Monday, November 15, 2010

NASIHAT KEPADA KAWAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam Kenkawan.

Pagi tadi dapat panggilan dari kawan setugas. Katanya pagi ini kaki kiri dia terasa kebas. Hingga terpaksa dipapah oleh anaknya ke Mahkamah.Dia minta arahan  Mokcik, sama ada nak tunggu peguam yang tak muncul2 sedangkan arahan untuk hadir jam 8.30 pagi. Katanya dia dah tak tahan sakit. Mokcik cadangkan dia berjumpa dengan pegawai berkenaan dan failkan sahaja hujahan kepada Mahkamah. Dia ada perbincangan kes pagi ini juga katanya. Mokcik kata pada dia.."Your health is more important. just go and see the doctor. Someone else will look after the case."

Kawan ini dulunya bertugas di Penang. Kerja disana memang agak banyak dan dia terpaksa menarik dan mengangkat beg-beg yang berat untuk urusan kerja. Akibatnya, beliau menghidap HERNIA! Baru sahaja beberapa minggu lepas dia menjalani pembedahan.

Mokcik katakan kepadanya, dia sepatutnya berehat sehingga betul2 sembuh. Tapi katanya, bosan duduk dirumah.  Hari sabtu lepas, dia pulak terlupa dia baru sembuh dari pembedahan. Dia pulak terover rajin ikut mengangkat kotak2 fail untuk proses pelupusan fail.  Hah..akibatnya, kaki kirinya jadi kebas dan tak boleh bangun. Terus Doktor beri MC dua hari.


Definisi Hernia dari SINI

Definition

A hernia is usually a sac formed by the lining of the abdominal cavity (peritoneum). The sac comes through a hole or weak area in the fascia, the strong layer of the abdominal wall that surrounds the muscle.
The types of hernias are based on where they occur:
  • Inguinal hernia appears as a bulge in the groin. This type is more common in men than women. The bulge may go all the way down into the scrotum.
  • Femoral hernia appears as a bulge in the upper thigh. This type is more common in women than men.
  • Incisional hernia can occur through a scar if you have had abdominal surgery in the past.
  • Umbilical hernia appears as a bulge around the belly button. It occurs when the muscle around the navel doesn't close completely.



Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita bersama. Kita mungkin merasa sihat, tapi selepas pembedahan perlu masa untuk sembuh sepenuhnya. Mokcik pun tak mahu bebankan dia dengan kerja yang teruk2 dahulu, walaupun dia sanggup. Mokcik pernah mengalami saat pembedahan C-section anak ke lima...alahai...kerana tidak terasa sakit, selepas seminggu pembedahan...seolah2 terlupa kita ini baru bersalin. Tiba di rumah, mokcik terlihat sampah di atas lantai. Secara spontan, mokcik membongkok mengutip sampah tersebut.

Nah engkau...bila mokcik kembali bangun, tiba2 mokcik nampak bintang2! Mujur tidak pitam!

Kerja boleh didelegate kepada pegawai lain, tapi kesihatan kita...sakit pening kita, kitalah menanggung sendiri.

Semoga kawan mokcik cepat sembuh!

DAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA ESOK, MOKCIK INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA AIDIL ADHA, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KORBAN PADA YANG  BERKORBAN TAHUN INI.
HATI-HATI DALAM PERJALANAN. BIAR HANYA KAMBING, UNTA ATAU LEMBU SAHAJA YANG DIKORBANKAN, BUKAN NYAWA ATAU HARGA DIRI KITA.

JUMPA HARI KHAMIS, INSYAALLAH.

14 comments:

  1. semoga kawaan mokcik cepat sembuh..memang ada yang macam tu mok cik terlupa kesakitan..kerana kerja..komited dan tak suka kerja tertangguh dan tak mau pulak kawan terbeban kerana mengambil alih kerja yang sepatutnya dia yang buat..
    btul kata mok cik..diri kita..kesihatan kita kesakitan kita..kita sendiri yang tanggung..

    ReplyDelete
  2. kena ingat tu.. kami tak lama lagi nak berpindah randah... dah dapat notis kena kosongkan bangunan tu bukan Jun hehe

    ReplyDelete
  3. Kak Erna,

    memang betulll..

    masa kita sehat, memang tenaga dan kemampuan berfikir mengatasi masalah kita diperah sehabisnya, bila sakit, belum tentu jerih payah kita selama ini akan dikenang.

    selamat hari raya aidil adha kak!

    ReplyDelete
  4. Zino,

    Kena ingatkan diri sendiri demi kebaikan diri sendiri dan keluarga juga hehehe

    Selamat hari raya aidil adha juga!

    ReplyDelete
  5. azwa

    secara psikologinya,kalau staf sakit even hanya demam, suruhlah dia cuti sakit sebab kalau dia bekerja pun , kita tak akan dapat 100 fokus dan concertration drpda dia. biar dia rehat dan bila sudah sembuh sepenuhnya dia akan bagi yang terbaik..

    pengalaman zar sakit tahun 2007, zar dapat boss yang sangat tak memahami, maklumlah penyakit tak nampak kan.. bila zar dah pengsan kat opis baru memasing kelam kabut..

    ReplyDelete
  6. Itulah zar, kami memang minta dia dok rehat sampai betul2 sembuh, tapi dia pulak yang tensen dok rumah. Kerja pun setakat ni memang mokcik beri yang tak memerlukan dia menarik beg berat2 atau kalau perlu pun ada pegawai pembantu...tapi kesahnya dia dilantik jadi pengerusi projek pelupusan fail..bila tengok orang lain dok angkat kotak, dia pulak terlupa keadaan dia...kan dah sakit.

    Kebetulan hari sabtu tu mokcik tak ada (mokcik balik Sabah). Pegawai lain pulak terlupa dia baru operation, takde sapa larang dia angkat kotak...Kami pun baru tahu keadaan dia bila dia call dari court...alahai, padahalnya kalau dia call awal, boleh sahaja minta pegawai lain hadir.

    semangat dia nak kerja tu memang bagus, tapi itu lah kalau sampai membahayakan diri memang mokcik tak setuju.

    Eloklah doktor beri dia rehat sampai sehat...semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. betul tu, kesihatan paling utama. duit byk pun x leh beli kesihatan. kita bergerak ikut usia...

    and selamat hari raya aidiladha :)

    ReplyDelete
  8. Hi Mokcik, selamat hari raya haji to you and all at home.
    Hey....I know you one Hot Shot lawyer, bila kalan ni da jadi health person da keluar hernia info? Ha ha.
    But very interesting.
    Saya bachah pun takut.....

    You have a pleasant festive holiday.....stay easy, relax.
    I'll see you in court, Lee.

    ReplyDelete
  9. Salam eid adha

    Dah poei motong daging korban ko?

    ReplyDelete
  10. Maksu,
    Memang kesihatan perlu diutamakan..kaya raya kalau diri tak sehat pun tak guna gak..

    ReplyDelete
  11. Hello Lee,

    Itulah my colleague who have just had his operation to remove hernia, get over excited and forgot that he had just recovered. Today he came to work, limping..so kesian.

    I celebrated my aidil adha quietly at home, did not go anywhere pun huhuhu..

    have a nice day Lee

    ReplyDelete
  12. Mamawana,

    tak kemana2 pun.

    Hari sabtu baru nak laksanakan niat korban kat kampung.

    ReplyDelete
  13. en_me,

    ye..semoga beliau cepat sembuh la hendaknya

    ReplyDelete