Tuesday, February 28, 2012

PERINGATAN BUAT DIRI

Salam kenkawan.

Baru-baru ni ada terbaca kisah tentang anak-anak yang 'meminjam' ayah mereka buat beberapa jam sebelum dikembalikan ke pusat penjagaan. Untuk tujuan apa, tak tahulah, mungkin untuk urusan pembahagian harta, hanya mereka sahajalah yang tahu. 

Sayangilah ibu sementara kita masih berpeluang.. ihsan daripada google


Mokcik teringatkan kisah seorang anak yang sejak berkahwin dan hingga kini sudah mempunyai dua orang anak, payah benar nak balik menjenguk ibu bapa di kampung.  Alasannya sibuk dengan kerja, mesyuarat dan yang sewaktu dengannya. Yang mengherankan, kedua-dua pasangan suami isteri ini berkerja sebagai pendidik. Maka biasanya hujung tahun, pastinya ada cuti panjang kan? Koman-koman pun, takkan tak dapat luangkan masa sikit pun..dua tiga hari untuk balik menjenguk ibu bapa kat kampung tu. Peliknya kalau balik ke kampung si isteri boleh pulak. Sempat dan punya masa pulak mengunjungi keluarga mertua di sebelah utara sana. Lepas tu ke rumah keluarga sebelah mertua lelaki di selatan tanah air dan seterusnya ke rumah keluarga mertua perempuan di negeri yang berjiran dengan negeri kelahirannya. Kalau memandu dalam dua jam dah sampai dah ke rumah ibu bapanya. Tapi, tiba-tiba pulak tak ada masa..

Bagi ibu bapa dan mertua kita, kebahagiaan mereka adalah apabila dapat berkumpul bersama anak2 menantu serta cucu2nya...



Paling si ibu terasa semasa musim raya tahun lepas. Beberapa hari sebelum itu beria-ia menghubungi ibu bapanya, mengatakan akan singgah ke rumah. Katanya keluarga mertua turut akan bersama-sama. Khabarnya, anak menantu bersama keluarga baru selesai menjenguk keluarga mertua lelaki di selatan. Kini berada di negeri jiran mengunjungi keluarga mertua perempuan.  Sebelum balik ke utara di rumah keluarga mertua, katanya mahu mengunjungi ibu bapa di kampung. Hari raya la katakan. 




Maka pada hari yang dijanjikan, si ibu pun sudah berkemas2. Menyediakan tempat tidur untuk keluarga si besan. Bapa mertua pun sudah siap2 memasak lauk pauk untuk dihidangkan. Gembira si ibu bukan kepalang. Al maklum, sekali sekala dapat bertemu dengan anak menantu dan melihat cucu-cucunya.




Lewat petang itu,  baru  anak menantu bersama dua orang cucu tiba ke rumah si ibu. Keluarga mertua katanya tak jadi turut bersama. 

Dan yang lebih menusuk hati si ibu, keesokan harinya awal-awal pagi lagi anak menantu dan cucu-cucunya sudah berangkat mahu balik ke rumah keluarga si isteri di utara tanah air. Rupanya, cuma transit sahaja kat rumah si ibu. Sudahlah sepanjang tahun itu langsung tidak balik menjenguk.




Aduhaii... sedih juga Mokcik mendengarnya. Mokcik teringat kata-kata ustaz, kalau kita menyakiti hati mertua sama juga seolah2 kita telah menyakiti hati ibu bapa kandung kita. 

Aduhai kalau anda seorang isteri, berhati2lah jangan sampai tindak tanduk kita bisa menjadikan suami kita menjadi anak derhaka kerana menyakiti hati ibunya demi menurutkan kehendak kita sebagai isteri. 



bagi anda seorang suami, jangan sampai isteri anda dilabelkan anak derhaka kerana terpaksa mengetepikan keluarga demi menjaga hati anda.

Sebagai mertua, berpada-pada jangan sampai menantu anda menjadi anak derhaka, semata-mata kerana anda mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan besan anda.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."









  Pesan Nabi saw lagi:

"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."

peringatan buat diri sendiri..mudah2an dijauhkan Allah SWT dari melakukan perkara yang menyakiti orang lain... aminnn...  


