Monday, March 30, 2009

MESYUARAT LAGI DAN LAGI DAN LAGI

Salam kenkawan. Bagaimana wiken anda sekalian? Menggembirakan atau sebaliknya?
Wiken mokcik, macam biasa. Betul2 spend the time with my family. Itu lah hutang mokcik dengan mereka memandangkan sejak januari lalu mokcik jarang ambil cuti...hatta masa cuti sekolah tempohari pun mokcik tak bercuti langsung. Kesian juga kat anak-anak.

Semalam, mesyuarat mokcik tamat pukul 6 petang. Ingatkan balik pukul 6.30 petang jalan dah tak jem. Of all the days tu, semalam jem dari persimpangan JPJ menuju ke Mydin Mall dekat sejam. Dalam fikiran mokcik, ni tak lain ada kemalangan atas jambatan...memang benar pun... tiba di rumah dah maghrib dah. Ambil anak2 yang ditumpangkan di rumah adik ipar (baby sitter ke UUM selama 3 menghadiri konvo anaknya), balik rumah dan bersilat di dapur. Mujur la anak2 bujang mokcik dah siap masak nasi dan panaskan baki sup ayam semalam. Mokcik tinggal goreng telur dan ikan dalam tin. Asben pulak goreng ikan kerapu masin perah air asam. Hah itu la menu makan malam kami semalam.

Yang mokcik terasa sedih itu, masa sampai di rumah adik ipar, anak2 semua berlari menerpa ke arah mokcik dan memeluk cium mokcik. Macam dah seminggu tak jumpa...kesian mereka. Elok mokcik nak undur kereta nak balik rumah, asben pun sampai. Cik abe pun kepetangan baliknya. Sekolahnya minggu ini jadi tuan rumah something to do with aktiviti kokurikolum sekolah..kesian dia.

Honestly mokcik rasa letih sangat dah dengan mesyuarat2 ni...tapi kalau mokcik tak adakan mesyuarat nie, semua kes2 melibatkan rakyat jelata ini akan dibicarakan. Wah...ada 700 kes semuanya dan more are being filed. Mokcik sedar, ramai juga antara rakyat jelata ini bukanlah orang berada yang mampu nak engage loyer kalau kes dibicarakan. Jadinya, setiap hari yang mokcik takde kes lain, since januari mokcik akan adakan mesyuarat pagi dan petang. memang mokcik simpati juga kepada pegawai2 dari jabatan berkenaan yang juga kena bersusah payah berkerja keras untuk menyediakan data dan fakta. I am really grateful to them.

Yang mokcik dah mula hilang sabar ini ialah ada juga rakyat jelata ini yang 'tak tahu bersyukur'. Kita dah tolong dia, lagii dia mahu tekan kita. Kita dah offer tinggi, tamak lagi tu nak lagiii tinggi...tensen betul mokcik tau. Ada juga yang baru mesyuarat beberapa hari sudah berhari2 menelefon kita bertanyakan 'bila cek mahu keluar?"...ayoyo...macam la yang tukang sain cek itu mokcik ...fenin mokcik. Ada pulak yang kerja dia hari2 harrassing mokcik dan staff mokcik..."saya dah telefon court. dia kata court dah hantar balik deraf penghakiman..pejabat korang belum hantar balik. susah sangat ke nak sain tu...berapa lama nak sain tu lima minit, sepuluh minit? korang ni buat kerja ker tidak?".

Sepanjang minggu lepas memang mokcik mogok...mogok jawab telefon! mokcik tak mahu jadi 'kurang ajar' sebab takut hilang sabar dengan manusia2 semacam ini. Rasanya cukup2 la jadik terlalu baik sangat, tapi mokcik kena bersabar...bertekak dengan orang macam ini tak berguna. Sekarang ini mokcik tak bagi peluang kedua dah, sekali perbincangan, tak nak settle...oke nak gaduh sangat, kita gaduh kat mahkamah ajer la, biar cerita yang boleh jadi pendek dipanjangkan. Biar duit yang sepatutnya boleh dinikmati sendiri itu bayar separuh kepada peguam..

Ntah apa2 la luahan hati mokcik nie kan...bukannya korang faham pun, tapi tak aper la mokcik rasa lega dapat meluahkannya kat sini....lalalala

Petang ni ada mesyuarat menyelesaikan masalah rakyat jelata lagik....huhuhuhu...


6 comments:

  1. moga moga rakyat jelata tetap hidup aman damai sentosa.. ghitewwww

    ReplyDelete
  2. azwa

    saborlah mokcik.. kan kita ni yang mneurut perintah

    ReplyDelete
  3. en_me,

    insya Allah tetap aman damai...tapi klu ada cara nak kurangkan trafik jem kat sining..lagiii aman damai rasanya hehehehe

    zar,

    memang cukup2 bersabar dah ni pun huhuhu. yang kita bengang tu sebab apa yang dia tanya itu diluar tugas dan kawalan kita...sabooo jer laa

    ReplyDelete
  4. Mokcik...bawak2 bersabar ye mokcik...biasalah manusia ni kan banyak kerenahnya...lain orang lain peel mereka...

    ReplyDelete
  5. azwa banyak bersabar ye ... penat membikin seseorang hilang sabar kekadang kan?

    ReplyDelete
  6. kak anie,

    terima kasih kak...meluahkan perasaan kat sini pun dah cukup melegakan hehehe

    Kak elle,

    betul tu kak elle...bila dah penat cepat la darah naik huhuhu. kena banyak sabar dealings with public ..

    ReplyDelete