Thursday, January 28, 2010

DEMAM SELSEMA MELANDA


Assalamualaikum.

Kelmarin rasa betul2 tidak selesa. Kepala rasa melayang2, rasa nak rebah pun ada. Segala sendi macam kena pukul..terasa lemah. Hampir2 mokcik menghantar sms saja kepada bos nak ambil EL. Bila terkenangkan kerja2 yang berlambak kat pejabat tu...alahai...gagahkan juga diri.

Terkenang kat anak2 kat rumah. Cik abe kata semuanya demam, batuk2 dan selsema. Dah bawa ke klinik dan makan ubat dah seme. Kesian kat mereka. Kesian kat cik abe. Kesian kat Hadi. Kesian kat mokcik.

"Kita harus banyak2 bersabar.. dan berdoa semoga keluarga kita dapat bersama kembali."

Camtu la sms dari cik abe.

Sedeynya mokcik.


Last weekend, abah, mokcik dan Hadi pi pusing2 keliling airport sementara tunggu Aini dan Azza balik sekolah hari sabtu tu.


Mokcik teringin minum air kelapa, so cik abe pun singgah beli air kelapa...cayang cik abe ...

Minggu ini, mokcik cuma kan balik kampung pada hari sabtu malam ahad. Pagi sabtu tu ada jemputan kenduri kawen. Kawan sepejabat, memang rapat dengan mokcik. Kami dah berkerjasama sejak sama2 bertugas di Ipoh lagi. Rapat juga dengan anak2 mokcik sebab selalu jumpa bila mereka ikut mokcik ke pejabat di Ipoh dulu. Kalau tak hadir macam tak kena pula. Kebetulan di sini hari isnin 1 februari adalah cuti umum..mokcik tambah cuti sehari lagi hari selasa untuk bersama keluarga di kampung kelak, insyaAllah.

So hari sabtu ni sementara tunggu flight malam karang, mungkin lepas kenduri boleh pi berjalan2 ke Nilai hmnnn....

Semalam beli nasi kukus ayam berempah dan lempeng kelapa ini. Akhirnya mokcik makan lempeng kelapa cicah sambal tumis ikan bilis as my dinner. Sedap makan panas2. Sambalnya just nice, tak pekat sangat, tak cair sangat, tak pedas menyengat...sesuai la dengan selera mokcik. Nasi kukus masuk fridge untuk dinner malam ni...

The day before yesterday. Kami singgah pasar malam. Since lepas tu nak ke bank, singgah solat di Masjid besar tu dulu. Konsep open space. Memang cantik tapiiiii sayangnya tempat wuduk takde air! have to take wuduk from the toilet...Herannya sedangkan masjid ini dikelilingi air dan air pancuran di luar bukan main lagi. Tapi tempat paling penting sekali takde air...harap pihak pengurusan mengambil tahu tentang perkara ini huhuhu...

Hari ini kepala masih melayang, tapi lepas pekena secawan nescafe panas terasa sihat sikit. Boleh la buat kerja dulu...

wokey uolss...selamat bertugas bagi yang bertugas, selamat berehat semoga cepat sembuh bagi yang tak berapa sihat...take care all...

Monday, January 25, 2010

UPDATED

Assalamualaikum semua.



peace...


Semalam flight AAsia on time. So tiba di LCCT awal. Dalam 10.13 malam sudah berada di luar, menunggu shuttle ke Salak Tinggi. Masalahnya, shuttle tu ikut time dia jalan pukul 11 malam...melangut la menunggu dalam bas. Gastrik pun dah mula menyerang, maka mokcik pun berpiknik dalam bas makan kay ef cee sementara tunggu shuttle bertolak.







Sebenarnya kunci rumah mokcik tertinggal di KT. Antara siHadi atau Azza la tu yang telah menyelongkar hand bag mokcik. Kebetulan bekas rakan serumah ada kes pagi ni, so dia tumpang tido rumah semalam. Dia masih ada kunci rumah. So itu pasal la mokcik tak gelabah langsung. Kalau dia takde, ada sorang lagi kawan yang datang tido sekali sekala. Tapi rumah dia kat Setapak..jauh juga tu nak datang Pjaya malam2. Alhamdulillah, segala dipermudahkan.






Jom la masuk rumah baru kami..


