Tuesday, June 30, 2009
SELAMAT BERPINDAH RANDAH
Hari ini tinggal mengemas2kan barang yang dah berselerak..alhamdulillah by afternoon mokcik dah siap berkemas, maklumlah mokcik kan baru pindah pun, so barang2 peribodi tak banyak la. Tapi tang fail mokcik punya paling banyak huhuhuhu...
mengantuk pulak mokcik nie...hmnn...rasa nak terzzzz la sekejap ...zzzzzzzzzzzzzzz
Friday, June 26, 2009
BARU BALIK, KENA PINDAH PULAK
Mokcik nie balik2 dari Kemaman dimaklumkan kena pindah!
Friday, June 19, 2009
OBSESSI?
Thursday, June 18, 2009
KEMAMAN HERE I COME
Esok Jumaat...yippeee boleh balik kampung...
Minggu lepas anak2 seme merajuk sebab mokcik tak balik. Makanya minggu ini mokcik kena la balik..baru bercadang2 nak tempah tiket airasia tiba2 pulak boss tawarkan untuk menghadiri Persidangan di Kemaman. Alhamdulillah...minggu ini boleh balik kampung tambang ditaja oleh gomen. Dari rumah mokcik akan bawa kereta untuk ke tempat penginapan semasa persidangan...somewhere in Cherating.
gambar tiada kena mengena dengan entry ini...
Semalam, waktu makan tengahari entah kenapa hati digamit2 untuk ke Alamanda. Padahalnya memang malas nak keluar kemana-mana. Macam dipanggil2 mokcik memandu menuju ke Alamanda dan seterusnya membeli makanan kat salah satu gerai kat Rasa. Tup2 terpandang wajah yang macam ku kenal....
"Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam..eh...puan..duduk..sila duduk puan.." Sambil perkenalkan mokcik pada rakannya yang tengah makan.
"Ni adik ipar saya.." mokcik menerangkan pada rakan beliau yang agak terpinga2 itu...
muahaha...adik ipar mokcik nie memang dari dulu sehingga sekarang panggil mokcik puan hehehe. Agaknya berat mulut nak panggil kakak kerana dari segi umur dia lebih tua setahun dari mokcik. Tambahan pulak satu masa dulu kami, iaitu adik ipar mokcik tu, cik abe dan mokcik pernah mengajar di sekolah yang sama sebelum dia dan mokcik dapat kerja sekarang.
Minggu lepas masa adik mokcik ada di KL, seminggu berjanji nak bertemu tapi tak kesampaian sehingga mereka balik ke Sabah. Tup2 hari ini bertemu pulak ngan asben dia yang kebetulan ada kerja di Putrajaya nie...keciknya donia nie kan... dan dari kawannya mokcik dimaklumkan isteri rakannya tu memang ambil tempahan jahit baju...wow..mokcik pun tengah cari tailor nie..dekat pulak tu kat Presint 9 katanya...alhamdulillah..patut la macam dipanggil jer ke alamanda hehehe...
Tuesday, June 16, 2009
HOW DID I GOT HERE?
Baru je mokcik buat entry a day trip to Taiping kan. Well, semalam dalam pukul 5.30 petang mokcik bertolak ke Ipoh. Sebenarnya boleh keluar awal, tapi mokcik membuat keputusan untuk balik rumah tido for about half an hour dulu. Lepas solat asar, mokcik bergerak dari Putrajaya menuju Ipoh menggunakan lebuhraya NKVE..wow..memang smooth ajer la pemanduan. Cuma tang tol tu koyak kantung Touch n go mokcik...huhuhu
Friday, June 12, 2009
A DAY TRIP TO TAIPING
Belum pun kering peluh ketiak mengharung jalan2 ke Medan Pasar semalam, mokcik bergegas pulak untuk ke Taiping hari ini. Cadangnya nak pergi selepas balik dari Medan Pasar. Tapi mokcik rasa penat sangat menarik dan mengusung beg hitam itu dari stesen erl ke KL Sentral, naik Rapid KL ke Pasar Seni dan berjalan kaki ke Medan Pasar. Huh...bayangkan ditengah panas terik, mokcik yang ayu ini terpaksa menarik beg dengan bergayanya...huhuhu... Nak bawa kereta kang payah pulak nak cari tempat parking...dan mokcik juga tak larat nak mengharung kesesakan jalanraya kat area itu.
