salam semua kawan2.

Salam Tahun Baru Masehi 2013. Hari ke sepuluh tahun 2013 baharulah Azwa berkesempatan masuk menjenguk rumah yang sudah bersawang ditinggalkan.

Tsk..tsk..tsk..sibuk sangat ker Azwa sampai lupa nak menjenguk rumah sendiri nie...

As usual, kalau balik kampung, walaupun ada wi fi, tapi keseronokan menikmati ketenangan di kampung membuatkan Azwa tersangatttttlahhhhh malasnya nak bertenet. Setakat ber'mukabuku' sahajalah. Itupun sebab melalui BB..kalau tidak, memang tak sentuh laptop langsung la jawabnya. Hanya sekali dua sahaja Azwa menyentuh laptop masa bercuti. Itupun kerana berhutang satu laporan dengan bos dan selebihnya kerana menjawab soalan2 melalui emel yang dihantar oleh anak2 buah.  

Balik sahaja ke Putrajaya, rutin biasa bermula. Tambahan pula anak2 mula bersekolah, memang kesibukan berganda. Syukur sangat, mama Azwa yang telah dihantar balik ke kampung tempohari sudi menukar fikiran dan mengikut Azwa balik semula ke sini. Katanya dia merasa kasihan pula bila memikirkan Muaz yang akan terpaksa dihantar ke taska. Mama kata sementara dia masih kuat dan sihat, dia nak jaga Muaz sehingga sekurang2nya Muaz pandai berjalan. Aduhaiii...tersangat sayu mendengar kata2 mama...Azwa bersyukur sangat2 dengan kehadiran mama, banyak perkara menjadi mudah. Syukur alhamdulillah.

Oklah selebihnya biar gambar berkata-kata...




Pantai Teluk Cempedak in 2009... 



We did not have that much time to enjoy our stay in Hyatt Regency Hotel, Teluk Cempedak due to very tight schedule of my conference. The children juz stay in the room, went swimming in the swimming pool while i was occupied with work hehehe.. Anak2 juga tidak dapat berjalan2 sangat menikmati keindahan pantai kerana pada masa itu laut bergelora dan ombak agak kuat.






pokok TARAP dekat rumah my mom


Buah tarap yang sudah agak  masak akan bertukar kaler kekuning2an..nak melepaskan rindu kepada buah tarap puna pasal, dah agak ranum pun makannn lah jugak hehehe



buah tarap yang masih 'komut' kata orang Dusun..meaning baru nak masak, tidak terlalu ranum, so sedang elok untuk dinikmati





Beginilah rupanya isi buah tarap...boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan tarap goreng seperti cempedak jugak atau masukkan dalam peti sejuk dan nikmatinya masa sejuk2, Angie's style begitu hehehe *wink*



*updated 15/1/2013* inilah rupa buah BAMBANGAN



BAMBANGAN yang sekejapan lagi akan dijadikan lauk maha sedap hingga menjilat jari..:)




Hasilnya, BAMBANGAN IKAN MASIN.. ditambah cili padi potong..makan pulak dengan nasi panas2.. memang walllahhhh



Another picture of BAMBANGAN IKAN MASIN ..memang heaven on earth!! Percaya atau tidak sekembalinya daripada kampung, masa fitting buat jaket, ukuran perut kena alter sikit..hahahaha...gara2 bambangan ikan masin..harus menambah pinggan demi pinggan nasi...


Ni lagi satu my favourite traditional cuisine..BOSOU! For Lee's info, one of the ingredient in this cuisine is the buah keluak (Indonesia) or buah kepayang (Malaysia) or famously known as Pangi in Sabah. Interestingly, the scientific name for Pangi is Pangium Edule. Been wondering dari mana dapat nama Pangi, rupanya dari scientific name pulak. 

Ingredients untuk bosou simple sahaja..Buah Pangi yang telah diproses, nangka rebus, nanas, tuhau, batang pisang, ikan sungai, nasi serta jantung pisang yang dihiris-hiris... yummyyy..yummyyy...kalau digoreng lagiiii la mengancam baunya tu hahaha...




Beginilah rupa Pangi yang belum diproses. Untuk membuat Bosou, buah Pangi akan dipecahkan dan isinya dikorek keluar. Isinya akan di tumbuk atau parut halus2 untuk dicampurkan dalam ramuan Bosou. The Pangi will add a distinctive flavour to the Bosou...seperti BUDU, walaupun baunya kurang menyenangkan tapi rasanya memang sedap..yummyyyy...



