Salam kenkawan.
Pagi sabtu 27 November lepas, seawal jam 6.30 pagi mokcik bertolak ke KLIA. Flight ke KT jam 8.40 pagi. Sudah checked in, jadi tidak perlu tergocoh-gocoh. Flight pagi, nampaknya banyak tempat duduk kosong. Ada tiga orang anak beranak sudah mengambil seat mokcik. Tak apalah mokcik beralih ke seat sebelah...as long as mokcik masih boleh dapat seat di baris 5 yerr...mokcik mengisi masa lapang dengan membaca surat khabar 'The Star".
Terdapat satu artikel yang mokcik rasa amat bagus sekali untuk meningkatkan motivasi mereka-mereka yang sedang down.Pendek kata ianya makanan yang sesuai untuk roh kita...orang putih kata 'Chicken soup for the Soul". Ianya berkenaan artikel seorang pendaki gunung...nama penuh mokcik tak ingat...yg mokcik ingat nama pendaki itu Jamie. Jamie seorang pendaki gunung yang mana semangatnya tidak pernah luntur dan beliau akan berusaha untuk merealisasikan hasrat dan cita-citanya. Ketabahan Jamie sangat mengagumkan kerana tidak seperti anda dan saya, Jamie tiada kedua2 belah kaki dan tangan! Jamie kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan dalam satu ekspedisi pendakian gunung yang mana mereka telah terperangkap dalam salji. Rakan karibnya meninggal dunia dalam kejadian itu, sementara kedua-dua belah kaki dan tangan Jamie terpaksa dipotong.
Jamie tidak menjadikan kecacatan ini sebagai penghalang sungguhpun pada awalnya dia memang down giler.
Sebaliknya Jamie melawan dan menakluki halangan dihadapannya dengan membahagi2kan masalah itu kepada beberapa bahagian, dan beliau akan cuba mengatasi masalah itu bahagian demi bahagian.
Ini mengingatkan mokcik kepada kata-kata..."Anggaplah masalah besar kamu itu cuma satu masalah yang kecil sahaja. Dengan itu mudah bagi kamu untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu."
Yang paling menarik bagi mokcik ialah bahagian berkenaan pemerhatian tentang aliran sungai. Apabila air sungai bertemu dengan halangan dihadapan seperti batu besar, air sungai tidak berusaha menyingkirkan batu itu, tetapi sebaliknya mengalir melalui tepi batu tersebut. Begitu juga dalam hidup kita, sekiranya kita berasa kita berhadapan dengan dinding di hadapan kita...tidak perlu kita pecahkan dinding, sebaliknya berusaha melepasi dinding dengan melalui di kiri atau kanan atau memanjat dinding tersebut.
Ada banyak contoh2 yang menarik yang boleh membuat motivasi kita akan bertambah baik dalam artikel tersebut..Mokcik cadangkan untuk kawan2 membacanya dan semoga ia akan mengubah pandangan anda tentang apa-apa masalah dihadapan anda dan mungkin anda boleh beroleh jawapan keluar kepada masalah itu.
********
Pada masa mula-mula mokcik berpindah ke Unit baru ini, anak2 buah pun masih tidak pasti bagaimana cara mokcik berkerja. Malah ada seorang anak buah itu telah mengadu kepada bekas ketua unit terdahulu semata-mata kerana apabila dia datang untuk mencadangkan agar kes yang dia kendalikan diselesaikan di luar mahkamah, mokcik tidak bersetuju. Sebaliknya mokcik memanggil salah seorang anak buah yang lebih senior dari anak buah itu untuk berbincang bersama-sama berkenaan kes tersebut kot-kot ada jalan atau harapan untuk menang sekiranya kes diteruskan. Bagi mokcik, mokcik tak segan memanggil junior officer asalkan dia memang berpengalaman berkenaan sesuatu isu untuk berbincang bersama dan meminta pendapat dia. In the end, the decision is my discretion.
Mokcik juga suka melibatkan junior officer, terutama yang 'bukan dalam buku' ketua terdahulu dalam persediaan kes mokcik. Mokcik ingin memberi mereka peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Ternyata percaturan mokcik berhasil kerana dengan penyelidikan yang dibuat oleh pegawai ini, mokcik berjaya dalam kes di Mahkamah Rayuan tempohari. Kes itu sepatutnya dikendalikan oleh pegawai lain. Dia terikat dengan kes bicara yang lain di Mahkamah Tinggi pada hari tersebut. Jadi bila boss bertanya siapa akan kendalikan kes di Mahkamah Rayuan, mokcik jawab, "I'll do this case tuan." Masa tu tak tahu head and tail. Tapi mokcik tak nak dilihat sebagai ketua unit yang suka tolak2 kes pada orang lain. Boss kata, "One issue only right. Before you go, discuss with me first." Well, that's exactly what i did and the well done research done by my junior officer help a lot too.
Mokcik juga perasan, sikap boss terhadap mokcik berbeza sedikit selepas kes tersebut. Lebih terbuka dan mesra alam berbanding sebelum ini hehehehe...Pandangan anak2 buah juga tidak dinafikan ada UP la sikit...hahaha.. Bagi mokcik, mokcik bersedia berbincang strategi untuk tackle satu-satu kes walaupun sampai larut malam..dengan syarat mereka pun harus bersedia untuk berbincang. Maksudnya, janganlah datang dengan tangan kosong. Mereka kena buat research juga dan beri input. No matter how stupid the idea seems to be...sometimes, bila kita boleh justify dan sokong dengan nas, hujahan itu boleh diketengahkan hahaha..
As for that junior officer who helped me, i can see she also changed, in a better way. I guess seeing and experiencing what transpired in the Court of Appeal boost her confidence. I believe in giving people a chance and given the right guidance and training they will bloom. Of course, they must have the right attitude too and willingness to learn, not to mention, stay back late sometimes hehehe.
*******
Aiyooh...sound so serious lah this posting. Sebolehnya mokcik mengelak bercakap isu berat2...kalau nak baca isu berat2 silakan ke blog2 berkenaan huhuhu...bagi mokcik kerja kat opis pun dah cukup berat, bila di blog nak bersantai2 lah sikit...lalalalala