Makanya mokcik mengambil keputusan untuk bertolak ke Taiping pagi tadi. Sebelum subuh mokcik dah keluar rumah...dan biasa la kalau dah namanya Mokcik Azwa tak sah kalau tak terlepas jugak jalan yang sepatutnya diambil... puas mokcik berdoa agar Allah SWT permudahkan perjalanan dan temukan dengan jalan keluar.... Alhamdulillah berjaya tapi jalannya sikit punya jauh ker melencong huhuhu...sampai kena masuk bandar KL...sib baik awal pagi takde jem lagik.
Alhamdulillah perjalanan waktu pagi sempat mendengar kuliah subuh dan soal jawab agama dari radio saluran Salam Fm tak silap mokcik. Very informative dan ada la juga ilmu dapat dipelajari dari siaran radio tersebut.
Memandangkan mokcik dah agak lama tak membawa kereta macam lagak impak maksima...almaklum sejak duduk Terengganu takde tempat pun nak memecut hahahha...mokcik bawak kereta agak slow la jugak.. 100 km/j ajer... Dah agak nak dekat sampai Ipoh baru la skill lama memecut datang semula...Alhamdulillah Mokcik tiba di Taiping pukul 8.15 pagi.
Kes habis dekat jam 12 tengahari terus mokcik memecut balik Putrajaya semula. Stop kat Tapah untuk solat dan beli jambu tanpa biji. Dah berhenti sebentar hilang la rasa boring dan mengantuk, maka mokcik meneruskan merempit...huhuhu...Alhamdulillah tiba di Putrajaya dalam pukul 4 petang. Balik rumah mandi manda, pehtu masuk pejabat untuk tengok kes minggu depan.
Nampaknya mokcik tak balik la minggu nie...dok melangu la kat Putrajaya nie sensorang huhuhuhu...sedeyyy...tapi tugasan minggu depan pun banyak perlu disiapkan, maka reda sikit kesedihan tak dapat balik minggu nie...
Tuesday, June 9, 2009
HARI INI DALAM SEJARAH
Mokcik baru balik dari bank..berpeluh dibuatnya...
Tuesday, June 2, 2009
MOKCIK TENGAH KURSUS
Lamanya tak berhapdet rumah mokcik nie.
Belum..mokcik belum pencen lagik. Mokcik minggu lepas menghadiri persidangan di Hyatt Regency Kuantan. Lepas itu mokcik terusss vrooommm balik ke Terengganu...dah dekat kann...so tak la terasa sangat driving tu. Ahad baru mokcik balik Putrajaya...waduh...waduh... wrong time ker aper...jem giler di merata2 tempat..bertolak jam 11.30 pagi...kami tiba di Putrajaya jam 8 lebih. Kami here refers to mokcik, Aman, Asan and Aini.
Hari isninnya berkursus di Bandar Baru Bangi...sampai esok. Kebetulan tengahari ni penceramah bagi break awal. Ada la masa untuk meronda2 ke blog ini. Minta mahap tak sempat nak jawab komen2 uols dalam entry lepas...nanti bila senang2 mokcik akan jawab ya kenkawan.
Oklah..sampai jumpa lagi...jangan lupakan daku walaupun ketika ini mokcik jarang berkesempatan melawat rumah kenkawan ya. InsyaAllah bila ada masa terluang mokcik akan berjalan2 melawat kenkawan semua...sebelum mokcik ucapkan bye bye...jemputlah makan keropok lekor dulu ya.....daaaa...