Syukur masa balik kampung tempohari, rezeki untuk merasa dari kebun sendiri..buah durian, rambutan dan tarap  


Wokey..durian kali ini memang menjadi sehingga tak habis makan. Walaupun durian jenis kampung tapi bagi Azwa tetap sedap berbanding durian musang king hehehe..


Inilah rupa durian RALIT yang baru dikutip dari  kebun




Ini durian kampung digandingkan dengan buah durian jenis  RALIT yang isinya berwarna merah. Rasanya tidak manis, tetapi berlemak. Durian Ralit ini agak ramai peminatnya..my brother sampai tak menang tangan nak melayan permintaan peminat2nya hehehe


Inilah rupanya RALIT, memang seksi kan kaler merah itu.. :) ..this one i ate  on  Lee's behalf...hehehe



Kami juga sempat ke Taman Buaya di Tuaran..sekali lagi..last two   four   years we went there without Hadi yang masih kecil ketika itu. so this time bagi dia chance berjalan2 hehehe..


Besarnya buaya nie...


Serammmm



we also went to visit Rumah Terbalik ..dekat jer dengan kampung Azwa. Tak putus2 orang melawat rumah ini..sayangnya cuma boleh ambil gambar di luar sahaja..




Ini pemandangan dari arah belakang rumah terbalik





Kampung Pulau Gaya


We went for a boat ride to three Islands.. Mamutik, Manukan and Sapi Island. Just went sightseeing, tak mandi manda pun. I learned one thing though..if you plan to have a picnic in one of these island, do come early.  On the way back to Kota Kinabalu we went by  Kampung Pulau Gaya.


Pulau Manukan.. 



Pulau Sapi. Pemandangan di sini sangat cantik, namun masa itu dah tengahari dan ramai orang di pantainya..dah jadi sesak pula sebab pantai kat sini agak pendek. Personally i prefer Manukan or Mamutik. Janji kena datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Bring along your kelengkapan renang and food..memang menarik menghabiskan weekend di salah satu pulau2 ini or, you can visit all three pulau in one day like we did hehehe..

Oklah peeps..itu sahaja laporan dari Mokcik kali ini..sampai jumpa lagi..have a nice weekend everyone.. 


31 comments:

  1. azwa...comelnye si kecik tu...geram cam nak cubit pipi dia...azwa, kecur mulut i tengok buah tarap tu...i tak pernah makan tapi tengok isi dia cam buah durian belanda..terbayang durian belanca baru kuar fridge...sejuk dan lazat sekali....seronoknye dpt balik kampung kan....i dah lama tinggalkan sarawak, dulu sekali ada kerja kat sarawak tapi tak sempat nak pi sek rendah i sebab dari pagi sampai malam kena kerja...bosan tul...pi beli kek lapis pun lari-lari kejap petang hari last, sebelum masuk kerja balik malam tu...:(

    i kena cari masa jugaklah pi cuti-cuti ke kuching, tengok tempat permainan masa kecik2 dulu....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Marie,

      hehe..Muaz makin tembam, uminya yang setiap hari tengok dia pun geram jugak nie hahaha..

      Isi buah tarap ni kalau baru nak masak berwarna putih. Bila dah agak ranum akan kekuning2an, masa tu tak sedap dah nak makan hehe. kalau masuk fridge barangkali lagi sedap, sejukkk jer..tapi biasanya tak sempat masuk fridge dah licin habis kena makan buah ni hahaha..

      oh ya, buah tarap yang masih muda juga boleh dibuat sayur. Biasanya my mom masukkan dalam sup ayam.. sdap jugak sekali sekala makan sayur kampung nie.

      oh..Marie pernah dok kat Kuching ya? Hah sekarang ni kan banyak offer tambang murah ke sana. Boleh la plan cuti jjcm ke Sarawak menjenguk tempat permainan zaman kanak2 dulu kan..

      take care Marie..

