Tuesday, September 18, 2007

TRANSFER ORDER MENGEJUT

Baru saja kami selesai mengucapkan tahniah, selamat maju jaya dan jasa mu di kenang kepada dua orang pegawai di pejabat Azwa yang berpindah kerana naik pangkat minggu lepas. Kedua-duanya mendapat transfer order mengejut...takde angin, takde ribut, tup2 kuar transfer order yang berkuatkuasa dua hari selepas itu. Memang rasa sukar juga melepaskan mereka berdua, kerana dah ler kami baru ajer kehilangan boss yang ditukar tanpa pengganti sampai kini, ditarik pulak man power seramai dua orang secara mengejut.



Walau bagaimanapun, minggu lepas tup2 kuar lagi satu transfer order mengejut, berkuatkuasa sehari selepas itu. Tapi kebetulan tarikh kuatkuasa itu jatuh pada hari sabtu, maka hari isnin iaitu semalam baru pegawai baru mai lapor diri. Dapat sorang pengganti, syukur la...ringan skett bebanan tugas, walaupun kehadiran seorang boss dinanti2kan. Letih rasanya kena buat kerja2 boss nie, walaupun pada masa sama ada juga kebaikannya iaitu melatih diri berani membuat keputusan dan berani mempertahankan keputusan yang telah dibuat.

Apa yang Azwa perasan, sejak akhir2 ini banyak pulak arahan2 dan transfer order yang dibuat secara mengejut...semua ini memang menuntut kesabaran, kecekalan dan kekuatan mental untuk menghadapinya. Setakat ini alhamdulillah kerana, berkat kerjasama berpasukan yang kami amalkan, maka masalah2 yang timbul dapat dihadapi dan diselesaikan bersama.
CERITA CERITI PASAL POSA
Pejam celik pejam celik dah masuk enam hari berpuasa. Alhamdulillah setakat ini kesihatan memuaskan dan masih berdaya berpuasa. Anak-anak teruna Azwa pun setakat ini belum ponteng puasa lagi, walaupun ketiga-tiganya kena selsema pulak. Kesian tengok Aman terbatuk2, sehingga nak tidur pun tak selesa, tapi setakat ini masih digagahkan berpuasa. Azwa bersyukur juga kerana taim nak kejutkan bersahur mereka semua takde masalah nak bangun. Masing2 nak berebut makan. Asben pulak yang liat skett nak bangun..malas nak bangun sahur ler tu hehehehe. Tapi kena bangun jugak, kang kalau dia tak sahur, anak2 pun ikut sama. Asben takpe la tak sahur, setakat minum air segelas tahan hingga ke petang, tapi anak2 karang dah dekat2 nak berbuka tu semua merengek lemah longlai nak buka posa. Kepimpinan melalui teladan katakan kan...nak tak nak kena la asben bangun bersahur bersama2 kami kat meja makan tu muahahaha...
Setakat ini lauk berbuka jarang dibeli...setakat beli kuih2 dan sejenis lauk berbuka. Anak2 lebih suka kalau Azwa masak mee goreng atau nasi goreng. Memang penat gak terkejar2 masa nak balik supaya sempat masakkan mee goreng utk mereka, tapi puas hati kerana makanan yang kita hidangkan licin semuanya. Kalau beli dari pasar Ramadan, selalunya tak habis pun, membazir ajer. I guess, kita semua pun memang macam itu kut. Kalau makan masakan ibu kita, sungguhpun masak simple2 ajer, tapi rasanya tetap sedap. Agaknya kerana seorang ibu memasak dengan ramuan yang tidak dapat dibeli di pasar Ramadan...iaitu ramuan kasih sayang. Sebab tu hidangan bersahur setakat nasi kosong, sup ayam ngan telur goreng pun sudah cukup untuk membuka selera anak2.



8 comments:

  1. Lama tak singgah sini. Dah rumah baru rupanya.

    Selamat berpuasa ekk... :)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa..frenz baru kat sini..saje nak cri teman reramai yg seangkatan tittle MAMA...

    ReplyDelete
  3. Emmmm cian yg kena transfer mengejut tuh...tak leh buat properly ker? Takde standard piawaian (ISO) ker ? hu..hu..hu..

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan...

    rasanya btul apa yg azwa cakap kan tuh...masa sendiri ni biarpun penat tapi puas... bkn apa kdg2 lauk yg kita beli tu blum tentu lagi menepati selera klurga kita.. hubby saya camtuh la..walaupun berbuka setakat nasi ngan telur mata kerbau...itu pun sedappppp....

    ReplyDelete
  5. agaknya kat perak ni banyak kes transfer mengejut.. along pun dapat hehe

    ReplyDelete
  6. kena transfer mengejut? pasti penat kan?

    sas pun kalau boleh lebih suka masak sendiri... tahun lepas, jarang membeli... tahun ni, ikut mood dan masa yang ada... hari ni malas nak masak, jadi sas nak ke PARAM lepas ni beli untuk berbuka... :D

    ReplyDelete
  7. BP,

    Selamat berpuasa jugak...eh rasanya dah balas mesej BP ni...gi man hilang ek...hehehhe

    Mama ranggie,

    welkam..welkam..jgn malu2..selamat berpuasa jugak utk mama n famili.

    NBK,

    Agaknya depa saja2 nak test daya ketahanan mental kami semua...hehehe...betul ker tidak nak berkhidmat untuk negara dan saya yang menurut perintah...tapi memang dah masuk kali ketiga dah nie transfer order kuar mengejut.

    Kasihlatifah,

    salam perkenalan kembali...betui tuuu..masak sendirik lebih puas hati berbanding membeli. simple2 pun rasa berbaloi. cam semlm teringin nak makan bubur kacang hijau. konon maleh nak masak. bila berbuka..alahai sungguh mengecewakan..pehni takmo beli dari orang tu lagik..

    Zino,

    transfer order ni bukan setakat effect org perak ajer...seluruh mesia hehehe ...tapi kat perak ler terasa akibatnya kerana kuar dua sekali gus...penggantinya mai sorang..still tak cukup untuk cover perak.

    Sas,

    Memang penat kena transfer2 nie...lebih2 lagi bila kena transfer mengejut kan.

    hehhehe...memang ada masa2 tertentu tetiba tak tahu nak masak apa utk berbuka..hmnn...pi jugak la pasar ramadan menjenguk apa yang ada.

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Azwa... Lambat.. tapi nak ucap juga... Selamat Berpuasa...

    Memang betul la.... Bila mak masak, walaupun biasa dirumah sendiri rasa tak de selera tapi kat rumah mak sumenya sedap aje.. ada je selera nak makan..

    Kak Azwa, blog saya dah tukar add : http://itukahaku2.blogspot.com

    ReplyDelete