Thursday, November 4, 2010

"AWAK KAT MANA? BETUL KE TENGAH MESYUARAT?"

Salam kenkawan.


Semalam, seperti biasa mokcik balik selepas maghrib. Dalam pukul 6.45 macam tu, dua orang pegawai, A dan B di bawah unit mokcik datang berbincang dengan mokcik. Sambil  kami berbincang tentang strategi pengendalian kes, tiba-tiba telefon A berbunyi. 

"Ye, ye..kejap lagi abang balik. Abang kat bilik puan ni bincang pasal kes."

Mokcik tak salahkan A. Memang sudah habis waktu pejabat pun. Cuma yang mokcik perasan, beberapa kali kami tengah dalam perbincangan, semasa waktu pejabat, selalu benar isterinya menelefon. Dulu, masa dia pregnant dan ada masalah kesihatan, kami taklah kesah sangat. Mungkin ada benda urgent ke nak cakap kan. Tapi la ni dah bersalin pun, kerap sangat dia menelefon A. Mokcik pun tak kesah pegawai2 ni  balik awal [read : balik ikut masa pejabat dorang!], tapi kadang-kadang bila dah berbincang tu lagi banyak idea dapat disumbangkan. Tu yang kadang-kadang ada yang terlajak balik tu. Beban kerja A pun mokcik dah cadangkan padanya untuk dilepaskan kepada orang lain, tapi sebagai seorang yang memang rajin dan berdedikasi kepada tugasnya, A agak sayang melepaskan fail-failnya.

Mokcik memang bersyukur tiada masalah seperti ini. Cuma kadang-kadang jikalau cik abe called dan mendapati mokcik masih kat pejabat, dia akan kata..."Baliklah, dah malam ni." Dia risau kita balik malam2. Tapi mokcik terangkan kat dia, mokcik stay back sebab mokcik rasa balik rumah pun tak ada benda yang penting untuk dikejar juga. Lainlah kalau suami dan anak-anak ada kat rumah...hehehe.  Lagipun, mokcik akan stay back kalau ada officer lain yang stay back...sebabnya ada juga cerita2 seram berlaku kat pejabat ni huhuhu

Tadi berbual dengan seorang staf mokcik yang baru berkahwin lepas raya tempohari. Katanya, ada  kawan dia  yang juga baru berkahwin lepas raya baru-baru ni. Suaminya dapat kerja lecturer, sementara isteri belum ada rezeki, tak dapat kerja lagi. Yang pening tu, siisteri tak berkerja, tapi tak nak duduk dengan suami di KL ni. Dia dok kat kampung. So suami la kena berulang setiap minggu. Isterinya pulak, setiap jam akan menelefon bertanyakan gerak geri suaminya sampai suami naik rimas. Bila suami kata ada kelas, siisteri tak percaya. Kalau suami tengah mesyuarat, kerjanya asyik membalas mesej isteri yang dok curiga kat lakinya.
Nak jadi cerita, as a lecturer, beberapa minggu lalu adalah kerja, maka suami tak dapat balik. Minggu lepas tu tak balik juga, sebab konvokesyen. Minggu lepas tak balik sebab kena kerja luar. Yang harunya, jadi isu la pulak. Isteri mengadu kat ibubapanya...yang ibubapa boleh pulak pi sound kat besannya, bertanya kenapa menantunya tak balik!  Sampai keluarlah kata-kata, tempat isteri ialah disisi suami....alahaiii....tu yg kami pelik...heloooo...yang isteri tu tak kerja, apa alasannya tak mahu ikut suami di KL? Dan kalau suami tak dapat balik, apa salahnya engkau pulak turun ke mari kan? Yang makbapa pula nak babitkan besan apa hal? Sepatutnya nasihatkanlah anak tu...memang tak faham...




Yang ini pulak cerita suami yang terlampau sayang atau terlampau over mengongkong isteri. Ada kawan mokcik ni yang kebetulan suaminya berkerja di pejabat yang bersebelahan bangunan dengan pejabat kami ni. Yang kami pelik, si suami tu takde kerja ker? Setiap jam kami akan nampak suami itu datang ke pejabat kami, membawa makanan lah, minuman lah untuk isterinya. Kalau dia nampak isterinya tengah berbincang dan dalam perbincangan itu ada pegawai lelaki, walaupun yang jauh lebihhh mudaaaa dari isterinya, dia akan terus datang dan MEMELUK ISTERINYA DIKHALAYAK RAMAI DAN MENARIK ISTERINYA KE BILIKNYA!  Semua orang pun terpinga2...maklumlah tengah berbincang, bukannya tengah menggatal. Dah tu isterinya itu ketua unit, maka memang patutlah semua orang nak berjumpa dan berbincang untuk mendapat keputusan dari isterinya kan...

akhirnya siisteri jadi kera sumbang...bukan apa, tak ada siapa larat nak berkawan dengannya kerana, diajak keluar makan, suaminya akan bawa makanan atau diapun nak ikut sama. Kemana-mana isteri nak pergi dia tak beri isteri driving sendiri, dia akan hantar dan mencari alasan [misalannya: buat2 membasuh kereta dari pagi hingga ke petang] supaya isteri terlambat atau tak jadi pergi. Mokcik memang simpati dengan kawan mokcik tu, dan kagum kerana dia masih boleh menghasilkan kerja yang bagus, sungguhpun dikongkong suami sedemikian rupa. Kalau mokcik ditempatnya, dah lama agaknya mokcik memberontak!  Isteri nak ke tandas wanita ambil air wuduk pun dia akan ikut sambil memegang selipar isterinya...alahaiii...

