Tuesday, September 1, 2009

SEPTEMBER


Pejam celik sudah masuk 1 september 2009 hari ini.
************
Rasa macam baru sahaja masuk ke tahun 2009, tup tup sudah nak hampir sampai ke akhir tahun.
************
Salam merdeka semua. Kalau di Sabah, keraian ini sampai 16 september sempena memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Di Terengganu semalam, mendung sepanjang hari. Sudahnya kami anak beranak menghadap tv sajork la. Yang mokcik perasan iklan yang dok asyik keluar kat tv sekarang ni ialah iklan pasal PLKN yang ada pelakon cilik yang baru sajork mendapat anugerah dalam pesta filem baru-baru ini. Tak tahu la itu untuk bulan kemerdekaan atau untuk promote PLKN. Tapi memang tak boleh lawan lagi iklan2 untuk kemerdekaan buah tangan arwah Yasmin Ahmad. Di bulan ramadhan ini juga terasa juga kehilangannya bila mendengar alunan suara arwah Ustaz Asri. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya.
***************
Berada di kampung selama tiga hari terasa amat bahagia sekali. Sempat meraikan secara amat sederhana hari lahir Yusuf, putera sulung mokcik yang jatuh pada 30/8/2009. Sekejap sajork dah berumur 14 tahun anak umi nie. Umi doakan semoga Yusuf akan jadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala kejahatan di dunia dan akhirat serta menjadi manusia yang berguna kepada Agama dan negara. Untuk Yusuf sempat mokcik masak mee goreng basah kegemaran sekeluarga dan kari ayam versi mokcik hehehe...Hassan request untuk ayam masak merah versi mokcik juga. Yang ni punya request kena adjourn ke minggu depan. Ni penting juga untuk menaikkan moral Hassan yang akan menduduki UPSR minggu depan. Umi wish Hassan all the best dalam peperiksaan kelak.
************
Mokcik kembali ke Putrajaya semalam dengan bekalan bersahur masakan mama...paru goreng dan ikan masin hehehhe. Mokcik tiba di rumah jam 12 malam. Tengok semua orang dah tidor...kat ruang tamu! Ibu landlady, bibik dan anak sulung landlady. Di luar nampak kereta cousin landlady.. so he must be sleeping in the room below. Somehow, mokcik tak rasa tertekan sangat buat masa ini. Sekurang2nya ada orang lain di rumah..cuma rasa guilty melihat ibu landlady tidur di ruang tamu ( walaupun memang biasanya dia dan anak2 landlady memang tido kat situ...sejuk kata mereka, dlm bilik panas).
*************
Sebentar tadi terima panggilan dari cik abe. Katanya Aini tak ke sekolah hari ini. Puas dipujuk, dia enggan. Hmnnn...memang agak manja skett anak dara sulung mokcik nie. Hari ahad lepas masa cik abe nak angkat dia ke bilik air dia protes! Mula2 mokcik pujuk2 dia masih membatukan siri. Akhirnya mokcik buat2 merajuk....maka keluarla kata2 berbaur ugutan..."ok kalau aini tak nak gi sekolah takper...petang nanti umi bawa azza jer gi beliii kek Yusuf."
*********
Diam.
**********
Beberapa minit kemudian mokcik pergi ke tempat dia berbaring. Cium dahinya dan ajaknya gi mandi. Alhamdulillah dia mengikut. Cik abe yang baru keluar dari kamar mandi tersenyum kambing melihat Aini mahu pula mengikut kata mokcik.
********
"Nanti petang nanti awak telefon dia suruh gi sekolah. Tak kuasa dah nak pujuk dia."
*********
Kesian cik abe. Ye la dah la pepagi nak berkejar nak ke sekolah dia yang jauh ya amat tu...anak dara ni pulak buat perangai.
*********
Kalau la mokcik ada bersama mereka kan senang...hmnn...nak buat camana...gini la keadaan buat waktu ini. Kena la bersabar banyak2...

10 comments:

  1. Salam mokcik,
    mesti sedap mee goreng basah tu...mmmmm.

    Happy birthday untuk yusuf..Amin.(yang mokcik doakan)

    good luck jugak untuk Hassan (periksa 8/9 kan)..

    ReplyDelete
  2. hepi besday utk Yusof..

    anaka saya si aina x suka iklan plkn si haziq tu.bosan katanya.
    siap suh tukar channel lagi..
    saya pun..dahlah lama

    ReplyDelete
  3. Sabar Azwa

    dugaan sungguh kan bila berjauhan ni.. betul betul kena nekad dan tekad ni..

    Good Luck untuk Hassan ya..

    Happy Birthday to Yusof

    ReplyDelete
  4. Azwa...

    Nak jawab pertanyaan entry yg stress tu, PO tu namanya Ahsan saya rasa bukan Hassan, kalau Hassan PO takde nama tu, yg ada Ahsan jer budak Kelantan...


    Mencabar sungguh duduk berjauhan ni terutama anak2 menghadapi peperiksaan...takper sabarlah...

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir untuk yusof

    auntie aminkan segala yang mama yusof doakan

    sabar ye azwa, kadang2 budak2 ni suka tunjuk tantrum, protes bila ada yang tak kena di hati mereka :(

    ReplyDelete
  6. wahh...hepi belated besday utk YUSOG mokcik tew...

    dugaan kan..susah klu PJJ ni...

    ReplyDelete
  7. wahh..dah besar ye anak mokcik. syukurrr....penuh agenda cuti 3 hari ye.. bak sikit kari special tu. hehehe...

    ReplyDelete
  8. Ijah,

    nak kata sedap sangat takde la..tapi agaknya sesuai dengan selera dorang...cik abe n anak2 tak gemar mee keras hehehe

    tengkiu atas ucapan to Yusuf n Hassan

    Irfa,

    Thanks.

    Iklan tu panjang sangat kann..lagipun satu hari sampai seribu kali asyik2 iklan sama...tensen mokcik

    Zar,

    Tu la pasal...nak buat camno kena la kuatkan hati meredah cabaran nie..

    Tengkiu for the wishes.

    ReplyDelete
  9. Salwa,

    Ooo...betoi la tu Ahsan orang Kelate..kabarnya tak berapa sihat ya.

    Itulah..kesian kat anak2..hopefully everything will be ok.

    Ummi,

    Tengkiu for the wishes.

    Aini memang terlebih manja sikit...hehehe...tapi biasalah cik abe tak dapat nak melayan karenahnya pagi2 sebab kena bergegas ke sekolah...kena la uminya yang pujuk thru the phone huhuhu

    ReplyDelete
  10. Intan,

    Tengkiu..

    Yang bestnya PJJ nie selalu rindu2an...yang tak bestnya sebab tak dapat nak bantu cik abe tengok2kan budak2 tu..sabo jer la

    Saya,

    Memang tak terasa pun masa berlalu..baru jer rasanya Yusuf dilahirkan 30/8/95...tup2 dah besar dah ..

    nak kari ayam..jomm..hehehe

    ReplyDelete