Wednesday, June 16, 2010

MY LITTLE SISTER'S WEDDING

Kami Sekeluarga telah berkumpul dan bergotong-royong menjayakan majlis kenduri kahwin adik bongsu mokcik sejak 2 Jun 2010. MIL dan guru mengaji mama diimport khas untuk memasak nasi minyak untuk majlis akad nikah. Kesian mereka kepenatan...terima kasih mok dan cik wook...jasa mu dikenang..

Berikut gambar2 dan ulasan ringkas sempena majlis tersebut yang dilangsungkan di rumah mama dan pengantin lelaki...


Majlis Akad Nikah pada hari Jumaat, 4 Jun 2010


Upacara akad nikah berwalikan our brother



Aku terima nikahnya...


Am sure setiap pengantin lama akan terkenang nostalgia masing2 melihat pengantin baru pertama kali mencium dahi si isteri.. :)



Lepas akad nikah dan acara membatalkan air sembahyang, pengantin didera bergambar di pelamin. Pengantin diminta memakai kasut, yang mana dia sendiri kena lap tapak kasut pulak...kesian hehehehe


Amboiii..tak ingat orang keliling nampak...hehehe...ini aksi seperti diarahkan jurukamera hehehe



My little sister dah jadi isteri orang...semoga berbahagia hingga ke syurga

MAJLIS PERSANDINGAN PADA HARI AHAD, 6 JUN 2010



Sangat menarik...menurut adat suku kaum Bajau, pengantin lelaki diangkat masuk hingga ke dalam rumah..


Alhamdulillah akhirnya bertemu jodoh setelah beberapa kali kecewa...kebahagiaan terpancar diwajah adik bongsu mokcik.



Kek tiga perisa...carrot, coklat dan keladi atas permintaan pengantin. Kek disediakan oleh seorang lagi adik perempuan mokcik yang baru sajork berjinak2 dengan dunia pembikinan kek..


Acara memotong kek...


suap..jangan tak suap..hehhe




hati2 suap tu dik...



Semoga berbahagia...Shaiful & Siti Zuraidah


MAJLIS PERSANDINGAN DI RUMAH PENGANTIN LELAKI PADA HARI SELASA, 8 JUN 2010


Pengantin lelaki dari suku kaum Bajau, maka adat sebelah pengantin lelaki sedikit berbeza dan sangat colourful. As you can see from the traditional pelamin here...menarik kan. Pengantin diapit my mama and my aunty



hehehe...gambar ni ada ceritanya. Setelah usai bergambar dengan semua ahli keluarga dan jemputan, kedua-dua pengantin mahu keluar untuk bersanding di pelamin moden pulak. Agaknya kerana lama duduk bersimpuh, kaki adik jadi semut-semutan! Masa ni pengantin lelaki cuba menahan adik dari terduduk. Hahaha...kami memang gelakkan adik masa ni, dah ler badan sejak balik Sabah semakin tembam...huhuhu, bertambah montel bila memakai pakaian ini..



Dah okay dah kaki...boleh la posing hahaha


tenung mata masing2....arahan jurukamera hehehe


Ntah apa la yang cuba diperbetulkan oleh pengantin lelaki tu...


menjeling pengantin ...kesian pengantin lelaki kena ke tepi beri laluan pada kakak2 dan mama untuk bergambar hahahhaa


lakonan cakar harimau...hahahahhaa...ikut arahan jurukamera hahaha




Semoga diberkati dan berbahagia selalu, insyaAllah..


THE MUSICIANS




Ikut adat sebelah pengantin perempuan...kehadiran pengantin lelaki disambut dengan pukulan gong...Terdapat kira-kira 7 buah gong peninggalan arwah ayah. Kiranya macam satu set la ni. Bila tiba kenduri kahwin, gong ini akan dikeluarkan untuk digunakan. So, tak perlu la menyewa gong, cuma perlu bagi token pada pemukul2 gong profesional hehehe


ada juga yang teruja nak pukul gong...


Azza pun nak jugakkk


sepupu dorang pun nak posing jugak hahaha

THE SINGERS...


Hadi pun tak mahu kalah...yang boleh difahami...aku...akuu..hehehehe



Sebelah pengantin lelaki, kami dihiburkan dengan persembahan Kulintangan...menarik!



