Salam kenkawan.
Saja meluahkan perasaan disini.
Mokcik bengang dengan seseorang. Mokcik tahu ada ramai orang yang tak mahu pegang kad kredit atas alasan tersendiri. Mokcik memang salute dengan orang2 macam ni, kerana terus terang mokcik tak mampu lagi nak membebaskan diri dari memegang sekurang2nya satu kad kredit. Urusan kerja yang selalu keluar daerah dan tambah2 lagi sekarang ini terpaksa menaiki kapal terbang setiap minggu, memang memaksa mokcik menggunakan kad kredit.
ye la, kalau keluar daerah, nak bayar deposit hotel guna cash...aduhai memang perit juga. Modus operandi mokcik, deposit bayar dengan kad, bayar baru guna tunai. Nak dapat tambang murah dari beli di kaunter, memang kena guna kad kredit. Ya, terpaksa guna kad kredit juga. Tambahan lagi mokcik memang seboleh2nya tidak suka menyusahkan orang lain...
Jadi, pertama kali seorang kawan meminta mokcik membelikan tiket kapal terbang untuknya, dengan menggunakan kad kredit mokcik, mokcik tak kesah. Lagi pun dia memanggil jauh dari tanah suci gitu. Seronok juga sebab dalam ramai2 orang, mokcik la yang dia teringatkan kat tanah air gitu...Dan dia memang bayar balik tambang tiket tersebut setelah dia kembali ke tanah air.
Tetapi yang mokcik agak bengang, baru2 ini dia telah menghubungi mokcik, all the way from *tooot*. Katanya dia kena turun ke KL . Ada urusan. Dia datang dengan bas dan nak pinjam kereta mokcik untuk ke destinasinya. Okayy..kebetulan mokcik takde kes, so okay la. Lepas tu, dia minta mokcik semak dengan MAS atau Aasia...nak minta tolong belikan tiket untuk dia balik semula. Guna kad kredit mokcik.
Yang mokcik tak faham tu, masa dia minta tolong ni, dia masih berada di *tooot*. I suppose di pejabatnya la. Susah sangat ker nak online dan check sendiri jadual penerbangan tu. Lain la kalau dia dah dalam bas kan. Kebetulan pula masa itu, mokcik pun memang agak sesak la jugak. Kredit limit pun dah nyawa2 ikan dan mokcik pun kena beli tiket untuk nak balik minggu lepas. Kalau ku tolong dia, tak balik la mokcik jawabnya. Makanya, mokcik pun terus terang kata, bab beli tiket tak dapek la nak nolong. Pastu, mokcik pun suggest dia try kawan lain...boleh tak dia pulak minta mokcik cari kawan2 mokcik dan mokcik pulak kena pinjam kad kawan2 mokcik dan dia akan bayar kemudian kat mokcik??
Bila dia sampai esoknya, mokcik pun say sorry sebab bab tiket tak dapek nak nolong. So, pagi tu dia hantar mokcik pi kerja dan dia guna kereta untuk settlekan urusannya. Pasal tiket, mokcik suggest dia call toll free MAS dan book tiket bayar di airport. Dia call kata dia nak ke airport beli tiket Aasia yang lebih murah dari MAS. By 4.30 dia call nak hantar balik kereta dan minta mokcik hantar dia ke pejabat *tooot*. Sampai disana dia pun hulurkan RM30 sebagai duit minyak katanya.
Petangnya, balik rumah, mokcik perasan bilik bawah yang digunakannya pagi tadi terang benderang. Eh...sapa pulak pasang lampu...bila mokcik periksa...lampu terbuka, kipas terpasang. Masa makan malam, anak sedara asben bagi tahu masa dia balik petang tu, pintu grill tak berkunci mangganya. Tapi bila dia perasan lampu bilik bawah terpasang, dan dengar bunyi kipas dia ingatkan ada orang. Aduhaii..kenapa la ?? Ini bukan la kali pertama berlaku macam ni bila kawan ni datang. Setiap kali dia ke sini, memang dia akan menumpang tidur di rumah mokcik. Mokcik memang tak kesah, sungguh. Tapi, sungguhpun dalam rumah mokcik tu takde la benda berharga...kecuali mesin basuh dan peti sejuk [ Tak percaya tanya Salwa hehehe...], tolong2 la kuncikan ye tak. Aduhai....dua kali berlaku...
Sekali tu, dia keluar awal tumpang seorang kawan lain. Oleh kerana mokcik dok atas, bila dia keluar mokcik cuma say bye bye je la. Tup tup, dalam setengah jam berlalu, masa mokcik nak keluar rumah, terkejut mokcik tengok pintu grill dan pintu rumah terbuka luas! Berdegup jantung mokcik...kot ada pencuri masuk ker aper ker. Kalau ada yang ambil kesempatan masa tu memang mokcik tak perasan langsung! Syukur takde apa.
Kedua kali tu, dia balik awal katanya. Okayy...fine with me, sebab masa tu masih dok rumah di presint 11, mokcik kena ambil anak sedara. Sekali sampai rumah, kami tengok pintu rumah terbuka. Mula2 ingatkan dia tengah bersantai2 di ruang tamu, sebab tu sengaja biarkan pintu terbuka. Alangkah terkejutnya mokcik bila mokcik dapati dia tengah nyenyak tidur di tingkat atas uolsss! Memang mokcik speechless masa tu...
Bagaimanapun, setakat ini, benda tu tak la sampai menjejaskan persahabatan kami. Biasala sesekali rasa bengang menjelma. Lepas meluahkannya disini, i feel much better...hehehe. ..
Kenkawan macam mana, ada ker cerita2 pasal bengang yang nak diluahkan??