Salam kenkawan.
Baru-baru ni ada terbaca kisah tentang anak-anak yang 'meminjam' ayah mereka buat beberapa jam sebelum dikembalikan ke pusat penjagaan. Untuk tujuan apa, tak tahulah, mungkin untuk urusan pembahagian harta, hanya mereka sahajalah yang tahu.
Sayangilah ibu sementara kita masih berpeluang.. ihsan daripada google |
Mokcik teringatkan kisah seorang anak yang sejak berkahwin dan hingga kini sudah mempunyai dua orang anak, payah benar nak balik menjenguk ibu bapa di kampung. Alasannya sibuk dengan kerja, mesyuarat dan yang sewaktu dengannya. Yang mengherankan, kedua-dua pasangan suami isteri ini berkerja sebagai pendidik. Maka biasanya hujung tahun, pastinya ada cuti panjang kan? Koman-koman pun, takkan tak dapat luangkan masa sikit pun..dua tiga hari untuk balik menjenguk ibu bapa kat kampung tu. Peliknya kalau balik ke kampung si isteri boleh pulak. Sempat dan punya masa pulak mengunjungi keluarga mertua di sebelah utara sana. Lepas tu ke rumah keluarga sebelah mertua lelaki di selatan tanah air dan seterusnya ke rumah keluarga mertua perempuan di negeri yang berjiran dengan negeri kelahirannya. Kalau memandu dalam dua jam dah sampai dah ke rumah ibu bapanya. Tapi, tiba-tiba pulak tak ada masa..
Bagi ibu bapa dan mertua kita, kebahagiaan mereka adalah apabila dapat berkumpul bersama anak2 menantu serta cucu2nya... |
Paling si ibu terasa semasa musim raya tahun lepas. Beberapa hari sebelum itu beria-ia menghubungi ibu bapanya, mengatakan akan singgah ke rumah. Katanya keluarga mertua turut akan bersama-sama. Khabarnya, anak menantu bersama keluarga baru selesai menjenguk keluarga mertua lelaki di selatan. Kini berada di negeri jiran mengunjungi keluarga mertua perempuan. Sebelum balik ke utara di rumah keluarga mertua, katanya mahu mengunjungi ibu bapa di kampung. Hari raya la katakan.
Maka pada hari yang dijanjikan, si ibu pun sudah berkemas2. Menyediakan tempat tidur untuk keluarga si besan. Bapa mertua pun sudah siap2 memasak lauk pauk untuk dihidangkan. Gembira si ibu bukan kepalang. Al maklum, sekali sekala dapat bertemu dengan anak menantu dan melihat cucu-cucunya.
Lewat petang itu, baru anak menantu bersama dua orang cucu tiba ke rumah si ibu. Keluarga mertua katanya tak jadi turut bersama.
Dan yang lebih menusuk hati si ibu, keesokan harinya awal-awal pagi lagi anak menantu dan cucu-cucunya sudah berangkat mahu balik ke rumah keluarga si isteri di utara tanah air. Rupanya, cuma transit sahaja kat rumah si ibu. Sudahlah sepanjang tahun itu langsung tidak balik menjenguk.
Aduhaii... sedih juga Mokcik mendengarnya. Mokcik teringat kata-kata ustaz, kalau kita menyakiti hati mertua sama juga seolah2 kita telah menyakiti hati ibu bapa kandung kita.
Aduhai kalau anda seorang isteri, berhati2lah jangan sampai tindak tanduk kita bisa menjadikan suami kita menjadi anak derhaka kerana menyakiti hati ibunya demi menurutkan kehendak kita sebagai isteri.
bagi anda seorang suami, jangan sampai isteri anda dilabelkan anak derhaka kerana terpaksa mengetepikan keluarga demi menjaga hati anda.
Sebagai mertua, berpada-pada jangan sampai menantu anda menjadi anak derhaka, semata-mata kerana anda mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan besan anda.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."
Pesan Nabi saw lagi:
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."
peringatan buat diri sendiri..mudah2an dijauhkan Allah SWT dari melakukan perkara yang menyakiti orang lain... aminnn...