Wednesday, December 29, 2010

PUTERA KATAK, HE IS BEAUTIFUL DAN CHAK DE INDIA!

Salam kenkawan.


Kali ini entry lite lite sahaja.


Semenjak ada tv kat rumah ni, sebelum tidur sempat la menonton rancangan2 tv. Kebetulan masa bercuti panjang tempohari, banyak masa terluang, maka sempatlah melayan cerita2 kat tv terutamanya cerita Putera Katak dan baru-baru ini diperkenalkan kepada He is Beautiful oleh anak teruna no. 2 mokcik hahaha. 


Inikah si Putera Ammar yang disihir menjadi katak? Gambar Ihsan dari web yg digoogle..
Bilalah si Tina ni akan mencium putera katak supaya bertukar menjadi Putera Ammar....hahahha [foto kredit kepada yanmiconline.com]










Episod terakhir hari ini atau esok ya...so, kepada yang nak release tension petang2 tu bolehlah menonton drama ini di tv3 jam 4.30 atau siaran ulangan di tv9 jam 8.30 malam yachh...

Seterusnya drama Korea yang agak menarik juga di tv8, He is beautiful. Mokcik dengan Aman berebut channel...mokcik nak tengok Putera katak, Aman nak tengok He is Beautiful hahaha...kesudahannya, bila iklan, switch channel hahaha...



Menarik juga cerita ni, sungguhpun macam tak logik jer tak perasankan Mi Nam tu perempuan sebab nampak sangat keayuannya walaupun memakai baju lelaki. Tapi bila melihat heronya pakai celak..alahaiii...pelakon Korea ni sangat metroseksual... Setakat ini ada sorang pegawai kat pejabat mokcik yang fesyen rambutnya ala-ala pelakon Korea hahahaha...

Layan jer la kalau korang peminat tegar drama Korea mesti tertarik menonton drama He is beautiful ni...

Semalam pulak, dah nak tertidur dah. Pastu tangan gatal pulak tekan remote tukar ke channel tv2...tiba2 ku terlihat wajah pelakon yang nampak familiar...tapi agak lain sikit dari watak dia biasa berlakon. Lepas tu pelakon2 dalam filem tu takde yang pakai baju bertukar2 mcm citer Hindi. Sapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan...alahaiii...nampak sangat macho dalam filem ini...



Filem Chak De! India...

Something different...tiada adegan menyanyi2 yang meleret2, bertukar2 baju, atau bercintan cintun yang terover2. Sometimes winning is everything! itu la motto filem ini...filem yang cuba mengangkat martabat kaum wanita di India. Selain SRK dengan kemachoannya...hahaha...jalan cerita filem ini memang menambat kita untuk terus menonton hingga tamat cerita ini..


Nantikan Chak De! India part 2...hehehe

Wokay...mokcik dah lapar ni...nak makan apa lunch hour ni ek... tersangat malas nak keluar lunch..petang nanti ada acara makan-makan untuk meraikan pegawai2 yang akan bertukar dari Unit mokcik..maybe i shuld just eat my vanilla flavoured bread untuk alas perut hingga petang nanti hehehe...

15 comments:

  1. Kak Azwa, takleh tengok citer Putera kataklah....tak lalu makan....dah cuba dah tgk...tak sanggup tgk katak besar tu...kembang tekak...

    ReplyDelete
  2. skrg ini kat astro ada channel fiesta, so semua orang pun berpesta sampai 2hb, sebabnya after that no more fiesta dah :)

    best gak, macam-macam cerita best ada, semalam ada cerita sivaji the bos, memang tak lekang punggung dari kerusi, sampai kena sound, solat, solat :)

    baru angkat punggung :)

    layan gak cerita putera katak ni :)

    ReplyDelete
  3. Salwa,

    hehehe...aik geli ngan katak ekk..

    mokcik layan citer nie sebab anak2..tapi suka dgn watak panglima Zamir yang coolll jer hahaha

    ReplyDelete
  4. Ummi,

    Mujur mokcik takde asteruk hehehe...kalau tak mesti layan gak fiesta tu..

    Sivaji the boss? best citer tu...memang melekakan ada tv ni kan huhuhu...

    citer asmaradana dgn Ayoub tu best gak tapi ntah kenapa allergik pulak dengan Norish..teruss takmo tengok citer tu hehehe

    ReplyDelete
  5. akak..malam tdi sy tgk cite chek de india..best2..hehehe

    ReplyDelete
  6. ujung tahun mesti ada yg pencen..tgh hari tadi pun ada sesi lambai-lambai pd bos besar(unit kami) yang last day ari ni..pencen.dia baik sbb tu bila dia pencen kami terasa kehilangan

    ReplyDelete
  7. mok cik..sama la..akak suka tengok puera katak jugak..cerita korea pun suka..tapi akak tak berebut ngan sape2..he he..

    ReplyDelete
  8. sekarang ni zar asyik masyuk dengan seruan pulau nami.. hehehhe

    petang petang tak sempat jengah tv.. smpi rumah pun kol 7 tapi baru perasan dah lama tak tengok aksi SRK.. hehehhe

    ReplyDelete
  9. Hello Mokcik, here's wishing you and family all the very best for the new year.
    Have a happy new year.
    See you in court next year. Kita main wayang, ha ha.
    HAPPY NEW YEAR, MOKCIK! Lee.

    ReplyDelete
  10. Maklang tengok tv macam tengok2 ayam je, sebab mata tertimpu pada jahitan

    ReplyDelete
  11. chewahh...new year ni dah jadi pengulas drama tv pulak ke? tukar profesion? hahahhahaa... tapi saya tak pernah tgk putera katak tu.. tapi yg korea tu tengok lah. mcm best je cerita tu. apa cerita pon layan je laa.. mokcik sihat tak? jaga kesihatan ye..jgn minum coconut shake tu byk2 nanti sakit pewot wooooo...

    ReplyDelete