Thursday, November 25, 2010

KERANA CINTA ATAU NAFSU?

Salam Kenkawan.


Baru-baru ini ada disiarkan dalam akhbar berkenaan ramai wanita yang sanggup berhijrah ke luar negara dan murtad akibat tidak tahan digantung tidak bertali oleh suami yang tidak berhati perut!


Agak menyedihkan. Perkara begini sepatutnya tidak berlaku. Bila membaca berita ini, terkenang kepada salah seorang yang pernah rapat dengan mokcik dulu. 

Kesahnya, A , berkahwin di usia muda dan  mempunyai dua orang anak.  Bahagia rumahtangga sekejap cuma bila suaminya buat hal dengan perempuan lain. Sebagai seorang yang masih muda dan cantik pula, adalah lelaki yang menunjukkan minat kepada A. Malangnya, suami A, walaupun kini tidak memperdulikan A dan anak-anaknya, enggan melepaskan A secara baik.  Setiap kali bila bercerita tentang suaminya, A akan mengatakan, "Dia yang berdosa sebab enggan menceraikan saya".

Setiap kali bila mengikut mokcik ke luar daerah, mokcik perasan A akan sering kali menerima panggilan telefon dari seseorang. A akan merungut-rungut setiap kali ada 'gangguan' tersebut. Pada masa yang sama, mokcik perasan cara berpakaian A juga mula berubah...dari agak seksi kepada bertudung dan berpakaian labuh. Bersimpati kepada A, mokcik pun minta kerjasama staff di pejabat yang mana kami bertugas luar daerah agar tidak melayan panggilan daripada seseorang yang didakwa A ini mengganggu dirinya.

Beberapa bulan kemudian, kami dikejutkan dengan perkhabaran bahawa A sudah melahirkan! Tambah terkejut beruk mokcik bila diberitahu lelaki yang menemani A ke klinik dan ayah kepada anak yang dilahirkan itu ialah....seseorang yang didakwanya sering mengganggu dirinya tersebut! Memang mantopsss sungguh lakonan A. Apa yang kami kesalkan adalah lakonan A yang bertukar perwatakan bertudung, memakai pakaian labuh, sebenarnya untuk menutup perut yang semakin membesar!  Status perkahwinan A dengan suami belum diselesaikan di mahkamah Syariah, tapi A sudah tinggal serumah dengan lelaki lain.

Kini, mokcik tidak tahu apa kesudahan cerita A kerana selepas itu A telah ditukarkan tempat kerja. Mungkin A juga bersalah kerana tidak dapat mengawal diri dari terjebak dengan suami orang tersebut, tetapi sekiranya suaminya tidak mementingkan diri dan bersetuju melepaskan A, mungkin perkara ini tidak berlaku.

Peranan mahkamah Syariah pula bagaimana? Berapa kalikah waran tangkap patut dikeluarkan terhadap suami yang enggan hadir mahkamah untuk mendengar kes2 seperti ini? Takkanlah mereka diberi peluang lepas begitu sahaja. Seharusnya ada guidelines....mungkin peluang tidak lebih daripada tiga kali...jika tidak hadir juga, mahkamah boleh membuat keputusan berdasarkan fakta yang ada dihadapan mereka.

Cerita lain pula, ni kisah B. B seorang isteri yang sangat baik. Kecil molek sahaja orangnya. Tiba-tiba suaminya buat hal dengan perempuan lain. B yang berdendam dengan sikap suaminya kini bertukar sikap. Dia merasa bangga dapat tidur dengan seberapa ramai lelaki yang berlain-lainan bangsa. Katanya sudah lebih 60 orang lelaki jadi mangsanya. Kami bergurau kepadanya, kami katakan mengapa bagi secara percuma, kenapa tidak mendapatkan sesuatu daripada teman-teman lelakinya itu. B cuma tersenyum.

Beberapa tahun kemudian, kami mendapat tahu B telah 'berkahwin' dengan seseorang. Lelaki itu memang mokcik kenal benar orangnya. Setakat yang mokcik tahu, B mendapat dua orang anak dengan lelaki ini. Selain daripada itu, B juga mulai mampu memakai kereta mewah, memakai baju berjenama dan mekap berjenama. B akhirnya "bersara" daripada aktiviti lama setelah bertemu dengan suaminya itu :)


Hendak disalahkan wanita-wanita ini 100% pun tidak boleh juga kerana perkara-perkara yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku sekiranya lelaki yang diharapkan dapat menjaga dan membela mereka berhati perut dan tidak mementingkan nafsu sendiri sahaja. Mahkamah Syariah juga harus melakukan sesuatu dan mempermudahkan proses sedia ada agar ketidakadilan tidak berlaku kepada wanita-wanita yang teraniaya.