      Delete
  2. salam azwa,
    tq for this post...terubat rindu tengok all the pictures.. eii bambangan sudah musim kah.. boleh lah mengirim sama my cousins yang mo datang ni.. itu durian merah, my sis bilang macam ada rasa nangka.. and that tarap..aduii...tapunnnnnn... abis sudah season kah..ada lagi kah masa CNY nanti..

    sorry kio belum lagi tercall.. sampai office ja terus cari port..kasi lelap mata before start work..at least 5 minutes pun jadilah.. everyday hectic morning.. mau kapisan sudah..thank god today is friday.. hehehe..

    have a good weekend..do send my regards to your mom.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Blu..

      Bambangan by CNY masih juga ada mangkali tu, in sha Allah.. masa kami balik last year, memang tengah banyak. hubby cuba cari yang mentah mahu bawa balik sini, tapi kebanyakannya sudah masak bah pula. My brother bilang sebab terlampau banyak, sampai ada yang lelong bambangan 50 sen sebiji. Tapi kami nda la bawa banyak sebab nanti rosak pla kalau nda abis makan. [my hubby nda gemar pula kalau yang sudah kena jeruk tu]. Bawa dua biji ja..tu yg my mom hari2 masak bambangan ikan masin, campur dalam sup daging la..adoiyaii manalah nda mencanak2 naik tu jarum timbangan hahaha

      Tu ralit, rasa dia lemak2 tapi nda manis. My children nda berapa gemar makan sebab nda manis hehehe

      ya bah...tu power nap, sekejap ja pun cukup sudah bah.. bah sooo looking forward to meet u ... till then take care..

      Delete
  3. salam azwa...

    aduiii...nangis akak masuk sini...betul2 ujud durian isi merah tu???..

    buah tarap tu....cair airliurku....ni sambil menaip tak putus2 telan airliur...naper takder org tanam tu pokok kat semenanjung?

    bambangan...bosou...waduh..nampak gayanya nak cari menantu dari Sabah sorang la ni...ihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Q,

      adoiii awatnya nak menangis pulak tu sis?? hahaha

      Percayalah sis Q, durian isi merah ni memang wujud..memang lemak berkrim rasanya walaupun tidak manis.

      Mujur ada napkin untuk mengelap air liur tu kan kan kan..kalau takde boleh pinjam bib Muaz hehehe. Kami pernah juga mencuba menanam pokok tarap kat KT tapi nampaknya tak nak tumbuh pulak.

      Sama dengan bambangan, pernah kami semai tapi bila ditanam, mati pulak anak pokok bambangan tu. Musykil juga kenapa tak nak hidup pokok tarap n bambangan yang kami tanam tu huhuhu...nanti kena cuba test terai lagi di lain percubaan hahaha..

      hehehe..sis Q, Azwa ada adik lelaki yang masih bujang kerja kat N9.. kalau ada sanak sedara yg nak bermenantukan orang Sabah boleh rekemenkan hahahha

      have a nice day sis..

      Delete
  4. Hi Azwa
    finally dapat makan tarap..best kan. Your kids all so cute lah esp yg si kecik tu. Ish pandai juga pula kamu makan bosou. Selalunya orang muda2 kan tidak suka makan tu. My kids sentuh pun tidak hahha. I also like bosou especially goreng and makan panas2 then ada lada padi..apa lagi, 3 pinggan nasi pun tidak sedar. Bambangan juga lah bikin banyak makan haha. I actually prefer tu buah ralit or kami bilang dalit or dahit. So lemak, not so manis and not heaty like durian. But they are more expensive than the normal durian kan.
    Wow, so nice you managed to visit the islands juga. I can see the Pulau Gaya..eeeeh banyak sampah terapung2. Did you go to Sapi Island.. bahaya cos banyak monyet hahaha.. tu makanan jangan lah kasi tinggal kalau tidak, tiba2 maggie mee kau sana atas pokok...:)
    ok take care. have a lovely weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiii Angie...

      yesszaaa..dapat juga menghilangkan kerinduan kepada buah tarap hahaha.. yang best tu, nda payah membeli. Petik sahaja dari halaman rumah..itu yang paling saya miss kalau balik kampung. Kalau di sini, semuanya kena dibeli..hadoiii...

