Monday, December 28, 2009

KERJA DAN CUTI

Assalamualaikum kenkawan..

Tu dia noo...lama bebenor mokcik tak berkesempatan mengupdate rumah mokcik nie. Pejam celik pejam celik dekat sebulan tak dapek nak jenguk rumah nie. Di kampung sana talian tenet memang lebih slow daripada kura-kura. Tak kira la apa streamyx ker, berukban ker..sama sajork tahap kelajuannya iaitu slow giler tahap gaban. Mokcik ingat zaman dolu2 masa masih guna talian dail up lagik laju walaupun selalu putus2.

Anyway, semasa di kampung tempohari aktiviti harian kami selain daripada duduk2 di rumah adalah berjalan2 meronda2 serta menghadiri jemputan kenduri kawen sanak sedara, serta rakan taulan.

Boleh dikatakan cuti kali ini agak pendek sebab tiga minggu sajork. Selalunya mokcik ambik cuti sebulan terus. Kali ini agak istimewa kerana adik bongsu mokcik melangsungkan pertunangan dengan jejaka idamannya pada 14 Disember lepas. Alhamdulillah selepas beberapa kali hubungan terputus di tengah jalan, doa kami semoga kali ini berpanjangan jodoh adik mokcik. Nampaknya bulan Jun tahun depan kami akan balik lagi untuk majlis nikah dan kenduri kawennya, insyaAllah.

Pada 19 Disember pulak kami berkesempatan meraikan majlis perkahwinan bekas student cik abe dan mokcik sendiri...seronok gi majlis nie uolss.. teringat zaman muda2 masa baru berkenalan dengan cik abe hehehe...

Oleh kerana mokcik dalam bercuti2 pun sempat lagi ronda2 satu Malaysia seperti dalam posting terdahulu...maka pada 23 Disember tu kami menunaikan janji pada anak2 untuk berjalan2 ke Kolam Air Panas Poring, Ranau, Sabah.

Masa pergi baru suku jalan, Hadi muntah dua kali. Habis la baju mokcik basah lenjun dengan muntah dia. Sampai di satu kawasan dekat pekan Nabalu, baru la jumpa tempat untuk membersihkan muntah tersebut. Nama kawasan tu tak ingat, tapi ada sederetan gerai menjual kraftangan buatan tempatan. Kami meneruskan perjalanan ke Poring dan tiba di sana jam 11.30 pagi. Apa lagi makan time la dulu...dapat satu port yang cantek...yahuu..

Lepas makan kami pun mencari tempat nak mandi manda...nampaknya semua kolam pun agak penuh...makanya mokcik cadangkan pada cik abe ambik tempat mandi tertutup. Bayarannya untuk standard room...ada tandas dan dua kolam ( or more like a kolah) mandi kecik RM15 sejam. Mula2 nak ambik deluxe - RM20 sejam, tapi dah penuh dah. Standard pun standard laa...kami book untuk dua jam.

Yuhuuu...seronok juga mandi kat bilik tertutup nie...kami semua pakat berendam, dengan Hadi2 sekali masuk dalam kolah...cuma yang tak berapa best bagi yang suka nak berenang2 memang tak dapek la den nak menolong. Tapi kalau setakat nak berendam air panas memang best la sebab takde mata2 lain memandang dan tak perlu bersusah payah memikirkan soal nak bersalin pakaian.

On the way balik kami singgah di gerai pagi tadi...teruja sungguh melihat macam2 kraftangan buatan tempatan. Kami memborong tudung saji rotan, bakul rotan dan nyiru pada harga amat berpatutan....dapat la harga murah2 bila kita speaking bahasa tempatan kat Inan2 (makcik2) yang menjual di gerai tersebut.

Kami balik ke Terengganu pada 25 Disember...terus menuju rumah baru. Bestnya....masuk2 sajork, rumah dah kemas dah. Adik ipar mokcik bersusah payah bantu bersihkan dan angkut barang2 yang patut dari rumah sewa ke rumah baru. Katanya, kalau tak buat camtu, tak tentu lagi bila cik abe akan pindah katanya. Mokcik cuma senyum sajork...dorang tentu lagi arif tentang perangai abang sulung dorang tu kan kan kan...Apa pun mokcik berterima kasih bebanyak la pada adik2 ipar mokcik. Sepanjang ketiadaan kami, mereka tolong jaga dan bersihkan rumah. Kalau ada apa2 yang Tukang perlukan, mereka la yang pergi membelikan semua benda2 yang diperlukan ( of coz ongkosnya kami yang bayarkan hehehe). Pasang grill pun, adik ipar yang pasangkan...kebetulan salah sorang adik ipar memang tukang pasang grill...lagi la seronot...dapat harga istimewa gitu..

Part paling tak best sudah tentunya part nak mengangkat barang2 pindah dari rumah sewa ke rumah baru. Kami masih dalam proses angkut mengangkut...huhuhu...

Ok la...nanti mokcik sambung..gambar2 nanti i uploadkan kan wokay...ciao...

8 comments:

  1. ala mokcik kasik upload ler rumah baru.. mesti bes kan..

    ReplyDelete
  2. 1st ke ni?

    slmat bersiaran mokcik...biasa mokcik cuti smpai sebln..mmg best betol lah koje gomen.

    klu zue sebln dah kira kena potong gaji.

    ReplyDelete
  3. wahh..meriahnya catatan percutian mokcik ye... paling best part mandi ada kolam tertutup tu. bagus betol. tak le kita ni termalu2 nak mandi dengan baju basah melekat tu ye. patot kat sini pon buat macam tu kan.. mokcik.. pic rumah terkini ye nanti...selamat kembali bertugasssss

    ReplyDelete
  4. nak tengok gambar :)

    best aje dengar semua cerita :)

    ReplyDelete
  5. Zar,

    mokcik tengah kebizian mengemas barang2 dari rumah lama...huhu saborr... tungguuu hehehe

    zue,

    klu amik cuti sebulan maknanya selama setahun tu mokcik kadang-kadang jer amik cuti sebab nak savekan cuti utk akhir tahun. memang sepatutnya cuti kena staggeredkan tapi bila gomen kena bayar tambang mahal2 takkan nak balik cuti sokojap yo kannss...

    ReplyDelete
  6. saya,

    memang best mandi dalam kolam tertutup tu uolss..cuma klu nak berenang2 tak dapek la hehehe

    ummi,

    tungguu gambarnya...hehehe..

    en_me,

    okay semuanya...

    ReplyDelete
  7. mandi kat umah maksu pun boleh, heheheeh (sambil sengih-sengih, bercadang nak paw)

    ReplyDelete