What say you?

   

12 comments:

  1. nak salah siapa pun tak tahu...tp kita kalau selagi berpegang teguh kepada ajaran islam...mungkin tidak akan terjebak dgn benda2 yg tk baik...;)

    ReplyDelete
  2. cerita2 mcm ni sudah tak menjadi suprise. mmg perkara mcm tu berlaku...kena salahkan diri sendiri kerana tidak erat hubungan dgn Allah.

    ReplyDelete
  3. Sue,

    memang betul..tapi kalaulah lelaki dalam kisah ini tidak mementingkan diri sendiri kan..mereka boleh berkahwin lain, tapi adilkah isteri dibiarkan terkontang kanting..

    ReplyDelete
  4. Luna,

    Mokcik geram kerana wanita yang terlibat dalam cerita ni berstatus mualaf. Tanggungjawab siapakah itu untuk membantu mereka eratkan hubungan dengan Allah? Cukupkah sekadar si lelaki berjaya membawa mereka memeluk Islam untuk berkahwin, selepas itu ditinggalkan begitu sahaja. Sudahlah mereka disisihkan keluarga, dibiarkan terkontang-kanting, maka memang mudah rapuh iman yang baru nak berputik.

    Tambahan pula proses mahkamah untuk bercerai sangat susah...akhirnya ramai yang mengambil jalan mudah.

    ReplyDelete
  5. lelaki yg jd kepala r/tangga kena tahu main peranan, di samping itu pempuan pun tak leh lalai, dia adalah supporter dan bekap kuat kpd suaminya

    ReplyDelete
  6. azwa, i have a fren, mualaf jugak, tak tahu le masih islam atau dah tak islam, nama aje islam

    sedihnya, lelaki islam lah yang memperdaya mereka, mula nak ambik buat bini, macam semut, bila dah jadi bini diaorang mulalah tak bertanggungjawab

    keluarga kawan ummi ni pun ambik kesempatan lah ajak anak dia balik dok dengan mereka, tambahan bapa dia kaya

    so sapa nak jawab....

    bila kita nasihat dengan dia, dia cerita tentang keburukan suami dia dan itu dan ini, tak terjawab :(

    ReplyDelete
  7. Mak su,

    Itu yang diharapkan. Tapi jika bukan itu yang berlaku...kemana wanita hendak mengadu, tambahan pulak jika keluarga sendiri sudah tidak menerima. Kalau yang mendapat sokongan keluarga memang bernasib baiklah.

    ReplyDelete
  8. Ummi,

    Sadly itu yang berlaku. Kerana sikap orang Islam nama Islam yang jadi busuk..memang sedih.

    Kalau kat Sabah misalnya, ramai yang kita jumpa nama Islam, tapi agama lain. Rupanya, ibu mereka ini berkahwin dengan lelaki Islam yang kemudian dump mereka begitu sahaja. Akhirnya mereka kembali ke agama asal, dan anak-anak pun ikut sama dgn agama asal ibunya.

    ReplyDelete
  9. mok cik azwa..soalan akak juga.mahkamah syariah..dah dua orang sedara terlibat..bertahun2 kemahkamah..lama betul nak selesai..nasib baik tak de yang buat hal..hakim boleh tanya..awak ni..dah ada yang lain ke..nak selesai cepat sangat..
    baru2 ni sorang lagi..tangguh pulak ke bulan 12 nanti..macam macam hal..kesian..simpati..suami jugak buat hal tu..tak balik2 jumpa pompuan lain katanya..

    ReplyDelete
  10. azwa
    tepuk dada, tanya iman.. nak salahkan siapa pun tak tahu.. isteri yang lemah iman atau suami yang tak tahu tanggungjawab.

    zar sebagai kaunselor pun ada dua tiga kes suami org bercinta dgn isteri orang.. bercinta sakan sampai terlanjur..melopong juga zar dengar pengakuan panas tu.. Nauzubillah,.. dunia akhir zaman..

    ReplyDelete
  11. Kak erna,

    Itulah masalahnya. Soalan hakim tu seolah2 memperli wanita pulak. Salah ke kalau wanita tu dah ada orang lain dan ingin berkahwin?

    Must be something wrong with the system.

    ReplyDelete
  12. Zar,

    Memang banyak juga kes dimana isteri mudah sangat tergoda sehingga lupa rumahtangga.

    Apa yg nak ditekankan adalah jika kes dah sampai ke mahkamah, wajarkah suami dibiarkan melengah2kan proses perceraian sedangkan sudah bertahun2 suami tidak memperdulikan isterinya.

    Entahlah..adakah manusia akhir zaman bertambah ramai yang jadi jahat, atau sistem yang ada menjadikan manusia jadi jahat..

    ReplyDelete