Monday, October 18, 2010

NAK BALIK KER TAK?

Salam kenkawan.


Masih kat pejabat. Kerja ada. Tapi tak la mendesak. Buat esok pun masih ok. 


So, apasal tak balik rumah lagi? 


Ntahla...ini persoalan yang anak2 buah sering tanyakan.

Mokcik bukan tak nak balik, tapi takde apa-apa motivasi untuk mokcik balik awal. Balik2 pun, mokcik panaskan nasi dan lauk. Berfb-ing sokojap, telefon rumah bercakap dengan cik abe serta anak2 dan lepas tu zzzzz.




Kalau dok opis, bleh juga tengok2 mana2 yang patut. Dapat juga settle dua tiga fail. Lagipun setakat pukul 10 ke pukul 11 malam tu masih ramai lagi pegawai yang dok kat pejabat.

Hmnn...cepat la November...tak larat dah menahan kecut perut setiap kali kapal terbang bergoyang2 bila ada trubulence...hhuhuhu...penat dah terkejar2 mengejar flight saban minggu...paling lomah bila nak balik ke sini semula pada malam isnin...


  November cuti sekolah akan bermula...boleh la bawa anak2 datang ke sini...yahooo...

16 comments:

  1. salam azwa..tak sabar cuti sekolah ye..apa citer cik abang azwa tu..tak de ke cerita nak pindah..
    sian kan susah duk jauh2..anak2 pun sian..

    ReplyDelete
  2. azwa

    susah kan nak berjauhan dengan anak anak.. macam macam rasa ada.. zar ni kalau berjauhan seminggu pun dah huru hara kat rumah tu

    ReplyDelete
  3. rindu kat anak-anak dan abah anak-anak ek.... tak per mokcik, november nanti bawak anak gi bukit broga ya... hehehe

    ReplyDelete
  4. wahh..mokcik selalu balik lambat2 malam2 ye.. betol2 berkhidmat ni. saya pon suka cuti sekolah sebab jalan tak jem. hehehe.. tapi im happy for you for november..boleh jumpa anak2.

    ReplyDelete
  5. Kak Erna,

    Cik abe dalam proses memohon perpindahan...harap2 kali ini dipermudahkan dan diperkenankan Allah...aminn

    ReplyDelete
  6. Zar,

    Memang tidak seronok kehidupan macam ini..sesekali berpergian tak per..emosi anak2 juga terganggu, itu yg mokcik risaukan.

    Apapun, memang bersyukur ada cik abe yang sanggup berkorban itu dan syukur juga kami dikelilingi keluarga cik abe yang sedia berkhidmat bila2 masa sekiranya diperlukan.

    ReplyDelete
  7. Maksu..Bukit Broga? hehehe..insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Leeya,

    thanks..memang tak sabar tunggu november ni..

    selalunya memang mokcik balik lewat la..kenkadang kalau terasa nak pi berjalan2 ke mydin keluar awal la jugak.

    ReplyDelete
  9. ummi doakan semoga cikgu syed dapat tukar ke Putrajaya, kesian kat anak-anak...

    nov dah nak dekat, bolehlah angkut semuanya ke Putrajaya,

    kenapalah susah sangat nak dapat transfer kan azwa, kdg2 pelik bin ajaib sangat, ada kawan ummi tak tahan sangat sampai dia pi jumpa PM kita, terus dapat on the spot :)

    ReplyDelete
  10. Tu la ummi...tapi kalau boleh tak nak la sampai tahap camtu pulak...hehehe..

    ReplyDelete
  11. kena lah bercuti sakan bila mereka ada kat sini boleh ronda2 kota raya hehe

    ReplyDelete
  12. Maaf mokcik lama dah ketinggalan cerita...skg mokcik duk mana, family kat mana lak?

    ReplyDelete
  13. Zino,

    dorang la cuti sakan...mokcik tatap kena kerja hehehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum NBK...lama tak nampak..busy sangat dengan biznes ek?

    saya di Putrajaya, family masih di KT la NBK.

    ReplyDelete