Thursday, June 18, 2009

KEMAMAN HERE I COME


Esok Jumaat...yippeee boleh balik kampung...


Minggu lepas anak2 seme merajuk sebab mokcik tak balik. Makanya minggu ini mokcik kena la balik..baru bercadang2 nak tempah tiket airasia tiba2 pulak boss tawarkan untuk menghadiri Persidangan di Kemaman. Alhamdulillah...minggu ini boleh balik kampung tambang ditaja oleh gomen. Dari rumah mokcik akan bawa kereta untuk ke tempat penginapan semasa persidangan...somewhere in Cherating.






gambar tiada kena mengena dengan entry ini...



Semalam, waktu makan tengahari entah kenapa hati digamit2 untuk ke Alamanda. Padahalnya memang malas nak keluar kemana-mana. Macam dipanggil2 mokcik memandu menuju ke Alamanda dan seterusnya membeli makanan kat salah satu gerai kat Rasa. Tup2 terpandang wajah yang macam ku kenal....


"Assalamualaikum"


"Waalaikumusalam..eh...puan..duduk..sila duduk puan.." Sambil perkenalkan mokcik pada rakannya yang tengah makan.


"Ni adik ipar saya.." mokcik menerangkan pada rakan beliau yang agak terpinga2 itu...


muahaha...adik ipar mokcik nie memang dari dulu sehingga sekarang panggil mokcik puan hehehe. Agaknya berat mulut nak panggil kakak kerana dari segi umur dia lebih tua setahun dari mokcik. Tambahan pulak satu masa dulu kami, iaitu adik ipar mokcik tu, cik abe dan mokcik pernah mengajar di sekolah yang sama sebelum dia dan mokcik dapat kerja sekarang.


Minggu lepas masa adik mokcik ada di KL, seminggu berjanji nak bertemu tapi tak kesampaian sehingga mereka balik ke Sabah. Tup2 hari ini bertemu pulak ngan asben dia yang kebetulan ada kerja di Putrajaya nie...keciknya donia nie kan... dan dari kawannya mokcik dimaklumkan isteri rakannya tu memang ambil tempahan jahit baju...wow..mokcik pun tengah cari tailor nie..dekat pulak tu kat Presint 9 katanya...alhamdulillah..patut la macam dipanggil jer ke alamanda hehehe...







7 comments:

  1. beslah mokcik dah jumpa tailor.. kalau dia jahit sedap.. boleh rekemen kat kawan kawan yer

    ReplyDelete
  2. Bagus lah tu bolih jumpa anak2 dan cik abg yg tentu merindui mokcik...haha...have a good weekend:)

    ReplyDelete
  3. Dpt balik kampung ditaja gomen yang best tu...dptlah jumpa anak2 kat kemaman...

    Hehhee...gelihati bila mokcik kata adik ipar panggil mokcik puan...

    ReplyDelete
  4. Zar,

    Baru tahu, tak sempat hantar lagik pun kainnya. wokey klu ok kita war2kan okeyy boss..

    Kak Elle,

    Macam tahu2 ajer wakakaka...thanks kak. U too have a good weekend.

    Kak Anie,

    Ihiks..kebetulan persidangan tu kat area sana, jadik macam serampang dua mata la hehehe

    Adik ipar mokcik tu memang cenggitu..sampai kenkadang adik mokcik pun terikut2 panggil mokcik puan gak...

    ReplyDelete
  5. memang kecil dunia ini. ke sana ke sini mesti jumpa dengan orang yang kita kenal

    semakin umur meningkat semakin ramai kawan yang kita ada :)

    so selamat balik ke kemaman :)

    ReplyDelete
  6. En_me,

    yee..hari ni dah jumaat dah..sokojap ajer masa berlalu kan

    Ummi,

    Betoi tu...memang donia ni semakin kecil. Bagus juga supaya kita lebih berhati2 dalam tindak tanduk kita kan.

    Ehem..kenkawan, rumah mokcik ni kat Kuala T'ganu..cuma Persidangan yang mokcik kena hadiri ni kat Kemaman huhuhu..kira balik kampung juga la kan ittewww...

    ReplyDelete