Thursday, March 5, 2009

CERITA CERITI HARI INI

Salam. Ok la kita mulakan cerita ceriti hari ini dengan secawan bijirin sarapan nesvita...one for me, one for uolss..hehehe



Alhamdulillah sejak semalam cuaca cerah semula. Harap2 cerahnya berterusan hingga hujung minggu ini. Maklum la hujung minggu ini berderet jemputan kenduri menanti. Dua keluarga sejak minggu lepas sudah memaklumkan meminta kami bersama2 'menghantar pengantin lelaki'. Salah seorang pengantin lelaki ini baru sahaja kami ikut bersama-sama 'menghantarnya' bulan november tahun lepas. Sayang jodoh tak panjang, baru sahaja jadi pengantin baru, ada pulak gangguan orang ketiga sehingga kemanisan rumahtangga tidak sempat dikecapi. Khabarnya, ada orang ketiga telah menghubungi pengantin lelaki dan mengatakan bahawa dia nakkan isterinya dan dia akan buat agar rumahtangga mereka berantakan. Antara percaya atau tidak, memang benar si isteri berubah sikap dan tidak memperdulikan suaminya.

Khabarnya sang suami masih mahu meneruskan perkahwinan dan sanggup menunggu isteri berubah, tetapi ibu pengantin lelaki sudah tawar hati dan mencarikan jodoh lain untuk anaknya. Entah la, di zaman moden ini nampaknya ilmu2 sihir ini semakin menjadi2. Semoga kedua2nya kan beroleh bahagia dengan jalan yang dipilih.

Pengantin kedua pulak, ini merupakan perkahwinan keduanya juga. Kisahnya awal tahun lepas, tiba2 sahaja si isteri meninggalkan suami setelah mendapat dua orang cahaya mata. Apa sebabnya si isteri nekad meninggalkan suaminya dengan membawa anak bongsunya hanya mereka yang mengetahuinya.

Macam2 hal rumahtangga berlaku...apapun diharapkan mereka ini akan beroleh kebahagiaan akhirnya.

Lain pula ceritanya dengan seorang kawan ini. Dua orang gadis menawarkan diri menjadi isteri ketiga dan keempatnya. Tak cukup dengan itu mereka menamakan pulak seorang kawan lain sebagai isteri kedua hahaha...terkedu member, sebab gadis2 ini dalam nada bergurau tetapi serius menyuarakan hasrat ini disaksikan oleh kami2 semua...dalam mahkamah! Member ini pula tidak berhasrat untuk berpoligami...katanya " I am not against polygamy in accordance with Islam, but I have no intention of taking another wife."

Yang lucu, salah seorang kawan lain...YANG MEMANG BERHASRAT untuk berpoligami, was wandering nearby while all this transpired tidak pulak diperdulikan oleh gadis2 ini. Pandai juga gadis2 ini memilih hahahaha!

Well...ini pemandangan dari pejabat mokcik hari ini...sangat cerah setakat ini. Bangunan berwarna peach dari kejauhan menghadap laut itteww ialah Primula Beach Hotel.



Yang ini pula pemandangan dari luar bilik mokcik...stadium Sultan Nasaruddin yang kini sudah jarang2 digunakan sejak ada stadium yang lagi besau nun kat Gong Badak ittewww..sesekali ada jugak team Penyu berlatih kat sini.


Semalam cuti umum bagi negeri Terengganu sempena hari Pertabalan Sultan. Boleh la bermalas2an kononnya semalam hehehe. Usop faithfully, as usual on public holiday, his duty is to go to Tokki's gerai and get food for us hehehe... For umi, he knew, pulut with ikan masin/ikan bilis...dua ketul. For the rest of them, either nasi lemak or nasi minyak.


Ok lah, gotta go siapkan kerja2 untuk minggu depan..have a nice day eberibodi...daaaa....

11 comments:

  1. azwa

    suka makan pulut pagi pagi.. memang cepatlah mengembangnya nyer.. ehheh

    salam Maulidur Rasul yer

    ReplyDelete
  2. zar,

    hehehe...patut la cepat mengembangnya...makanan kat kebanyakannya berasaskan pulut...nasi dagang, pulut lepa, tapai pulut etc...huhuhu

    Salam Maulidur Rasul juga..

    ReplyDelete
  3. SALAM KAK AZWA..
    smlm ter'tengok rancangan dlm mahkamah syariah,sedih bila anak umur 3 tahun duk cakap nak balik ngan ayah,sdgnkan masa tu dia tak tahu yg ibu bapanya tgh dlm proses bercerai..sian sgt/menitik air mata saya.

    mug tu comel sgt.

    ReplyDelete
  4. azwa,

    ummi memang tak suka pulut, tapi ummi boleh jugak makan sedikit aje pulut dengan ikan masin

    memang sedap :)

    pagi-pagi, ummi pun suka minum nesvita :)

    ReplyDelete
  5. Irfa,

    sedih kan bila anak2 jadi mangsa perceraian..ibubapa nak bercerai, kalau boleh jangan sampai pisah2 kan anak2 kan.

    mug avon yang ni memang comel ker...hehehe tu yang berkenan tu heheh

    ummi,

    pulut ni cepat muak dan berangin kata orang. Lain2 jenis masakan pulut azwa pun makan dalam kuantiti sedikit...tapi tang tapai pulut tu ...cik abe sound baru teringat nak stop makan hehehe

    ReplyDelete
  6. waaa... pulut ikan masin... sedap tuu...

    cerita-cerita pasal cerai-berai ni la membuatkan diri ini fobia laaa... huuu...

    ReplyDelete
  7. Wa ...

    minah jiwang karat nak tinggalkan komen

    ha ha ha ha .....


    kat shah alam ni ,hari hari hujan.


    pB tak pernah cuba makan pulut dengan ikan kering

    ReplyDelete
  8. azwa yg saya tahu makan pulut ngan serunding atau serawa durian...

    alam rumah tangga ni byk ancaman kan?

    ReplyDelete
  9. macam macam hal rumah tangga ni... ada suka ada duka... nya..

    ReplyDelete
  10. macam macam hal rumah tangga ni... ada suka ada duka... nya..

    ReplyDelete
  11. sastri,

    klu suka pulut, bleh la mamam pulut kepal disalut kelapa parut ngan ikan masin...boleh tahan sedapnya.

    adat rumahtangga cenggitu la sas..tapi jgn sampai menghalang niat utk mendirikan masjid hehehe...tak merasa kitaorang makan nasi minyak u nanti huhuhuh

    PB,

    hehehe...komen minah jiwang la menghiburkan tau...kat kelate takdok ker pulut kepal salut kelapa parut nie?

    kakelle,

    hah..yang makan ngan santan/durian tu azwa pernah rasa masa di perak...sodappp gakk

    sedangkan lidah lagi tergigit kak, ini kan pulak suami isteri. tambahan lagi zaman sekarang nie ramai pulak species yang suka kat suami atau isteri orang huhuhu

    zino,

    zino tentu lagi berpengalaman...orang lama la katakan hehehe

    ReplyDelete