Tuesday, June 9, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH



Mokcik baru balik dari bank..berpeluh dibuatnya...


Semalam sebaik mokcik menjejakkan kaki di Putrajya Sentral itu, alangkah terkejutnya mokcik kerana kereta yang diletakkan kat situ telah ghaib! Hadoii...semasa ketiadaan mokcik (balik kampung) kereta digunakan oleh housemate mokcik. Perjanjian kami, dia akan letak kereta di tempat parking depan stesen erl itu untuk memudahkan mokcik balik ke rumah. Jadi alangkah terkejutnya bila mokcik round parking lot dua tiga kali, tak jumpa kereta mokcik.


Terpaksa la koling2 member2 yang ada di Putrajya. Malangnya masa cuti sekolah ini semuanya sedang bercuti... Agak lama mencuba, dapatlah sorang kawan yang juga sedang bersiap2 hendak balik ke Kepong nak balik ke Perlis. Atas semangat setia kawan dia sanggup datang untuk membantu mokcik bersama2 4 orang lagi junior officer kami. Kami pun ke Balai Polis yang kebetulan tak la jauh sangat dari stesen erl. Citer punya citer terlintas nak minta depa check mana tahu keta kena tarik...


Mokcik pun tak tahu nak cakap apa, ini memang satu hari dalam sejarah dalam hidup mokcik...sangat memalukan sepatutnya. Tetapi perasaan lega mokcik mengatasi segalanya...sekurang2nya mokcik tahu keta mokcik berada dalam simpanan huhuhu. Ingatkan tak nak citer kat asben keta hilang...bila tahu keta kena tarik terpaksa juga call dia kerana kereta atas nama dia.
"Oo yer la... sejak minggu lepas lagi bank ada call.."
"Hah tu la tak peringatkan..."
Adoii...dah ler baru semalam berkejar gi renew road tax kereta satu lagi...syukur takde apa2 kejadian tak diingini berlaku. Cik abe hanya sedar road tax dah luput masa berada di Kelantan kerana menghadiri akad nikah sepupunya...
Syukur la semuanya dah selesai. Itu lah pengalaman mokcik..semenjak datang ke Putrajya memang bermacam2 kisah berlaku..pahit manis masam kelat, semua itu menjadi pengajaran yang berharga buat mokcik...lepas nie kena check pulak lesen memandu ker whatever yang patut...takut2 terlepas pandang kang tak pasal2 anda akan mengalami satu hari dalam sejarah anda...

12 comments:

  1. kesian nya mokcik...tapi takpe keta tu ada kan?

    ReplyDelete
  2. Mau tak terperanjat ye Mokcik...kereta tetiba ilang...seb baik segalanya dah selesai...

    ReplyDelete
  3. pengalaman mematang kan kita betul kan hehe.. kami ada satu kes.. kereta yg di tarik tidak ti tuntut.. akhirnya di lelong.. lepas lelong baru ada yg mengaku kereta dia hehe..

    cam mano nak buek tu..

    ReplyDelete
  4. Kak elle,

    that's rite...at least keta tu diketahui lokasinya huhuhu..

    Kak Lady,

    Maunya tak terkejut. Sebenarnya masa ketiadaan mokcik, kawan serumah yang guna keta. So bila dia balik kampung hari sabtu lepas, dia park keta kat stesen erl seperti biasa dlm perjanjian kami. Mana mokcik tak terkujat bila cari2 tak jumpa keta. Ingatkan kawan silap parking.

    Berkali2 tepon dia tanya utk pastikan. Dah tak tahu apa nak buat terpaksa la cari kenkawan sepejabat. Alhamdulillah mereka semua sudi membantu...kebetulan kawan ni kenal dengan salah sorang anggota kat balai, jadi mudah skett nak berurusan.

    Memang lega semua dah selesai.

    Zino,

    Ya betull...kejadian ini memang sesuai sungguh dengan kerja mokcik sekarang iaitu tukang kutip hutang hahahha

    hah..kes zino ni lagi teruk ya..agaknya dah dilelong baru dia perasan itu keta dia. ataupun dia lagi terer, proses keluarkan keta lepas lelong lagi mudah kut..

    ReplyDelete
  5. testing testing ghitewww.. ehehe, salamm makcik

    ReplyDelete
  6. En_me,

    testing testing one two three...salam to u too

    ReplyDelete
  7. kalau lupa parking mana pun dah gelabah

    ini kan pula

    kereta tu ghaib .....

    ReplyDelete
  8. azwa, lama x baca blog azwa dah..nk kena panggil mokcik gaks ker..hehee

    ReplyDelete
  9. maaf tak paham.tp tu keta sapa?
    kena tarik sbb x bayar road tax ke?

    ReplyDelete
  10. Pb,

    tu la pasal...hari ini dalam sejarah keta ku ghaib...

    Nina,

    Ninaaaa...loonggg time no hearrr...ihikss...mana2 pegi pun orang dah panggil mokcik...tu yg letak nickname mokcik tu hehehe

    Irfa,

    Gara2 short bayar bulan lepas RM6.00 keta ku ditarik. keta atas nama cik abe, mokcik guna...digunasama dengan housemate. Maknanya bila mokcik gi otstesen atau balik kampg dia guna keta tu...

    ReplyDelete
  11. makcik

    haru sungguh kan..

    zar pulak sabtu lepas lupa kat mana parking kereta di LCCT.. puas lah ronda sampai kena minta tolong security.. haru sungguh

    semoga semuanya dah selesai yer azwa

    ReplyDelete
  12. Zar,

    hadoii..memang haru kalau lupa parking keta kat mana, kalau lesap lagiks haru biru huhuhu...sabor jer la...

    alhamdulillah dah selesai semenya

    ReplyDelete