Lepas hantar kawan ke erl (dia ada kes di Jalan Duta), mokcik pun masuk opis. Very the awal la..jam 7.31 dah masuk. Tapi sempat la membelek2 fail untuk kes hari ini di POJ. Menunggu dalam mahkamah hingga jam 10.45 kes mokcik pun dah settle. Terus ke erl untuk beli scarf...puas pi pusing di Giant dan Sabasun KT tak jumpa pulak scarf untuk Aini ngan Azza...alhamdulillah ada di sana. Malas nak berjalan jauh ke Bandar Baru Bangi nak mencari sebenarnya. 11.30 mokcik sampai di opis terus pi membeli makanan dulu. Kebuluran dah tak makan dari pagi.







Semak emel segala..menjenguk mana yang perlu dan beri arahan pada pegawai berkenaan. Dah settle...boleh la berehat sebentar. Terasa letih pulak...nak melelapkaan mata barang sedetik dua la..betul2 terasa dan tua pulak huhuhuhu...kena makan vitamin ni agaknya. Sejak balik kerja ni mokcik memang macam mengabaikan ambik segala supplement ni..rasa malas sangat ihikss...



Ni bilik abang Usop..tengah tunggu abah pasang tikar getah nie..




Ok la... gotta go..ta ta ti ti tu tu
>

Wednesday, January 20, 2010

BERDEZUUUPPP...



Coconut shake...minuman mokcik masa lunch tadi..yummy


Mokcik agak bizi minggu lepas dan minggu ini. Bizi memerah otak nak menyediakan segala mak nenek laporan yang perlu disediakan..










Jam 4.30 pagi bertolak ke Ipoh dengan seorang pegawai lagi. Singgah solat subuh di Rawang R & R dan selamat tiba di Ipoh dalam jam 8 pagi. Menunggu kes dipanggil, dekat jam 12 baru selesai. Terus ke Green Town Mall. Tujuan mencari pelindung skrin dan pelindung henpon beri hitam yang baru diguna pakai. Beberapa kedai dikunjungi akhirnya baru berjumpa yang dihajati.








Terjumpa kedai jual tudung yang cantik2 dan murah2 dibandingkan dengan harga di Putrajaya. Sempat membeli sehelai dua untuk diri sendiri dan anak dara mokcik. Pehtu pekena nasi goreng ikan rebus.








Cadangnya, lepas makan, kawan mokcik akan ambil mak dan adiknya bawa bersama ke KL. Tapi maknya pulak nak balik esoknya ( hari ini) lepas subuh. Jadi mokcik kena buat rancangan balik sendirik...( konon saja tak bawa kereta sendiri untuk jimatkan tuntutan). Kebetulan masa keluar dari perkarangan mahkamah ternampak kereta yang agak familiar. Check no. pendaftaran...macam dikenali. Pantas menghantar sms pada empunya. Sah! Dia berada di Ipoh juga. Citer2, dia pun nak balik ke Putrajaya petang tu jugak. Apa lagi..mokcik pun tumpang dia balik....selesai satu masalah.








Jam 6.20 petang kami sampai Putrajaya.









Letih terasa. Mokcik cuma panaskan baki nasi semalam dan goreng telur. Makan dengan kicap. By 10 pm, mokcik dan tak larat nak buka mata, terus terlelapppp... maklum la rumah mokcik no tv, no laptop, no housemate...








Pagi ni masuk opis, masa sampai di simpang nak masuk ke kompleks D, tiba2 terdengar hon kereta...ropenya ada kemalangan kecil berlaku antara kereta yang dari jalan utama dengan kereta yang tiba2 masuk dari jalan alternatif dari arah atas bukit...memang agak bahaya nak masuk ke kompleks C dari arah bukit tu.




My lunch...ikan keli goreng berlado, sambal belacan, ikan masin masak lemak nenas, dan paru goreng


Pagi ni sambung balik buat laporan...sempat update sikit. tapi tak sempat nak post gambo...




wokey uolss...selamat berkerja...

Sunday, January 17, 2010

TAKE A BREAK




Mokcik sedang berehat berblogging sebentar.


Jumpa lagi...take care uolss..

Wednesday, January 6, 2010

PORING TRIP

Ni dia gambar2 trip ke Hot Spring Poring, Ranau Sabah.




Tiba di tempat letak kereta Poring Hot Spring (PHS). Sempat lagik Hadi dan Aini berposing.



Lepas bayar tiket masuk, kena melalui jambatan gantung untuk menyeberangi Sungai Liwagu menuju ke PHS.

Ini lah Sungai Liwagu.


Inilah tempat pengunjung paling suka bergambar...






Elok sampai dalam 11.30 ke kawasan PHS, kami mencari port untuk menjamu selera. Kemudian turun semula ke kawasan kolam mencari tempat sesuai. Tu muka Aini kekenyangan agaknya hahaha..