Dorang pun ada gong jugak, tapi dua gong besar...


pemuzik bertudung hijau adalah nenek kepada pengantin lelaki...masih cergas orangnya...


Selesai majlis kenduri, kami bertolak balik ke semenanjung pada 9 Jun 2010...dan mula kembali berkerja...huhuhuhu

12 comments:

  1. Menariknya perkahwinan di sana.. adat bangsa masih dikekalkan dengan muziknya dengan pelaminya.. sangat happening

    selamat pengantin baru buat keduanya

    ReplyDelete
  2. pengantin lelaki diarak dan disambut dgn pukulan gong..mmg amat menarik sekali.
    lain tmpt lain budayanya.

    selamat pengantin baru buat Shaiful & Siti Zuraidah.

    p/s: terkenang zaman membatalkan air sembahyg..masa tu tgn suami sejuk semcm.

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru utk azwa... oops silap kepada adik azwa.. hehe

    ReplyDelete
  4. Hi Mokcik, Wow! I really enjoyed looking at the beautiful pics, and of the handsome groom and gorgeous bride. Love the bajus, macham Hang Tuah.
    I guess the makanan pun very nice....
    My congratulations to the lovely couple, may they have good health and lots of happiness and laughter always, Lee.

    ReplyDelete
  5. Zar,

    Lain padang lain belalangnya..walaupun dekat, tapi lain adatnya, menambah eratkan lagi hubungan antara dua keluarga.

    thanks for the wishes

    ReplyDelete
  6. Zue,

    mokcik pun sentiasa teruja mendengar pukulan gong..terubat rindu berjauhan dengan kampung halaman.

    hehehe...cik abe mokcik pulak masa akad nikah terkujat bila tok kadi goyang2kan tangannya...terpaksa dua kali lafaz hahaha..

    ReplyDelete
  7. Zino,

    terima kasih...hehehe...bagi pihak adik mokcik hahaha

    ReplyDelete
  8. Lee,

    Glad you enjoy the pics. I also love their wedding outfits, especially the traditional Bajau's baju. The traditional pelamin also look very colourful, makes us pengantin lama want to bersanding one more time again hahaha

    thanks or dropping by Lee, and have a wonderful day ahead.

    ReplyDelete
  9. azwa,,selamat pengantin baru..buat kedua mempelai..suka akak tengok gambar2 ni..cantik..sebelah lelaki..lagi menarik..

    ReplyDelete
  10. wahhhhh..meriahnya majlis..saya pon nak jugak la pakai baju cantik2 macam tu, uwaaaa..hehehhe... kepada pengantin baru.. selamat pengantin baru semoga bahagia ke akhir hayat. kepada kakak penganti, kenapa la tak berposing kat atas pelamin sekali lagi dan post pic tu kat blog. ergghhhh... ni mesti ada buat ni tapi tak letak pic ni. hehehhee... mari kita buli diaaaa...

    ReplyDelete
  11. Kak Erna,

    berwarna warni kan...sebelah perempuan tak sanggup nak pakai baju tradisional suku kaum Dusun yang seksi itteww...hehehe kalau tak mesti happenning kan. kalau diikutkan adat, kaum Dusun punya wedding ceremony simple sahaja..yang ini lebih banyak mengikut adat Melayu hehehe

    Suku kaum Bajau pula khabarnya kenduri kahwin tiga hari tiga malam...wow..memang menarik dengan pakaian mereka yang sangat berwarna warni.

    ReplyDelete
  12. Cik Saya...

    hah..bila lagi nak merasa memakai pakaian macam ni kan...time ni la.. pastu tu posing sepuas hati untuk kenang2an. Nostalgia tu..

    ooo...masa majlis sanding tu ramai pengantin lama yang nak berebut2 nak merasa bersanding sekali lagik hahaha, terutama masa sanding di pelamin tradisional rumah pengantin lelaki. Memang happening la bila pengantin2 lama silih berganti berposing hahaha...tapi itu jadik private collection jer la, tak nak curi tumpuan pada majlis adik mokcik ni hehehehe

    ..ada jer la alasan kannnnnss..

    ReplyDelete