Wednesday, November 19, 2008

TAKDE IDEA PUNYA ENTRY

A

Pagi ini langsung takde idea untuk buat entry di blog ini.

Agaknya otak dah tepu. Semalam telah digunakan ke tahap maksimum. Sampai dah naik juling biji mata azwa melihat angka. Kaedahnya, semalam azwa handle mesyuarat untuk selesaikan 'masalah negeri' hehehehe...bab kira mengira tu dibuat oleh mereka yang pakar dalam bab nilai menilai, tapi yang buat keputusan bagi pihak bos besar, azwa ler kononnya. Kena baca fakta, rujuk angka yang dinilai oleh penilai, angka yang dipohon oleh pemohon, dan angka yang azwa diberi mandat untuk membolehkan satu keputusan muktamad diberikan. Waduh2 memang mencabar minda juga, terpaksa menggunakan segala kepakaran untuk berhujah. By the end of the day, otak azwa pun dah penat dah doing all the thinking huhuhuhu...

So today...apa azwa buat? Hari ini buat mende2 yang tak berapa nak mencabar minda. Buat mende ringan2 ajer...clearkan fail yang cuma perlu diendorsekan dulu, yang perlukan research letak tepi dulu. Sambil tu for breakfast ngan lunch, azwa makan nasi minyak.


Menikmati nasi minyak yang dibekalkan oleh MIL. Bertuahkan i, setiap pagi tak payah masak, cuma singgah gerai MIL, pilihla apa makanan yang ada untuk dibawa sebagai bekalan...tengkiu mak, love u muaaachhhsss...


Lepas makan, azwa ambil pemandangan dari pejabat ke luar sana. Ha... ni gambar stadium Sultan Nasaruddin, tempat dorang main bola dulu sebelum ada stadium besar tu.


Sesekali kalau ada persembahan artis, boleh juga nampak dari pejabat ni dorang berlatih kat padang tu. Nampak sangat tengah di landa penyakit "M" kan...hehehehe


Hehehehe...boring tahap gaban punya pasal diagram nie yg ditepek depan pc pun bleh jadik hiburan hahaha ..

B

Semalam henpon buat hal. Bila nak jawab mesej, dia hang. Aisey...macam tahu2 jer time bulan2 tua cam ni ler dia nak meragam. Cik abe salahkan azwa sebab suka bagi Hadi main ngan henpon tu. Ye la..bila Hadi meragam, cara paling mudah nak bagi dia diam ialah bagi main henpon hehehe. Anyway, pagi ini dah cadang nak hantar henpon ke kedai nak direpair. Tetiba, terlintas hati nak offkan henpon dan tarik baterinya keluar. Pehtu, pasang dan onkan semula.




Zam zam ala kazam...yippieeee....dah boleh guna semula... huh...sib baik tak tergesa2 gi hantar repair kannns...

C

Yippieee again... kerani kewangan kata waran untuk tiket tambang balik ke Sabah dah diterima...yippieee....jadi juga la plan untuk balik next week. Maknanya kena la i siapkan semua kerja2 sebelum azwa gi bercoti2 mesia nie kannn. OOO...ok... i better go and do my work now...lalalala


gambar takde kene mengene...hehe sajer nak tepek gambar kurma yg diberi oleh gomen masa bulan posa dulu ihikss...untuk dapat feel raya haji katanya...

10 comments:

  1. wah seronoknya orang tu nak balik Sabah ek.. kita nak pi KT, dia larik balik Sabah huhuhuuhu

    Kat mana kedai mertua azwa tu, harus ku redah jua nanti masa kat sana..

    ReplyDelete
  2. Alala zar...klu ku tahu zar nak datang sini terlebih awal, pastikan ku ejas tarikh bercuti ku itteww...hehehe

    gerai MIL tu mudah jer nak cari sebab ianya betoi2 tepi hiway KB-KT. Ianya dibuka waktu pagi jer, bila abis roti canai FIL atau makanan yang org hantar, dorang pun tutup kedai la..besa la gerai kecil2an jer.

    ReplyDelete
  3. A. Dlm penat2 keja dihidangkan nasi minyak...sedap tu.

    B. Yg bebenor2 nya biar le hp tu rosak nanti cik abe beli yg baru..he.he.he.

    C. Dlm pd sibuk2 tu..dpt juga cuti2 malaysia. Org sabah bah..bila balik.

    ReplyDelete
  4. Zue,

    A. yang sbenor2nya kan i kat sini hari2 dihidangkan nasi minyak...mana ler kolestrol tak mencanak2 naik huhuhu. nak buat camno kan kat sini sarapannya nasi minyak, nasi dagang, roti canai huhuhu

    B. klu henpon rosak, azwa belikan baru utk diri sendirik, cik abe dpt yg lama huhuhuhu...sonang baitu

    C. yeayea..insyaAllah hujung minggu depan balik Sabah bah..

    ReplyDelete
  5. ammvoiii, nak balik kamponggs ghupernyerrr akak ittewww..

    ReplyDelete
  6. selamat balik kampong.. rasa macam tak puas pegi KK dulu nak pergi lagi tah tahun bila boleh sampai nya hehe..

    kena bagi advice baik2 kat big bos tu..

    ReplyDelete
  7. wahwahwah..dalam sengal2 otak tu pon sekali 3 item dai tulis. say akalo bab2 angka ni memang paling tak suka, boleh bikin jem otak. anyway, holiday to sabah jgn lupa ole2. hehehe...

    ReplyDelete
  8. Kak Azwa, cantik pemandangan dr pejbat tu..

    Oh yer, apa email kak azwa, sy boleh invite...

    ReplyDelete
  9. en_me..

    iye la..dah dekat dua tahun tak balik kampung windu wooo..w/p mama ada ngan akak kat sini huhuhu still rindu nak balik kg.

    zino,

    klu nak ke sana, hah jgn lupa bagi tahu awal2 noo..

    mesti kena bagi nasihat bagus kat boss..yg penting nasihat tu kena betul n mengikut undeng2 heheheh

    saya,

    hehehe sengal2 otak pun tak sedar entry dah panjang katanya hehehe... ole2 dari sana insyaAllah..

    Salwa,

    ok..invite akak tau..nabilanajwa68@yahoo.com. tengkiu.

    ReplyDelete
  10. wa...nak balik kampung ye...selamat bercuti!

    untuk ada MIL sebaik itu,...

    ReplyDelete