      OOppss...nda sah jadi orang Dusun kalau nda pandai makan bosou bah hahaha..even my hubby pun sudah pandai makan bosou. Me too, i prefer bosou yang digoreng. Huii naaa bau bosou tengah digoreng memanglah mengancam segala pancaindera, tapi sedap dimakan sama nasi panas2 kan hehehe

      my children ada yang pandai, ada juga yang nda bulih tengok tu bosou hahaha..kalau ada tu cili kaler putih tu lagi mengancam rasa dia kan. Tapi kalau bambangan my children nda pla tahan tu bau dia.."bau apa ni mi?" dorang tanya tu kalau saya cuba2 suruh dorang merasa tu bambangan.

      Ralit or Dahit memang lemak2 rasa dia kan. Ya..yang buah ralit ni, kecik2 pun laku juga orang beli.. clients my brother beli 5 biji RM10..tu kalau di kampung. kalau di pekan tu lagi mahal mangkali.

      I wanted to entertain the children baitu konon..tu yg bawa dorang melawat pulau2. Nanti ada juga modal bercerita sama kawan2 kan. Kalau nda nanti nama ja balik Sabah tapi nda ke mana2. Last two years saya bawa dorang pi Poring mandi manda air panas. Next cuti balik kampung, dorang excited mau pigi pulau lagi tapi this time mau mandi2 and snorkeling dorang bilang.

      Ya kah ada monyet di Pulau Sapi tu?? nda pula saya nampak hahaha..mangkali kalau kita kasi tinggal tu makanan nanti datang lah mereka tu kan..hehehe..luckily you remind me..next time then i'll remember not to leave our food unattended hehehe..

      bah take care kio..


      Delete
  5. Azwa, welcome back wah lamanya menghilangkan diri....but Uncle AL faham you busy with baby and work.Just be happy always,durian looks sedapppp,lega lah sikit Azwa gan adanya bantuan Mama Azwa, insyaAllah akan di permudahkan tugas2 harian Azwa.

    Bukan naga sebarang naga
    Naga merah di Pulau Api
    Lama tak jumpa rindu membara
    Kemana menghilang jauhkan diri.

    Pergi ke Kedah naik kereta
    Hendak menuju ke Pokok Sena
    Lama sudah tak dengar berita
    Apa berita Azwa di sana.

    Salam tahun baru 2013 buat Azwa,uncle doakan segala yang baik buat Azwa and family.
    dari Uncle AL and Aunty Ina Penang.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Uncle Al..

      Sejak dua tiga menjak ni memang agak kesuntukan masa nak menjenguk blog. Itu yang jarang nak berupdate tu.. syukur juga ada mama banyak membantu meringankan urusan di rumah, cuma yang dipejabat ni kenalah tanggung sendiri hehe

      Jual Tarap di hari Tamu
      Durian Bambangan semuanya ada
      Uncle Al pun kini jarang bertamu
      sesekali rindu terasa juga

      Sedap sungguh Buah Melaka
      Mana nak sama si Buah Naga
      Azwa disini sehat2 belaka
      semoga Uncle dan keluarga begitu juga

      Salam Maulidur Rasul Uncle and warm regards to Aunty Ina ya..

      Take care Uncle

      Delete
  6. Paparan buah yg Azwa tunjuk hanya durian kampung yg kakak pernah lihat dan nikmati lain-lain buat mata kakak tak mampu dah berkelip sebab kelihatan amat aneh tak pernah jumpa - jakunlah ni. Seronok anak-anak dah dapat lihat live semua tu.

    Still new year so kakak pun take the oppurtunity to wish you Selamat Tahun Baru. Geram tengok Muaz - untung ada nenek yg tolong jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Betul tu ada beberapa jenis buah2an yang ada di Sabah tak jumpa di Semenanjung nie. Kebetulan balik kampung kali ini tengah musim buah, maka dapatlah menikmati buah2an tersebut.

      Alhamdulillah Allah masih beri mama kesihatan untuk membantu Azwa jaga Muaz..kalau tak memang terkejar2 jugak lah nak menguruskan segala2nya..

      Selamat berhujung minggu Kakzakie

      Delete
  7. Wahhhh..semua makanan sedap2 je tu. Saya suka cuba makanan baru, habis nanti camne nak rasa laok bambangan ikan masin tu??? Tengok je pon dah nampak sedap sangat nih! Tapi..nak juga try test durian isi merah tu. Uwaaa...apa ni makanan semua sedap2. Kiss2 muaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ciannya dia..Bambangan Ikan Masin kena musim Bambangan baru boleh merasa hehee..Next time Azwa balik kampung kalau ada lagi Azwa bawakan untuk Leeya, nak?

