Hari ini bermula dengan agak ceria. Semalam berjaya menghabiskan hutang puasa Ramadan lepas. Pagi ini pasang lagu Maher Zain dan buat kerja. Memang bertimbun fail atas meja. Mokcik ambil yang mudah2 dulu. Surat2 untuk ditandatangani, yes! Berjaya dikeluarkan dari bilik mokcik. Fail2 yang perlu arahan, ketepikan dulu. Fail2 yang perlu mokcik berfikir separa berat, letak sebelah kanan. Relakkan dulu fikiran yang sudah digunakan semaksimumnya beberapa minggu lepas.
Buat entry dulu. Lepas ni baru sambung dengan meneliti surat2 masuk. Huii...setiap hari banyak juga surat2 masuk untuk unit baru mokcik nie. Banyak sangat ker penjawat awam yang melakukan kesalahan dan kecuaian sehingga bertalu-talu surat saman masuk??? Masih agak merangkak2 mokcik disini. Maklum belum familiar dengan kod fail anak2 buah. Takper, sebulan lagi ok la nie.
Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari pejabat boss besar. katanya ada jemputan tahlil petang ni di surau pejabat di presint 4. Pertanyaannya, "Puan akan hadir?". Tapi bunyi disana macam arahan bukan pertanyaan. Terkesima sokojap mokcik..."eh..ya..ya..insyaAllah saya hadir." Sebenarnya nak melepaskan diri. Bukan sebab tahlil. Sebab yang dijemput semua bos-bos, kita yang kecil2 nie...alahaii..segan la pulak. Pergi segan, tak pergi pun segan...alah..pergi jer la mokcik...relak la... :) Pandai2 la bawa diri karang...
Oklah mokcik nak menelaah senarai status kes anak2 buah mokcik ni. Petang nanti ada mesyuarat. Sehingga jumpa lagi...chewaahh..jaga diri kenkawan baik2...jangan nakal2.. daaaa...