Salam kenkawan.
Lamanya Mokcik tak update blog ni.
Mana taknya. 19-23.12.2011, Mokcik bercuti. Balik ke KT menjenguk rumah di kampung. Anak-anak sudah balik ke kampung terlebih awal sejak tiga minggu sebelum itu. Elok jer berjumpa sepupu2 mereka di kampung, langsung tak nak ikut Mokcik balik ke Putrajaya. Tapi malam2 bila Mokcik telefon, menangis2 kata rindukan Mokcik..alahaiii hehehe. Azza sampai demam2. Tapi masuk minggu ketiga, barulah kedengaran ceria sikit suara mereka bila Mokcik menelefon.
Aktiviti di kampung, setakat melepak kat rumah. Masak, makan, tengok tv dan apa lagi tidurrr...hahaha. Cuaca pulak memang sangat sesuai untuk aktiviti melepak. Hujan lebat sekejap-sekejap pada kebanyakan waktu sepanjang hari uolss.. Syukur juga kali ini hujan tidaklah terlalu lebat sangat seperti tahun-tahun sebelum ini. Sempat jugaklah Mokcik melawat sambil mengempiskan poket ke Pusat Tudung Desa Murni yang dekat sajork ngan rumah Mokcik. Harga tudung2 kat sana memang murah2 belaka...cumanya dari segi design agak terhad sebab tudungnya tidak eksklusif.. satu design ada berpuluh2 pasang hadoiii... kena sabar memilih untuk mencari yang betul2 berkenan di hati.
Kami bertolak balik ke Putrajaya pada hari isnin, 26 Disember. Mujur juga jalan tidak sesak. Syukur selamat sampai di Putrajaya sekitar jam 10 malam.
Oh ya..semalam adalah Hari Lahir yang ke 14 anak bujang Mokcik yang ketiga. Happy Birthday my dear Syed Hassan Badri..semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat, diberi keberkatan dan dilimpahi rahmat di dunia dan akhirat...aminn..
Hassan dgn Aini.. masa Mokcik bawa dorang jenjalan di Giant KT |
Oleh kerana Mokcik terlalu nak cepat masa nak tempah kek..tersilap letak umurnya..terlebih plak setahun hehehe.. takper la yang penting, ingatan untuk Hassan hehehe |
Sedappp...hehehe |
Oklah..sekian laporan untuk petang ini... daaaa...