14 comments:

  1. seboleh mungkin cuba mengembirakan hati keluarga dan keluarga mentua.selagi mereka masih ada dan selagi saya bernyawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa, begitulah sewajarnya..kedua-dua pihak harus dijaga hatinya. dan sewajarnya suami isteri bertolak ansur kan..

      Delete
  2. Setuju Azwa. Kenapa tidak terfikir andai ia terjadi pada keluarga sendiri. Asyik fikir sebelah dia saja. Naluri org lain dia tak fikir....

    Kakak percaya anak dia akan buat begitu juga pada dia sebab itu yg dia bagi contoh pada si anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie.. ntahlah kak..azwa pun tak berani nak kata sapa yang dominan sebenarnya, menantu perempuan atau ibubapa mertuanya.. yang jelas si anak memang payah bebenor nak menjenguk kampung halaman sendiri selepas berkahwin. Telefon tak berangkat dan sms tak berjwb, khabarnya.

      ya, tak mustahil anak2 akan meniru gaya dan cara ibubapa kelak..

      Delete
  3. salam kenal dari kami sekeluarga...
    bagus peringatan ini.... mak mentua dan mak sendiri sama taraf layanan.... cuma kita je kena pandai membahagi2kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan En Kazman dan keluarga.. selamat datang ke pondok mokcik ini.

      betul tu, kedua2nya harus dijaga perasaannya..pandai2 kitalah cara mengaturkan masa yang diberikan Allah pada kita.

      Delete
  4. sedih dgr..bila anak2 dah mula lupa tanggungjawab. cuti sek bln 3 ni..insyallah balik n9.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zue..itulah yang siibu terasa..kalau ke rumah isteri boleh sahaja balik, tapi menjenguk siibu payah benor. kalau balik pun sehari semalam, tak puas dia nak bermanja dengan cucu2nya.

      Delete
  5. betul tu azwa...sedih kan dengar cite2 cam ni...saya ni takde MIL and rumah hubby dekat aje (15 min) ke umah saya..so takde masalah cam ni...

    tapi ada jugak yang saya dengar, bila balik kampung, tidur hotel sebab tak selesa tidur umah kampung, anak2 biasa tidur dlm aircond, tak boleh tidur sebab panas, nyamuk etc etc....mesti sedih kan family dengar...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marie, memang bagus sangat tu rumah berdekatan, tak payah nak kalut2 hehehe

      ada juga yg memang terpaksa tidur hotel kerana rumah mIL tak muat bila semua balik serentak.. yg itu difahami la. tapi yg sengaja tidur hotel sebab kononnya panas, takde aircon la tu terlebih sudahhh... huhuhu

      yang sebenarnya kalau dalam bilik panas, dia nak suruh kita keluar dok kat luar, baru dapat berbual2 dgn mertua hehehe..

      Delete
  6. Hi Mokcik, even though my bahasa is out of tune, I boleh faham 37% and gather it's about balek kampong but not staying in parent's home....due to facilities not to their, the children's liking.
    I guess today's children even as adults, not all, but a certain percentage has sadly taken this path.
    And yes, I can imagine the sadness felt by the mentioned parents.

    Maybe we can blame it on TV, media, whatever, but still....I think children should in a way return the goodness their parents showered on them when raising them.
    And yes, I personally have experienced children even ignoring sick parents, till it's too late, and they crying at the graveyard.
    It's too late.
    You keep well, Mokcik, best regards,
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Lee.. ya this is the story a mother who is hurt by her son and daughter in law's attitude.

      We should repay our parents kindness to us by at least visiting them once in a while and we should be fair to both sides. In this case, it is as if the son is being controlled by the wife.. and that's why his parents are unhappy.

      that is very true lee..we should wait until it is too late to be kind to our parents.

      have a nice day (dreaming part 3 wink) Lee hehehe..

      Delete
  7. jangan main-main ek... padahal orang tua kita yang bawa kita ke dunia ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksu...betul tu...hendaklah berlaku adil kan dengan mereka..

      Delete