Kelihatan yang berbumbung kat bawah tu adalah kolam-kolam air panas.




Nampaknya semua kolam terbuka dipenuhi orang. Dah sampai takkan tak nak mandi manda kan..So, mokcik pun book satu bilik mandi tertutup. RM20 per hour. Kami diberi bilik mandi Balsam. Tu Aini dengan Azza tengah seronok berendam dalam air panas.





Hadi yang selsema pun boleh berendam lama2, seronok sangat mandi manda dalam tab mandi tu..Abaikan budak bogel itteww..hehehe...dalam perjalanan ke PHS, Hadi muntah dalam kereta. Sebab tu takde baju spare kena la berbogel mandi huhuhuhu..







Aman pun nak menyelit kat tab sebelah Aini Dgn Azza..






Dua jam kemudian...Dah siap mandi...Hadi dok ketuk pintu panggil abahnya yang tengah seronok berendam keluar hahahaha..







Ini adalah dua bilik mandi tertutup jenis deluxe..bath tub besar macam jacuzzi. Mula2 nak ambil ini, tapi dua2 dah ada orang masuk.







Posing lepas mandi manda.








Hadi pun tak mahu ketinggalan.





Masa ke Sandakan tempohari mokcik melihat pemandangan puncak Gunung Kinabalu yang tersangat la jelasnya...Sayang sangat takde kamera. Pemandangan yang jarang dapat dinikmati, hinggakan paramugara pun berkumpul melihat puncak gunung. Cantik sungguh ciptaan Allah kan.
Masa balik dari PHS, sudah petang maka pemandangan gunung sudah berkabus. Hanya dapat menangkap gambar ini. Next time kalau diizinkan, mesti kena bawa kamera bila menaiki kapal terbang ke Sandakan. Tapi kena ambil flight awal pagi dan hari tidak hujan...memang menakjubkan pemandangan puncak Gunung KInabalu.

























Tuesday, January 5, 2010

2010

Tu dia..macam tajuk filem pulak daaa...

Assalamualaikum semua kenkawan. Lama mokcik tak mengupdate kan rumah mokcik nie. Lepas datang kerja 28/12 tempohari, mokcik sambung cuti lagi sampai semalam. Minggu lepas minggu punggah memunggah barang. Dari rumah sewa ke rumah sendiri.

Adoii...la yang siksa sejak kena tinggal selama 3 minggu, rumah sewa dijadikan oleh ahli mesyuarat 'cik ti' sebagai tempat berdansa. Dari dapur hingga ke bilik tidur dipenuhi t@h* tikus...malah masa angkat satu almari tu, cik abe kata berlaku hujan t@h* tikus. Baju2 dalam gerobok, memang mokcik kena basuh semua. Banyak juga buku2 dan baju2 yang jadi mangsa mereka...huhuhu

Barang2 yang dimasukkan dalam kotak dan plastik hitam di letakkan di beranda rumah. Nak bawa masuk terus dikhuatiri sebenarnya tinggal sisa2 makanan tikus sajork. Setiap malam mokcik akan duduk kat beranda tu memeriksa kotak2 dan plastik2 tu...asingkan mana yang perlu mana yang patut kena buang. Ni pun ambik masa jugak nak buat huhuhu.

Hari ahad lepas mokcik hantar Azza masuk sekolah tahun satu. Kali ini sebab mokcik sendiri yang hantar, terus bawa masuk dalam kelas. Kemudian pesan dengan Azza, balik nanti tunggu dalam atu luar kelas, kakaknya Aini akan datang ambil dia. Mokcik tunggu sampai rehat sajork. Itu pun sebab ada taklimat bersama ibu bapa oleh Guru besar sekolah. Lepas beri Azza makan, mokcik pun balik. Alhamdulillah, Azza lebih mudah diuruskan berbanding Aini dahulu yang tak nak masuk dalam kelas hahahaha...

Peh tu balik rumah sambung berkemas lagik..tu pun belum habis lagik berkemas. Hujung minggu ni sambung balik la jawabnya.

Balik Putrajaya, wiper kereta pulak buat hal...waduh...tak mo bergerak. Dah bawa ke bengkel, katanya kena pi ke bengkel KIA jugak...bukan masalah fius...tapi mungkin wayarnya atau motornya...maka pagi tadi mokcik pun berdezup la ke Puchong. Tapi...tak dapek juga buat hari ni..kena datang esok la pulak huhuhuhu...doa2 le agar malam ni dan esok tak hujan...klu tak memang tak dapek nak berjalan la jawabnya.

ok la..gotta go...gambar2...aisey...nanti la ek...