Pada mokcik, sebagai suami isteri perlu ada sikap saling percaya mempercayai. Takkanlah beri ruang langsung pada pasangan untuk menjalankan tugasnya...selepas waktu pejabat lainlah citernya. Selagi pasangan balik pada masa yang munasabah, dan memang kita ketahui dia berada di pejabat, jangan pula kita ini menambah lagi kepenatan pasangan dengan mempamerkan muka masam kelat pulak. 

Sesekali menelefon pasangan di pejabat tak salah, tapi jangan melenting kalau panggilan tak berbalas. Mungkin dia tengah bermesyuarat, mungkin tengah menghadap bos, mungkin juga berada di tandas! Kecuali kalau perkara penting sangat yang perlu mendapat keputusan segera, barulah menelefon pasangan.  Sesekali  menelefon dibolehkan tapi bukanlah macam pegawai penyiasat yang bertanyakan segala pergerakan kita.  
Kan seronok kalau pasangan tiba-tiba menelefon,  "Heloo"

"Hellooo...assalamualaikum. Ada kes ker?"
"Takde. Kat opis. Naper?"
"Tak de ape. Saja. Rindu."




Owchhh...mesti tak sabar nak tunggu jam menunjukkan pukul 5.30 petang sebab nak balik cepat...hehehehe

Have a nice weekend semua.

12 comments:

  1. azwa,

    keja macam ummi ni tak boleh jawab telefon masa dalam kelas, kalau 3 jam, 3 jam lah dalam kelas? camana tu?

    kejujuran tu yang penting :)

    ReplyDelete
  2. Ummi,

    itulah..pasangan kena faham akan tugas suami/isterinya kan. Bila call dan pasangan tak menjawab, kena lah faham.

    kejujuran dan saling percaya mempercayai memang penting dalam perhubungan..

    ReplyDelete
  3. ye..betol cakap mokcik tu.. sebab tu saya jarang amat nk call obek kalo waktu kerja melainkan terpaksa ada urgent. dia pon mcm tu. sama2 faham kehendak tugas. tai kadangtu terbabas jugak.. bak kata fadzilah kamsah..sesekali send sms berbentuk rindu tu adalah motivasi kepada keduanya! hehehhee..

    ReplyDelete
  4. azwa

    sangat setuju dengan entry ni..
    tambah kerja macam zar .. masuk hutan dengan team yang kebanyakann bujang muda belia hensem belaka.. harus tergugat cik hubby kalau diikut ikutkan tapi bak kata azwa kepercayaan dan kejujuran sangat penting.

    zar pun kalau nak tergugat kat universiti tempat kerja hubby tu , siswi 2 sekarang sangat daring.. depan kita dia boleh cakap meleseh dengan hubby kita.. tapi sekali lagi kejujuran dan kepercayaan sgt penting

    bertolak ansurlah kan.. insyaAllah aman rumahtangga

    ReplyDelete
  5. salam azwa..he he..hari ni..mok cik meluahkan perasaan..
    betul belaka..kepercayaan adalah sangat penting..

    ReplyDelete
  6. Hi Mokcik, I never did like phone calls like this.
    Fortunately I have a 3 filters, ha ha....all calls go thru either one of my secretaries.
    Betul lecheh get one like you did....but I guess that happens a lot your kind of occupation.
    Have a beautiful sunday, relax....Lee.

    ReplyDelete
  7. Leeya,

    Betul tu sesekali takper terrcall...terrrsms..tu tanda sayang dan rindu hahaha

    ReplyDelete
  8. Zar,

    Aduhh...memang sungguh! Kalau kita dok asyik fikirkan yang buruk, takut2 jadi doa pulak...kang berlaku, kita juga yg susah. Macam cik abe mokcik kata...godaan2 dan cabaran ni kita jangan mulakan, dan jangan dilayan, insyaAllah selamat.

    ReplyDelete
  9. Kak Erna...bukan apa kak..kesian tengok kawan mokcik tu. Memang dia pekerja yang sangat rajin dan menjadi tempat rujukan kat pejabat kami ni. Dia pula tak lokek ilmu, sebab tu pegawai2 muda suka merujuk kepada dia. Kesian kat dia sebab isterinya macam payah nak memahami keadaan kerja suaminya.

    ReplyDelete
  10. Lee,

    hahaha...how very fortunate ya. Furthermore, you dont use handphones so no problem la. nowadays, everybody [well almost hehehe] owned a handphones that some jealous spouse expect their other half to answer even while downloading! Cant stand that kind of person la hahaha.

    have a nice day too Lee

    ReplyDelete
  11. chenta x semestinyer bersateww mokcik kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  12. en_me...well sayangkan isteri tinggal-tinggalkan hehehe

    ReplyDelete