      Durian Ralit jarang2 nak dapat..pokok kat dusun mama pun kebetulan tahun ni lebat pula buahnya, tapi tak berapa nak elok. Syukur juga dapat merasa..


      Delete
  8. wak pon penah try buah bambangan tu jugakkk., tp X penah gi rumah terbalik tuuu..,Uuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wak..setengah orang tak pandai nak makan buah Bambangan sebab tak gemar dengan baunya..nanti ada masa ke Sabah boleh la melawat rumah terbalik tu..

      Delete
  9. Hi Mokcik, Wow! I love your pics here. I used to stay either at the Merlin or hyatt at Telok Chimpedak...and malam will take a walk to the nearby restaurants enjoy Malay dishes.
    Went night fishing at the rocks there too. And once caught a big ikan siakap too.
    That buah terap I saw long, long ago, da lupa, now your pics have refreshed my memory.

    I really enjoyed looking thru your pics here, and I guess Kuantan has changed a lot since my last visit there wayyyy back in the '80s.
    Thanks for the memories, Mokcik.
    Have a nice day, hugs to baby.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Lee...

      HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE!

      We have stayed twice at Hyatt..so far haven't been to Merlin yet. Yeah, nearby Hyatt there's a lot of stalls but due to our tight schedule this time around didn't have the time to explore. Last visit in 2009, we managed to ronda2 though. Besides, the tide is high and not too safe to be on the beach at that particular time.

      Ya la Lee..25 years you sudah tinggalkan Malaysia..mesti how buah tarap looks like pun sudah ingat2 lupa..if only i can send a tarap to you in Canada as a birthday gift kan..nanti the smell make your neighbours semua lari lintang pukang hahaha..

      Have a great weekend ahead Lee..warm regards to Mrs Lee too.

      Delete
  10. kak azwa..rindu nak jumpa akak face to face
    baby baru tu mmg comel sgt
    kalau balik kg.sama la ngan saya..balik keje kemeja dah ketat
    gara2 makan x ingat dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      Itulah sekarang agak jarang outstation, maka jarang lah ke KLIA..kalau terpergi, kena masanya, inshaAllah kita akan bertemu face to face lagi..

      itulah masalah negara kan Irfa..sebab asyik makann jer hehehe..baju pun dah ketat semua..

      Delete
  11. wah, banyaknya buah yg 1st time dengar dan tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAlam ibuintan,

      Salam kenal.

      Banyak buah2an tempatan yang jarang kita dengar ada di lain2 negeri kan..ini pun kebetulan balik kampung tengah musimnya ni

      Delete
  12. assalam..singgah dan follow sini :) comeynye header

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pen Biru..Terima kasih sudi follow..thanks..hehehe

      Delete
  13. assalam azwa..teringinya nak juumpa muaz..comeeeelll sangat
    semua buahb tu akak pernah tengok masa keje kat epot...cuma tak pernah makan je

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Erna.. terlepass nak jumpa akak masa kat rumah Zar hari sabtu lepas..huhuhu

    pernah nampak tak pernah makan..macam dekat tapi jauh la keadaannya hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azwa..saya pun tertunggu2 akak dtg masa kat rumah kakzar.kak erna tingin nak jumpa Muaz ;)

      Delete
    2. Irfa..

      Kami sesat jalan..hahaha..takde gps. Last2 call Noret jadi "gps"nya..barulah sampai.

      Bila Zar sebut Irfa dgn kak Erna baru balik..alahaiii..sedikit kecewa jugak. tapi hari tu tak bawa Muaz sebab masa keluar tu dia tengah nyenyak tido hehe..

      Delete
  15. Hi Mokcik, just dropped by say hello.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  16. Hi my dear Azwa, I tertinggal keretapi, lambat sampai. hehehe
    Miss Teluk Cempedak even I'd been there 4 times, used to stay in Merlin. But overall I enjoyed the beach very much.

    The buah tarap I don't remember eating it... maybe when young pernah tengok but can't recall. So bila mau hantar kasi saya buat kek tarap or ice cream tarap? LOL

    Nice scenery and your baby sooooo cute. Love his smiling face. Kasi hugs and kiss kiss on my behalf. Hugs to you too.
    Have a nice day.

    ReplyDelete